Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, July 26, 2016

Reunion Kelas G MRSM Balik Pulau Batch 95/96

Merajinkan diri untuk buat entry kenang-kenangan ni..
Wajib untuk diblogkan


Sebenarnya timbul idea nak reunion ni..
Bila aku g Alor Setar bulan Mei tak silap..
Aku jumpa salah sorang classmate aku..
Sorang lagi sempat bagi kek je..

Balik tu.. berkobar2 nak wat reunion..
Ketua Kelas mencadangkan kuar minum..
Masalahnya kalau group lelaki senang laa nak kuar2 minum bagai..
Golongan mak2 ni payah nak kuar tinggal anak barang 5-6 jam..
Semata-mata nak kuar minum sembang-sembang..

Maka datang la idea untuk buat di tempat rekreasi..
Di mana kitaorg boleh sembang sampai lebam..
Anak2 pun ada aktiviti nak buat..
Pasangan boleh pantau anak..




20 TAHUN!!!

Yer.. memang ada yang 20 tahun aku tak jumpa...
Last jumpa hari terakhir SPM 1996...
Lepas tu masa ambik result ada laa aku jumpa 3-4 orang..

Hampir tak berubah lansung..
Kecuali 2-3 orang yang naik berat badan :))
Jangan risau...
LEPTOS kan ada ;)

Cam aku maintain..
Dulu GEMbira.. skang lagi GEMbira...


Dari 25 orang... 14 orang datang..
Okay laaa tu kan untuk reunion kali pertama ni..
Patutnya 15 orang..
Dah sorang kena balik kampung pulak..


Gegirl yang hadir...
Kelas aku ni memang sempoi..
Walaupun homeroom lain-lain..
Tapi kitaorang mmg cukup kamceng..

Cam kelas aku kat sekolah2 sebelum ni..
Dalam kelas ada klik2..
Tak boleh nak geng dengan semua orang..

Tapi.. kelas G ni...
Elok lelaki.. elok pompuan semua sama perangai!!
Kaki membising!!


Kak Yong skang cikgu..
Nimon pensyarah..
Azza usahawan..

Anak hensem aku..
Bila dia nampak Kak Yong..

"Nasib baik ada kawan mami yang gemuk!! Takde la mami rasa keseorangan!!"

Prrrffftttttt!!!!


Mona skang keje dengan PPD..
Aizul pun pensyarah juga..
Single lagi 2-2 ni wei..
Aku nak pinang Aizul tapi dia jual mahal :))

Nyu cikgu juga...
Nyu antara yang paling kerap aku jumpa wpun 1-2 tahun sekali..
Kerap laa tu banding dengan yang lain-lain..

Kenapa NYU?!! cer tengok betul2 muka dia..
Ada tak cam Ninja Turtle :))


Faten paling kanan juga usahawan...
Dia ada farmasi kat Sg Petani nun..
Sepanjang 20 tahun ni aku pernah jumpa dia 2 kali..


Jaja juga pensyarah..
Jijah lak keje dengan syarikat debit card..

Jijah kalau golongan gegirl..
Dia laaaa paling pendiam sekali..
Cakap bila perlu je..

Aku tak sangka pulak tetiba dia setuju nak join..


Mona antara yang 20 tahun aku tak jumpa..
Dia dah kurang garang berbanding dulu..
Bendahari kelas ni dulu..
Jangan harap laa sesapa dapat skip bayar yuran bulanan..
Dia cari sampai ke lubang cacing!!!


Hayatt & Epoy..
2-2 aku tak tau keje apa :))

Hayatt aku pernah jumpa sekali masa study kat U..
Epoy ada datang masa aku kahwin..
Tapi masa dia kahwin.. dia tak jemput aku pun...


Ni Midon...
Pun aku tak tau keje apa...

Masih over peramah seperti dulu..


Sob pun aku tak tau gak bertugas sebagai apa..

Pasangan yang paling menggempakkan reunion kitaorang..
Sampai terasa tak boleh MOVE ON!!!

Pandai korang ye.... ;)

OMG.. ni kena wat reunion sekali lagi ni..
Tak sempat aku tanya yg boboy kerja apa skang ni..


Bersama ketua kelas 5G ke Ketua Homeroom Qaryah..
Ketua laa tapi aku tak igt ketua apa :)
Kesayangan arwah Ustaz Bad..

"Takpa.. takpa.. biaq pi dia tidoq.. ngantuk la tu!!!"


Hayatt ni dulu kutu beserah...
Sapa sangka skang ni suami & bapa mithali wei..
Kalau dulu dalam kelas dia paling selalu marah gegirl..
Skang dia basuh botol susu anak..

Kah kah kah!!!
Bukan queen control tau...
Dia memang layan isteri dia seperti permaisuri..
Untung laaaaa hoi!!!!


Selain nak jumpa setelah lama tak jumpa..
Reunion ni juga boleh kenal-kenalkan family masing-masing..


Jaja.. kahwin foreigner..
Suami dia pandai cakap Melayu tau..


Suami dah anak-anak Nimon..
Suami Nimon sponsor durian..

TQ-TQ


TQ kepada suami2 yang tolong BBQ..
Asalnya kami yang nak BBQ..
Tapi bila dah jumpa semua lupa diri..
Tinggalkan hubby2 depa yg BBQ..
Anak-anak pun terpaksa tolong juga..
Sebab mak pak depa dah kesuntukkan masa...
Banyak sangat nak catching up!!





Setiap perjumpaan..
Mesti berakhir dengan perpisahan..
Ntah bila laaa nak jumpa pulak!!

Doakan Aizul... Jijah.. Mona...
Cepat2 ketemu jodoh..
Boleh kita bawa banner reunion kelas G..
Gantung kat kenduri depa..

 



Shot akhir yang paling susah nak snap...
Tapi takpe..
Semua berakhir dengan penuh kegembiraan...

TQ korang semua

Sebab mewarnai hidup Kak Punjel selama 20 tahun ini!!!



Gambar ni tak tau kenapa :))
.
.
.



No comments: