Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, December 6, 2022

Birthcare Center


Drama ni tak panjang, 8 episod sahaja
Main focus drama ni adalah pada ibu2 yang baru melahirkan anak
Depa tinggal di sebuah birthcare center semasa dalam pantang
Datang dari pelbagai latar belakang menjadikan drama ini seronok ditonton



Watak utama drama ni, Hyun-Jin.
Umur dia dalam 40-an
Selama berkahwin tak pernah terfikir pasal nak ada anak
Berjawatan tinggi dalam syarikat pengiklanan
Tiba-tiba ada anak kecil telah merubah keseluruhan kehidupan dia



Bila dah duduk ramai-ramai camni
Mula laaa ada perbandingan
Anak sapa breastfeed, anak sapa minum susu formula tak elok
Dan macam-macam hal

Hyun Jin ni pulak, sebabkan sibuk kerja sehingga air ketuban pecah pun dia masih kerja
Jadi dalam banyak2 ibu dalam ni
Dia laaa paling ketinggalan sekali dari segala segi



Yang ni Queen Bee kat birthcare center ni
Ada anak dah sebelum ni
Dia adalah seorang ibu yang sangat perfect
Tapi tu lah, disebalik kesempurnaan dia tu adalah juga flaws yang dia sorok


Drama ni enjoy di tonton
Relax je dari awal hingga habis
Takde konflik berat-berat
Takde hero yang hensem teruk

Tapi sangat recommended utk di tengok :)
.
.
.





 

Friday, November 25, 2022

My ID Gangnam Beauty

 


Lama gila dah kot aku tengok drama ni
Ni kalau tak pasal Thailand nak remake tak ingat ler nak review

Aku tgk drama ni tentu-tentulah pasal Cha Eun Woo
Hat Thailand WIN METAWIN wei!!!
Tak sabar....


Drama ni adaptasi komik
Kisahnya pasal heroin yang dari lahir hodoh
Kiranya kehodohan dia ni next level
Sampaikan kena buli
Tiada self esteem
Sentiasa murung

Akhirnya dengan bantuan kewangan mak dia
Dapatlah dia buat ultimate punya plastic surgery
Sampai jadi lawa

Okay la heroin ni 
Memang nampak2 cam muka dia palsu
Hidung tu nampak sangat buat 😂



Cha Eun Woo... ini confirm takde plastic surgery
Watak dia dalam drama ni sesuai sangat dengan kesempurnaan muka dia tu
Agak dingin sikit watak dia
Tapi sebab kacak, ramailah orang suka

Dia suka heroin bukan sebab lawa semata
Tapi dia jenis tengok hati budi juga

Watak dia ni sekali lagi iras sama dalam drama True Beauty
Hat ni nanti aku review


Depa ni masuk kolej yang sama
Batch depa ni paling kacak, hero la
Paling lawa pulak ada dua orang
Heroin dengan heroin jahat

Heroin ni sebenarnya kantoi je dia buat plastic surgery
Itu yang orang panggil Gangnam Beauty
Lawa tak original

Even time dah lawa ni pun
Dia masih ada rasa insecure yang tinggi
Susah dia nak percaya yang hero serba sempurna tu suka kat dia



Itu jelah masalah drama ni rasanya
Kira biasa-biasa jelah
Tapi sebab Cha Eun Woo tu hensem sangat
Jadi tengok jelah sampai habis



Yang ni 2nd lead
Lawa tapi hati tak baik
Busuk hati
Suka mengena orang
Pura-pura suci



Sapa tengok drama ni mesti teringin sangat nak tengok rupa heroin ni masa hodoh
Malangnya sampai ke sudah habis takde tunjuk
.
.
.



