Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 19, 2023

Crash Landing On You

Drama yang jatuh dalam kategori wajib tengok
Kak Zel memang cepat tengok drama ni sebab minat Hyun Bin
Nak pulak time tu PKP
Takde apa sangat nak dibuat

Ni kisah cinta 2 negara bergolak
Korea Selatan dengan Korea Utara
Fiksyen semata-mata
Depa takde masuk Korea Utara pun sepanjang penggambaran drama ni


Drama ni bermula dengan kisah heroin
Dia ni seorang chabeol
Malangnya heroin sering dipandang sepi oleh family kecuali ayah dia
Tapi, dia seorang yang sangat berjaya dalam kerjaya

Untuk release tension, dia suka meluncur udara
Satu hari tu disebabkan tetiba ada angin bertiup kencang
Dia terbang tersasar dari arah yang sepatutnya
Dan jatuh di kawasan yang tidak diketahui

Rupanya dia jatuh dalam kawasan DMZ antara Korea Selatan dengan Korea Utara
Jatuh atas Kapten Ri Jeong Hyeok yang merupakan askar elit Korea Utara

Lepas tahu tu heroin cuba lari nak masuk balik ke negara dia
Malangnya dia salah arah
Dia telah melompat pagar sempadan dan betul2 masuk ke Korea Utara


Ikut peraturan,  Kapten Ri kena tangkap Se Ri dan bawa untuk dibicarakan
Rasanya memang kena bunuhlah lepas tuh
Tapi dia selamatkan heroin dan sorok kat rumah dia



Ni dia si kacak Kapten Ri
Dia memang sungguh2 nak tolong heroin
Yelah lawa la pulakkan
Sampaikan dia mengaku yang Se Ri ni tunang dia
Dan tukar gaya heroin jadi seperti orang Korea Utara

Banyak laaa insiden2 yang berlaku masa kat sana
Sebab gaya Se Ri ni sangat mencurigakan


Kapten Ri ni sebenarnya nak tolong Se Ri ni balik ke Korea Selatan
Memang susah gila la
Banyak kali percubaan nak seludup Se Ri ni tapi gagal

Tapi, nasib baiklah Kapten Ri anak kepada pegawai yang pangkat besar juga di Korea Utara
Ayah dia dalam marah-marah tu tolonglah juga anak dia


Ni pulak di jahat
Dia dengkikan Kapten Ri dan ayah dia dari segala segi
Memang macam2 plan jahat dia nak musnahkan Kapten Ri dan kantoikan Se Ri


2nd lead
Seperti juga drama DOTS
Watak kedua dalam drama ini sebenarnya lebih menarik

Kisah cinta depa dua ni lebih tragis

Hat perempuan tu sebenarnya bakal tunang Kapten Ri
Yang lelaki tu pulak con man yang melarikan diri
Tapi dia bukan warganegara Korea Selatan, dia warga Amerika


Akhirnya Se Ri ni berjaya juga balik ke Korea Selatan
Masalah lain pulak muncul sebab depa ni dah saling cinta
Camne nak bersama

Kapten Ri ni dapatlah duduk Korea Selatan sekejap
Tapi lepas tu dia kena balik juga ke Korea Utara
Diakan tentera
Ikutkan balik tu dia akan dikenakan hukuman berat
Tapi ayah dia tolong


Kesudahan dia cam jenuh juga la
Tapi happy ending 
.
.
.

Wednesday, January 18, 2023

Extraordinary Attorney Woo

 

Woo Young Woo, dia ni seorang peguam yang menghidap Autism (ASD)
Dia ni obses sangat dengan ikan paus
Autism dia nikan jenis yang tengok apa terus ingat semua
Cam baca buku tu, dia ingat terus dari kulit ke kulit

Camne boleh jadi peguam ni disebabkan ayah dia
Ayah dia seorang student guaman 
Tapi disebabkan satu insiden dengan mak kandung WYW ni, dia tak jadi peguam
WYW ni dia jaga tanpa mak disisi

Asalnya susah juga dia ni nak dapat kerja sebab masalah autism dia tu
Wpun dia pelajar paling cemerlang di universiti
Nasib baik, ayah dia ada kenalan kat satu firma guaman terkenal iaitu Hanbada


 

Mula tu rakan sekerja dia ramai yg skeptikal tentang WYW ni
Depa rasa dia tak boleh jadi peguam yang bagus
Tapi dia memang seorang yang hebat
Dia punya daya menyelesaikan kes tu lain dari yang lain

