Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, February 27, 2017

Gold Coast Morib


Selalu akak pakai Agoda...
Kali ni guna baucer pulak..
Baucer murah ni beli daripada Nur Hazwani..
Boleh tengok kat FB dia nak tgk baucer2 apa yang ada..
No whatsapp dia pun ada dalam iklan atas nun..


WASAP : 0105104121

Sebab aku ambik yg paling murah RM108..
Kena laa pergi hari sekolah..
Minggu lepas kena pulak seminggu depa tak belajar..
Latihan sukan..
Maka, marilah kita holiday memandangkan Kalep pun takde masuk acara..

Baucer ni wpun rm108..
Siap dapat 4 gelang masuk theme park..
Kalau uruskan sndr kat Agoda..
Biasanya bilik Studio dpt 2 je..
Nak tambah kena beli..

Lagi free 2 kupon untuk flying fox & High Rope
Ini je dah jimat rm40

Pasal aku ada 2 baucer..
Dapatlah 8 gelang theme park + 4 kupon flying fox
Jimat mak datokkan..
Sebab kami pergi 3 dewasa + 5 kanak-kanak + 1 bayi


Wpun baucer murahan...
Dapat bilik menghadap kolam hokay..
Kalau Agoda.. ko hadaplah jalan raya..
Nak hadap kolam kena bayar mahal sket..
WPun biliknya saiz yg sama..


Tujuan utama pergi sini..
Nak kasi bebudak ni berenang...
Pasal apa pilih Gold Coast Morib...

Taman temanya tidak berapa besar..
So boleh monitor 5 kanak-kanak dengan senang..
Sambil omak pun duduk dalam air dalam Lazy River..
Boleh tengok semua sekali..

Banding Gold Coast Melaka..
Kolam dewasa dengan kolam kanak-kanak jauh..
Memang tak boleh nmpk..
& slidenya tinggi-tinggi..
Yang ni bolehlah rendah2 sesuai untuk Mek Cha..

Kalau Bayou Lagoon..
Lagi pening nak kawal..
Sorang kat kolam ni.. sorang kat kolam sanun..
Apak dia tenang2 kat kolam biasa..


Lepas layan kolam..
Naik bilik layan jacuzzi pulak...
RIuh rendah bilik dengan bebudak ni..


Kolam kat Gold Coast ni buka smpi 11 malam..
Tapi nak masuk malam kena purchase tiket lain..
Kalau tak nak  mandi kolam pun banyak aktiviti lain..
Leh ronda2 tepi laut..
Makan ikan bakar rm1.90..
Main mesin token..
Karaoke..

Sedia jelah duit..

Disebabkan bebudak ni kepenatan berenang..
Pukul 9.00 malam semua dah tido..












Sebelum balik...
Layankan bebudak ni main flying fox..
Naik kuda..
Main boyan..
Mandi laut je tak boleh..
Pasal air laut dah jauh kedepan..
Main pasir laut jadilah...

Kesimpulannya...

Seronoklah juga ;)

.
.
.
.

No comments: