Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, November 8, 2013

Bersemadilah dengan aman.. Kerik...



Pemergian yang sangat mengejutkan..
Bayangkan 2 minggu sudah..
Baru je kami sedara mara semua menatap gambar anak dia yang baru lahir..
Tetiba semua dikejutkan dengan berita dia masuk hospital..


Malam tu juga semua kami bergegas ke Hospital Sungai Buloh..
Wpun doktor tak bagi harapan..
Semua bagaikan tak mahu percaya..
Semua mengharapkan esok Kerik akan buka mata..
Berbicara kembali dengan nada ramah..
Dia yang suka gelak besar akan kembali ketawa..

Kerik ni masa kecik-kecik dia..
Cukup nakal..
Lebih kurang yang baya-baya aku..
Dia yang paling muda...
Tapi..
Kalau dia balik umah atuk..
Memang habis semua sepupu-sepupu kena buli dengan dia..
Termasuk laa aku jugak :)

Kalau kamiorang main masak-masak..
Dia akan datang kacau bilaukan masakan kami..
Kalau kamiorang main buat rumah pasir..
Dia akan datang runtuhkan semua..
Kalau kamiorang main kahwin-kahwin..
Dia yg akan jadi pengantin lelaki..
Belum sempat tepung tawar..
Dia dah lari cabut main benda lain pulak..

Kenangan manis kami ni..

Bila aku masuk asrama..
Mula tu laa jarang jumpa..
Sampai laa.. satu masa..
Tetiba kami semua dah besar panjang..

Kerik dah tak nakal macam dulu..
Sifat dia yang paling diingati..
Dia sangat hormat pada orang tua..
Semua orang tak kira peringkat umur..
Senang berkawan dengan dia..
Dia boleh masuk regu dengan sapa2 je..



Perangai Khaleef anak aku skang ni..
Sangat mirip dengan dia masa dia kecik..

Kalep ni sedang di alam nakal..
Takmo dengar cakap..
Selalu buat aku marah.. naik angin..

Sampai pernah terkeluar dari mulut aku..

APALAH NAK JADI DENGAN KHALEEF NI?!!

Tetiba mak aku bagi ayat..

CUBA KO TENGOK HAZRIK..
DULU KEMAIN NAKAL LAGI..
TENGOK DIA SEKARANG MACAMANA?

Ye.. inilah ayat yang mak aku cakapkan..
Dan sangat melegakan hati aku..
Nakal masa kecil.. tak semestinya membawa sampai ke besar..
Kerik mmg 100% tak sama dengan dia masa umur 7-10 tahun dulu..
Aku harap sangat Khaleef akan begitu juga..


Kehilangan sepupu aku ni sangat dirasai..
Apa pun kami semua redho..
Harap Ika, Akma, Cik Jaiz tabah hadapi dugaan yang sangat berat ini..





4 comments:

AisNy said...

Takziah... Al-Fatihah...

ibuayu said...

Al fatihah

Mimy Hamid said...

Al Fatihah....

Norisah Lee said...

Zel...first of all takziah dan alfatihah buat arwah..
cuma kalau boleh nak bagitau..surah fatihah yang zel tepek tu..sepatutnya kalimah bismillahirrohmanirrohim tu dah dikira sebagai ayat pertama. sebab tu kita takboleh membaca alfatihah tanpa kalimah bismillahirrohmanirrohim...
surah alfatihah sahaja..lain2 surah boleh tak baca bismillah sebab tak dikira dari sebagai ayat pertama...

Maaf saya menegur kita sama2 berkongsi ilmu Allah semoga dipermudahkan segalanya...

Harap Zel tak ambil hati ya.