Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 21, 2023

My Husband In Law


Drama ni dah takde dalam Netflix rupanya
Baru nak ulang tengok
Drama ni pun best
Cumanya 1 episod tu sejam setengah
Letih juga nak menunggu habis
Nasib  baik takde iklan-iklan.. 

My Husband In Law
Kisahnya pasal kahwin kontrak antara Tien (hero) dan Muei (heroin)


Mak hero dengan mak heroin ni kawan baik
Mak hero memang dah anggap Muei ni macam anak dia sendiri
Depa ni asalnya duduk kat Phuket
Bila keluarga hero pindah ke Bangkok depa terpisah
Tapi Muei dapat sambung belajar kat Bangkok
Jadi mak hero bawa Muei tinggal sekali

Sampai dah habis belajar pun Muei masih tinggal situ
Jaga makan pakai Tien
Sebenarnya kat rumah tu ada Tien sorang je sebab maknya masih duduk kat rumah kat Phuket sementara abang Tien pulak dah kahwin dan tinggal rumah lain



Tien ni ada buat hal dengan isteri orang
Dah laa isteri mafia pulak tu
DIa tak tau perempuan tu bini orang 
Bila kantoi, laki orang tu memang kenakan Tien sampai tahap nak membunuh
Untuk elakkan kena kacau, Tien kata yg dia dah nak kahwin
Dia guna nama Muei 
Bila mak dia dapat tau, memang dia paksa Tien kahwin dengan Muei wpun Tien tak nak
Mak dia memang dah lama mengidam nakkan Muei jadi menantu

Oleh itu, Tien buat perjanjian yang perkahwinan depa rahsia
Tiada resepsi hanya majlis kecik sahaja
Muei setuju je sebab dia memang suka sangat dengan Tien dari kecik


Tien ni kerja arkitek
Muei pulak kerja kat satu company IT 
Disebabkan merging, company Muei diserap masuk ke company Tien
Sepejabat laa depa


Tien ni bukanlah dia benci kat Muei ni
Cumanya dia layan acuh tak acuh je
Dingin je dia kalau dengan Muei
Lepas depa dah sepejabat banyak cerita pasal kerja je
Adalah beberapa insiden yang buat Tien bengang dengan Muei



Satu hari Tien arahkan Muei dan kawan-kawan dia untuk bekerja di site Myanmar
Muei sedihlah juga sebab dia igt Tien dah benci kat dia
Rupanya beberapa minggu lepas tu Tien datang sana
Kat sana laa baru depa berbaik-baik
Itu pun sebab Muei dah nekad nak minta cerai

Masalah lain pulak, bini orang dengan laki dia dok kacau Tien balik
Selain tu ada pulak yang berkenan dengan Muei dok mengorat dia
Lagilah menggelabah Tien sebab dia sebenarnya sayang je kat Muei
Tak reti nak tunjuk


Satu hari Muei hilang
Katanya tugas dia disamping Tien dah selesai sebab masalah mafia tu dah settle
Jadi dia tak perlu lagi jadi isteri Tien
Cam nak gila Tien dok cari dia
Bila jumpa, rupanya Muei pregnant
Ingat dah happy ending, rupanya masalah lain pulak
Muei ada sakit

Apa-apa pun, happy ending ler
.
.
.

 

No comments: