Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 26, 2017

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo


Asyik lupa je nak review..
Padahal dah habis tengok 2 minggu yang lalu..
Drama ni inspired daripada kisah Jang Mi Ran..
Gold Medalist angkat berat Korea..

Drama ni genre sport comedy romance..
Memula aku underrated gak drama ni..
Pasalnya pelakonnya baru-baru..
Nak pulak heroin masa Cheese In Trap watak jahat..

Tapi aku suka hero..
So, gagahkan tengok drama ni dulu dari Goblin..
Rupanya drama ni best wei!!

Drama ni berkisar dalam satu Pusat Sukan di University HanEul


Ni heroin.. Kim Bok Joo..
Sukan pilihan dia.. ANGKAT BERAT!!
Dalam drama ni dia mmg pakai baju baggy-baggy..
Supaya badan dia nampak besar sikit..

Kat U.. pasukan angkat berat perempuan ni kurang popular..
Angkat berat laa pulakkan..
Musuh utama depa..
Pasukan gimrama..


Ni hero...
Tak payah nak photoshop gambar dia..
Badan dia memang gitu...
Lazat sehingga menjilat jari kan ;))
Ni first time dia jadi hero..
Masa Cheese In Trap.. dia jadi pelakon sipi-sipi je..

Hero ni dalam drama ni nama dia Jung Joon Hyung..
Dia dari pasukan renang..
Dia ni berenang memang hebat..
Tapi dia ada masalah starting..
Sama ada terlalu cepat.. atau terlalu lambat..



Awal dia jumpa Kim Bok Joo..
Bila dia terlanggar KBJ dengan beskal...
Rupanya dulu depa satu sekolah rendah..
Dan KBJ pernah selamatkan nyawa hero ni..

Sejak dari jumpa tu..
Hero selalulah kacau hidup KBJ ni..
Masa ni dia belum suka pun KBJ..
KBJ pulak suka pada orang lain..
Hero ni..
Dari Cheese In The Trap...
Dah menarik perhatian Kak Punjel..
Dia berlakon sangat natural..
And orang sekeliling dia cepat dapat chemistry dengan dia..
Berlakon selamber je.. Tapi menjadi sangat!!

Hopefully lepas ni akan ada banyak lagi drama dia jadi hero..


KBJ suka doktor diet ni..
Nak jadi citer.. doktor ni abang sepupu hero..
Hero lak awal2 dah tau KBJ suka abang dia..
Dia pun bantulah KBJ..
Masalahnya bantuan dia tu selalunya tak menjadi pun :)

Oleh kerana itu, KBJ sign up program menguruskan badan...
Yang mana bertentangan dengan program angkat berat dia..
Yang perlukan dia naikkan berat untuk tukar kategori..


Akhirnya dia kantoi juga...
Time tu ramai yang marah pada dia..
Hero laa yang bagi dia semangat..


Hero ni pun ada masalah juga..
Awek lama dia datang semula ke U depa..
Setelah gagal masuk pasukan kebangsaan..

Sistem depa ni camni..
Depa akan berlatih di universiti masing-masing..
Lepas tu akan ada competition...
Setiap yang menang atau berpotensi besar..
Akan pindah ke Kem Sukan Kebangsaan untuk mewakili Korea dalam sukan antarabangsa
Kiranya semua atlit memang bercita-cita untuk ke sana..


Lama-lama-lama....
Hero pun suka heroin..
Tapi heroin ni lambat sedar la pulak...

Bila dah sedar...
Amboi suwit muwwittt lagi depa dua ni..

Senyum sepanjang masa tau kak punjel tengok drama ni..


Dia ni huhuhuhu sangat...
Aku igtkan dia hero!!
Nak lompat bintang dah Kak Punjel..
Rupanya cameo je..
Comel laaa ko beb...
Lepas W mmg akak tergila-gilakan ko sangat!!!


Apa pun.. drama ni sangat berbaloi ditonton..
So apa tunggu lagi...
Cepat order.. cepat boleh tonton ;)
.
.
.

No comments: