Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, January 31, 2017

Sudah sebulan sekolah...


Semalam cikgu kelas Hasya bagi jadual kelas..
Aku pun tanya ke dia..

Adik kelas mana?

Jawapan dia.. 1 MUSYKHORI...

Aiseh!!! terpaksa laa omak whatsapp cikgu dia tanya..
Muslim ke Bukhari?
Ikutkan aku tak suka kacau cikgu time2 cuti..
Tapi ni kang salah ikut jadual lagi susah..

Sebulan dah berlalu...
Bulan ni Hasya akan start belajar sepertinya Darjah 1..
Jadualnya macam sekolah biasa juga..
Cuma ada tambahan kelas Hafazan, 6 kelas Fiqh...

Dia suka sekolah.. syukur sangat...
Lagi dia suka ulangkaji pelajaran..
Sekali je Mualimah dia tegur sebab dia tak igt Alif Ba Ta..
Balik tu memang dia pulun habis Muqadam tu..
Alhamdulillah.. dah pass sampai Ya..
Iqra' pun dah smpi huruf Dal..

Ikutkan masa kat PASTI.. dah jauh juga dia mengaji Iqra'
Disebabkan omak bagi betul2 kasi dia cuti masa bulan Disember hari tu...
Habis semua lupa.. ABC pun dah tunggang langgang..
Bacaan pun dah kelaut dalam..

Mukolip.....
Ni susah betul laaaaaa...
Kalau adik suka ulangkaji..
Dia masih berada di alam khayalan dia..

Dah Darjah Lima..
Gelaran Khaleef In Wonderland tu belum hilang lagi...
Cikgu pun dah pening agaknya dengan Mukolip ni..
Sama je komennya..
Anak Puan ni suka berkhayal!!

Kegemaran dia main dengan rotan..
Rotan tu laa pedang... rotan tu laaa senapang..
Cam2 imaginasi dia dengan rotan tu..
Main bukan kejap2 tau..
Kadang2 sampai sejam lebih dia berimaginasi sorang2...

Omak cam dah tak larat nak berleter ke dia..
Bukan apa..
Kadang2 aku pun tak tau apa yang keluar dari mulut aku tuh..
Dia stress... Aku pun stress sama!!

Tu baru dua anak!!

Apa pun.. doa yang terbaik jelah untuk kedua-duanya..

-OMAK ANAK DUA-
.
.
.

Thursday, January 26, 2017

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo


Asyik lupa je nak review..
Padahal dah habis tengok 2 minggu yang lalu..
Drama ni inspired daripada kisah Jang Mi Ran..
Gold Medalist angkat berat Korea..

Drama ni genre sport comedy romance..
Memula aku underrated gak drama ni..
Pasalnya pelakonnya baru-baru..
Nak pulak heroin masa Cheese In Trap watak jahat..

Tapi aku suka hero..
So, gagahkan tengok drama ni dulu dari Goblin..
Rupanya drama ni best wei!!

Drama ni berkisar dalam satu Pusat Sukan di University HanEul


Ni heroin.. Kim Bok Joo..
Sukan pilihan dia.. ANGKAT BERAT!!
Dalam drama ni dia mmg pakai baju baggy-baggy..
Supaya badan dia nampak besar sikit..

Kat U.. pasukan angkat berat perempuan ni kurang popular..
Angkat berat laa pulakkan..
Musuh utama depa..
Pasukan gimrama..


Ni hero...
Tak payah nak photoshop gambar dia..
Badan dia memang gitu...
Lazat sehingga menjilat jari kan ;))
Ni first time dia jadi hero..
Masa Cheese In Trap.. dia jadi pelakon sipi-sipi je..

Hero ni dalam drama ni nama dia Jung Joon Hyung..
Dia dari pasukan renang..
Dia ni berenang memang hebat..
Tapi dia ada masalah starting..
Sama ada terlalu cepat.. atau terlalu lambat..



Awal dia jumpa Kim Bok Joo..
Bila dia terlanggar KBJ dengan beskal...
Rupanya dulu depa satu sekolah rendah..
Dan KBJ pernah selamatkan nyawa hero ni..

Sejak dari jumpa tu..
Hero selalulah kacau hidup KBJ ni..
Masa ni dia belum suka pun KBJ..
KBJ pulak suka pada orang lain..
Hero ni..
Dari Cheese In The Trap...
Dah menarik perhatian Kak Punjel..
Dia berlakon sangat natural..
And orang sekeliling dia cepat dapat chemistry dengan dia..
Berlakon selamber je.. Tapi menjadi sangat!!

Hopefully lepas ni akan ada banyak lagi drama dia jadi hero..


KBJ suka doktor diet ni..
Nak jadi citer.. doktor ni abang sepupu hero..
Hero lak awal2 dah tau KBJ suka abang dia..
Dia pun bantulah KBJ..
Masalahnya bantuan dia tu selalunya tak menjadi pun :)

Oleh kerana itu, KBJ sign up program menguruskan badan...
Yang mana bertentangan dengan program angkat berat dia..
Yang perlukan dia naikkan berat untuk tukar kategori..


Akhirnya dia kantoi juga...
Time tu ramai yang marah pada dia..
Hero laa yang bagi dia semangat..


Hero ni pun ada masalah juga..
Awek lama dia datang semula ke U depa..
Setelah gagal masuk pasukan kebangsaan..

Sistem depa ni camni..
Depa akan berlatih di universiti masing-masing..
Lepas tu akan ada competition...
Setiap yang menang atau berpotensi besar..
Akan pindah ke Kem Sukan Kebangsaan untuk mewakili Korea dalam sukan antarabangsa
Kiranya semua atlit memang bercita-cita untuk ke sana..


Lama-lama-lama....
Hero pun suka heroin..
Tapi heroin ni lambat sedar la pulak...

Bila dah sedar...
Amboi suwit muwwittt lagi depa dua ni..

Senyum sepanjang masa tau kak punjel tengok drama ni..


Dia ni huhuhuhu sangat...
Aku igtkan dia hero!!
Nak lompat bintang dah Kak Punjel..
Rupanya cameo je..
Comel laaa ko beb...
Lepas W mmg akak tergila-gilakan ko sangat!!!


Apa pun.. drama ni sangat berbaloi ditonton..
So apa tunggu lagi...
Cepat order.. cepat boleh tonton ;)
.
.
.

Tuesday, January 10, 2017

Kepenatan


gambar hiasan semata

Tahun lepas aku kata nak benti keje sangatkan..
Ni dah masuk 2017..
Aku masih tak tau bilakah patut aku benti keje..

Asalnya nak resign sebab Khaleef nak tukar sekolah..
Tup-tup tak mahu pulak..
Jadinya dia masih balik sekolah dengan ibu dia..

Dan tiba-tiba juga..
Mek Cha setuju nak masuk Darjah 1..
Sekolah dia pulak masuk 7.30 pagi.. Balik 4.30 petang..

Kalau tak kerja..
Cam banyak pulak laa masa lapang aku..
7.30 pagi - 4.30 petang takde buat apa...

Takut kang dok makan tido makan tido..

Tapi...
Bila kerja... Penat semacam pulak..
Tau dak BP aku naik dari Sabtu..
Sampai hari ni belum betul2 reda..

Migrain sepanjang masa..
Actifast berpapan dah habis..
Gusi pun tetiba sakit..
Selalunya gusi aku ni wat hal bila aku stress...

Stress apsal tau...
Aku stress kena bangun kul 5.30 pagi..
Siapkan Hasya yang penuh dengan ragam...
Dengan Kalep yg kena push baru bergerak..

Lepas tu pasal kain..
Aku memang mudah murung..
Bila ada kain tak lipat menimbun..

Last aku lipat kain bulan 11 tahun lepas...
Ni dah masuk bulan 1 2017...
Dahsyatkan..

Ni aku siap ambik Cuti Rehat 2 hari..
Semata-mata nak settlekan kain baju..

MIJ tak bising ke kain baju tak lipat?
Hehehe...
Dia... janji baju kerja dia siap sedia dalam almari..
Pakaian luar dalam dia semua ada..
Tak kisahlah 8 gunung pun kain tak lipat...

Nak benti ke tak? Benti ke tak?
Benti tak?

BENTI BENTI BENTI!!!!
.
.
.

Sunday, January 8, 2017

Kemain lagi korang berdua ye....


Jumaat lepas aku bawa berdua ni pergi NSK..
Neneknya nak beli barang..
Lepas letak nenek kat NSK...
Aku bawa depa berdua pergi Pekan Rawang...
Ada barang aku nak beli...
On the way tu...

Kaira & Hasya : Mami, takpe ke tinggal nenek kat NSK... Kang orang culik nenek macamana? Atau nenek sesat?

Me : Takde sapa nak culik nenek korang tu.. Orang kalau nak culik.. dia akan culik orang yang terdekat dengan nenek.. sebabnya nenek ko yang banyak duit.. kalau culik dia.. siapa pulak nak keluar duit

Kaira & Hasya : Habis tu siapa yang kena culik?

Me : Contohnya macam Mami ke.. Sebab mami nikan anak nenek

Kaira & Hasya : TAPI PENCULIK TU TAK LARAT TARIK MAMI!!!!!!

Me : ((&(^*%&$&%^@*(*^(#*&)@$&)@
.
.
.
.

Wednesday, January 4, 2017

Sesi Persekolahan 2017


Lebih penat daripada tahun lepas..
Tahun lepas boleh gak kadang lajak bangun 6.30 pagi..
Tahun ni.. 5.30 pagi tu dah kira lewat!!

Khaleef ni walaupun cerewet makan..
Tapi dia jenis pagi tak makan..
Dia makan waktu rehat je..
Dan dia tak kisah sama ada bawa bekal..
Atau makan kat kantin..

Tapi..
Adik dia pulak..
Jenis sebelum masuk sekolah mesti makan nasi..

Tahun lepas..
Lepas anta abang sekolah..
Ada laa masa dalam 30 minit lagi nak bawa dia makan..

Skang.. kena laaa masak pagi2..
Mana nak cari nasi lemak telur goreng kul 6.45 pagi tu..
Nak benti beli pun tak sempat..

Depa 2-2 masuk waktu yang sama..
7.30 pagi..
Dan sekolahnya agak jauh antara satu sama lain..

Hantar Khaleef dulu..
Kemudian adik pulak..
Padahal masa anta abang..
Dah lalu sekolah adik..
Tapi dia nak pergi sekolah nombor 2..

Penat seyyyyy!!!


Kat pejabat..
Memang omak layan mata jelah..
Masih belum boleh adjust kul 5.30 pagi dah tunggang tungging busy..

Lepas kul 11.00 pagi gitu baru laaa segar sket..
Tak sabar rasanya nak masuk #TeamGolek..
Lepas settle anak sekolah..
Leh tido sampai kul 12.00 tgh hari :)


Mek Cha darjah 1 wei!!!
Nasib baik sangat dia boleh sesuaikan diri sekolah yg panjang waktunya..
Sekolah Integrasi Ibnu Sina ni bawah PAS juga sebenarnya..
Sama seperti PASTI..
Sebelum ni 2 tahun Hasya tadika PASTI...

Yang tak tahu apa itu Sekolah Integrasi ni..
Maksudnya sistem persekolahan bersepadu antara yg ditetapkan oleh KPM dan ilmu agama serta pra-tahfiz
Sama je cam Kalep..
Pagi sekolah kebangsaan..
Petang sekolah agama..
Cumanya di Ibnu Sina ni..
Sekali harung pagi petang di sekolah smpi pukul 4.30 petang..
Rehat makan ada 2 kali..
Sekali jam 10.30 pagi.. sekali lagi waktu tengah hari..
Makan disediakan..

Kalau kat belah-belah Lembah Klang sana..
Sistem Sekolah Ibnu Sina ni lebih kurang Sekolah Sri Al-Amin...
Yuran bulanan pun lebih kurang sama dengan Al-Amin..

Tengok dulu sampai habis tahun ni camne..
Kalau Hasya okay dan murah rezeki mami & papa..
Sambunglah terus.. Harap2 biarlah kekal..

Khaleef pulak Darjah 5..
Masih kekal di sekolah yang sama wpun asalnya mami nak tukarkan dia sekolah..
Tapi dia tak mahu..
Untuk mengelakkan dia stress..
Mami biarkan jelah..
Dia yang nak belajar..

Semoga kedua-dua anak mami berjaya dunia dan akhirat :)
.
.
.