Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, January 4, 2023

18 Again


Kak Zel lambat tengok drama ni
Sebab ingatkan tak best

Drama ni genre fantasi tak masuk akal
Tapi seronok untuk ditonton



Kisah drama ni bermula bila hero terpaksa melupakan untuk masuk ke kolej & menjadi pemain profesional basketball kerana terpaksa berkahwin dengan kekasih dia yang telah mengandung

Hero ni cam hidup dalam penuh kekesalan sebab apa yang dia rancang untuk masa depan tak menjadi


Hidup depa sebagai suami isteri pun tak bahagia disebabkan belajar tak tinggi, kerja biasa-biasa.
Lepas tu ada anak kembar 
Sehingga akhirnya isteri dia minta cerai

Hero salahkan diri sendiri sebab tak boleh nak bahagiakan isteri dan anak2 dia
Sampailah dia berhajat untuk kembali ke zaman umur 18 tahun dan perbetulkan balik keadaan


Dan hasrat dia tu tertunai
Pada satu malam dia telah kembali ke badan 18 tahun tetapi pemikiran dan minda dia masih yang sama

Dengan beri alasan pada isteri dan anak2 yang dia kena kerja jauh, hero daftar masuk sekolah yang sama dengan anak2 dia.

Time tu baru dia sedar yang banyak benda pasal anak2 dan isteri dia tak tau




Ni anak perempuan dia
Tak ingat apa masalah anak perempuan dia ni kat sekolah
Tapi pasal lawa, dia ni ramai peminat
Termasuklah Hwang In Yeop.. tapi dalam drama ni dia jadi pembuli


Yang dia selalu buli ialah anak lelaki hero
Anak lelaki dia ni minat main basketball
Tapi dekkan selalu kena buli
Dia jadi takut nak menonjol

Jadi dapatlah selesaikan masalah kedua-dua anak dia


Dengan mak depa pulak
Wpun dia dah bertukar muda
Heroin tetap jatuh cinta dengan orang yang sama

Mula-mula dia pelik juga pasal mukanya sama sangat
Akhirnya terbongkarlah juga



Tak jadilah depa bercerai
Aku pun lupa juga camne hero berubah jadi tua balik

Apa pun drama ni berbaloi untuk ditonton
.
.
.







 

1 comment:

mummy_ayu said...

best..awal2 lagi dah layan dah