Military Prosecutor Doberman

 

Lama sangat merayau kat Thailand
Kak Zel balik la ke Korea Selatan sambil-sambil tuh

Kak Zel pilih menonton Military Prosecutor Doberman
Tengok tajuk tahu dah hal2 tentera
Tapi belum pernah tengok Pendakwaraya Tentera



Hero atas kiri, Doh Be Man. Dialah Doberman tuh
Asalnya dia ni peguam tentera sambil lewa
Makan rasuah
Pentingkan duit dan tengkuk dia je
Sangat profesional sampai tak nampak salah laku dia tu

Sampailah heroin muncul
Pendakwaraya juga
Ditempatkan dalam divisyen yang sama dengan Doh Be Man
Perlahan-lahan dia dedahkan kisah silam hero berkenaan kematian ibu bapa hero dan heroin yang didalangi oleh seseorang yang sangat penting dalam tentera

Hat barisan bawah tu watak jahat dalam drama ni
Paling jahat Komander Divisyen
Dia ni punya kejam memang next level asalkan hajat dia tercapai

Yang tengah tu peguam cum pembantu utama Komander Divisyen
Tugas dia cover apa patut dan menjalankan company secara haram

Paling kanan tu awal2 jahat tapi tengah2 baik
Dia anak Komander Divisyen
Dia ni ada mental trauma sikit sebab salah asuh mak dia
Nasib la last2 drama ni dia baik




Yang suka kisah cintan cintun, dalam drama ni TIADA
Memang sepenuhnya kisah perundangan & balas dendam

Romantik depa 5 saat terakhir dalam episod terakhir
Lepas tu terus habis

😂😂😂
.
.
.

Thursday, October 13, 2022

Love and Deception / Ratee Luang

 


Tertengok sedutan drama ni kat TikTok
Ingatkan ada dalam Viu, rupanya Viu Indonesia je ada
Maka kena laa download

Hero nama PinTai. Dia ni anak kepada pesara tentera jawatan tinggi
Selain tu ayah dia ada banyak bisnes
Kira anak orang kaya la

Bila Tai ni tak minat nak masuk tentera, ayah dia marahlah pada dia
Lagi naik angin bila Tai lebih minat bidang pertanian
Semasa Tai ni belajar, dia tinggal bersama seorang Profesor
Prof ni ada 2 anak perempuan, Koong dan Pla
Tai ni bercinta dengan Koong asalnya

Tapi Koong ni jahat orangnya
Gila harta dengan duit
Lepas tu dia pi goda ayah Tai
Bila Tai dapat tahu, dia terus lari tinggalkan rumah


Semasa lari tu, dia bekerja di sebuah ladang di Chiang Mai
Tokei ladang ni ada anak perempuan nama Pin
Pin ni pulak jatuh cinta gila pada Tai, tapi Tai tak layan

Sudahnya Tai ni jadi anak angkat pada tauke ladang tu

Satu hari dia balik Bangkok sebab ada urusan bank
Kat bank tu dia terserempak dengan ayah 
Malam tu dia intai2 la rumah ayah dia
Sekali tu ayah dia kena bunuh malam tu

Dia nampak Koong lari tinggalkan rumah lepas curi duit
Jadi dia tuduh Koong yang bunuh
Adik Koong, Pla tak percaya yang kakak dia bunuh
Jadi dia tolong kakak dia larikan diri

Tai ni memang marah gila kat dua beradik ni
Sampailah hari peguam bacakan wasiat ayah Tai
Ayah Tai mmg tinggalkan semua harta pada Tai tapi bersyarat

Syaratnya Tai kena kahwin dengan Pla
Kira cam kahwin paksa la
Depa kahwin juga sebab Tai nak harta ayah dia


Lepas kahwin tu Tai bawa Pla balik ke Chaing Mai
Dia bagitau yang Pla tu orang gaji dia

Tapi lama-lama pecah gaklah rahsia yang Pla tu isteri dia sebenarnya


Pin anak tauke ladang tu frust gila bila tau Tai dah kahwin
Masa larikan diri tu dia telah dirogol orang jahat
Menyebabkan dia jadi cam sakit mental
Ayah dia pula bila dapat tahu, terus mati

Tai pula eksiden. Sebab kejarkan Koong dan Pla yang larikan duir dia
Lepas eksiden tu, Pla memang hilang terus
Tai pula hilang ingatan
Jadi Pin ambik kesempatan tipu Tai kata depa dua memang suami isteri sebelum Tai eksiden dan tukar nama Tai kepada Trai



Lepas 6 tahun, Trai terserempak dengan Pla tapi dia tak kenal
Pla pulak lepas lari tu baru tau dia mengandung anak Tai

Drama ni banyak konflik smpi letih jadinya
Tu belum Sahatep punya hal
Dengan pembantu dia yang obses sangat dengan dia
Lagi makcik kepada Pin yang menerukkan lagi keadaan mental Pin

Sampai laa ke episod last pun tak habis2 konflik berat


.
.
.
#LoveAndDeception #RateeLuang #PuenKhanin #ChippySirin

Wednesday, October 12, 2022

May December Romance




Drama ni boleh tengok kat Viu
Aku tertarik nak tengok drama ni sebab hero kot
Nampak kacak dan baik
Ryu Vachirawich yang jadi hero

Dia merupakan pemain ping pong wakil Thailand
Masa ada tournament kat Korea, satu insiden telah berlaku
Menyebabkan dia tidak boleh lagi mewakili negara
Akibat perbuatan abang dia yg ambik rasuah



Heroin ni pulak, dia adalah kekasih kepada Ketua Kontijen Ping Pong
Dalam drama ni umur dia 52 tahun
Disebabkan kekasih dia minta putus, dia telah menjalani pembedahan plastik yang sangat ekstrem di Korea Selatan sehingga wajah dia berubah menjadi muda
Badan yang montel pun jadi kurus

Bila balik ke Thailand, semua orang terkejut dengan perubahan dia
Time ni dia jumpa dengan hero
Hero ingat heroin ni muda lagi
Dari kawan lama2 depa saling suka


Lama-lama hero ni tahu juga yang heroin ni tua sebenarnya
Tapi dia tak kisah, dia nak juga kahwin dengan heroin
Asalnya sebab heroin mengandung
Sayangnya lepas kahwin, heroin keguguran


Selain dari cerita hero dengan heroin ni
Adalah 2-3 lagi cerita sampingan yang aku rasa takde pun takpe
Nak2 pasal samseng adik beradik dari Korea
Mengarut lebih

Lepas tu kisah abang hero
Lagi satu pasal percintaan bekas kekasih heroin
Dia pun dapat awek muda juga

Cerita nenek hero pun banyak juga
Drag gila, nasiblah mati juga nenek dia akhirnya

Patutnya drama ni tumpukan pada Orn dan Tum
Serta cita-cita Tum untuk kembali ke arena Ping Pong
.
.
.
#RyuVachirawich #MayDecemberRomance



 

Tuesday, October 11, 2022

My Romance From Far Away


Takdelah best sangat drama ni
Tapi sebab dah tertengok, tengok jelah sampai habis

Hero dengan heroin ni biras sebenarnya
Adik hero kahwin dengan abang heroin
Heroin ni dari keluarga hado-hado
Sementara hero dan family dia orang pedalaman yang ada ladang kopi

Abang heroin ni kira kahwin tak direstui keluarga
Nak pulak abang dia buat keputusan untuk jadi tentera
Tak mahu warisi family business

Plot drama ni bermula bila abang heroin ni dan isterinya mati kemalangan
Meninggalkan seorang anak lelaki
Anak nilah yang menjadi rebutan antara hero dengan heroin

Kiranya mula-mula drama ni depa dua ni saling tak suka
Akhirnya couple
Tentu-tentu je ayah heroin tak suka
Ayah dia dalam tak sihat tu banyak juga agenda jahat dia

Aku lupalah pulak camne akhirnya depa ni bersama juga
Kiranya happy ending ler juga

Lokasi penggambaran drama ni di Chiang Mai
Sama seperti drama Forever Sunshine dan juga Love Deception
Nampak gayanya satu hari nanti nak kena pergi juga Chiang Mai
Cam lawa je tempatnya
.
.
.
 #MyRomanceFromFarAway #BuaNalintip #PuenKhanin