Drama ni kalau dah tertengok 1st episode
InsyaAllah laa terus sangkut nak tonton sampai habis



Ada hero drama ni
Watak dia ni memainkan peranan besar dalam handle masalah autism WYW
Wpun susah dia nak jadikan WYW tu luahkan cinta kat dia
Sudahnya depa couple juga
Tapi biasa hidup di alam couple ni ada pasang surut
Nak2 bila sorang normal, sorang pulak istimewa



Selain depa berdua ni, watak2 lain juga best
Ada orang jahat juga
Tapi bukan main rebut2 cinta
Cuma watak jahat ni tak puas hati dengan WYW yang lebih menyerlah dalam Hanbada
Nak pulak mak WYW ni seseorang juga dalam bidang guaman


Drama ni wpun takdelah berat sangat
Tapi banyak pengetahuan nak2 pasal Autism dan pasal perundangan
Macam drama Good Doctor juga
Sebenarnya depa ni ada je perasaan nak bercinta tu
Cuma pasangan dan orang lain perlu faham keadaan dan situasi depa
Sebab orang Autism ni kebiasaannya depa ada dunia tersendiri
Cam WYW ni dia sangat2 taksub dengan ikan paus

Secara keseluruhannya drama ni best banget!!
.
.
.


Monday, January 16, 2023

Descendants Of The Sun

 


Satu ketika dulu, drama ni meletup gila satu dunia
Kak Zel cam biasa laaa
Dah suam-suam kuku baru Kak Zel start tengok

Sebab drama ni laa Song-Song ni kahwin
Lepas tu cerai
Skang SJK pun dah ada orang lain


Hero, seorang askar berpangkat kapten dlm pasukan elite Alpha
1st time depa jumpa masa hero ni tangkap pencuri
Oleh kerana pencuri itu cedera, dia bawa pencuri tu ke hospital
Kat hospital tulah kali pertama hero jumpa heroin
Jumpa ni hero terus suka kat heroin
Sweet laa awal2 tu dia try nak tackle doktor tu
Tersenyum-senyum Kak Zel sorang-sorang tau




Heroin adalah seorang doktor
Dia ni sikit lagi nak naik pangkat jadi professor
Malangnya disailang oleh seseorang yang ada kabel

Pasal hero dok ngorat dia tu kan
Episod 1 tu macam dah nak dapat
On the way nak pergi dating tu tiba2 hero kena panggil balik bertugas
Sempatlah jumpa sekejap

Lepas2 tu dating2 depa dua ni selalulah ada gangguan tugas
Tup-tup putus camtu je
Cam perempuan ni tak dapat terima kerja hero sebagai askar


Dalam drama ni banyaklah operasi-operasi tentera yang mencemaskan
Sebab tulah drama ni jadi best
Bukan tumpu pada cintan-cintun semata

Tak taulah apsalnya, tetiba pasukan Alpha ni diberi cuti panjang selama 8 bulan
Tapi bukanlah rehat duduk rumah
Depa akan bertugas kat satu kem di Uruk
Kalau kat Malaysia ni lebih kurang cam tentera pi bertugas kat Lubnan under PBB



Dah rezeki agaknya, heroin ditugaskan sebagai doktor tanpa sempadan dekat kem yang sama dengan hero
Heroin ni pergi sana bukanlah sukarela
Tapi sebab dia hempuk Pengerusi hospital yang cuba buat gangguan seksual 

Sambunglah balik hubungan depa yang terputus sebelum ni



Ni pulak kisah 2nd lead
Depa takde berebut hero atau heroin
Tapi kisah depa dua ni lagi menarik sebenarnya
Perempuan tu doktor tentera, anak tentera berpangkat tinggi
Lelaki tu pulak Sarjan
Jadi adalah halangan dari ayah perempuan tu
Dia lebih suka kalau anaknya dengan hero

Perempuan ni kenal dengan heroin
Masa kat sekolah perubatan, depa belajar sama
Dan kononnya perempuan ni rampas pakwe heroin


Adalah momen-momen tragis hujung-hujung drama ni
Nak kenalah tengok tanpa skip-skip

Bagi Kak Zel drama ni best
Tambahan pula OST pun best
Malar segar lagu-lagi OST drama ni sampai sekarang


Saturday, January 14, 2023

Record of Youth


Drama ni biasa-biasa je
Agak slow motion sket
Tapi Kak Zel tengok sebab Park Bogum
Kacak betul dia dalam drama ni sebab dia jadi model & pelakon baru nak up

Dia ni datang dari keluarga biasa-biasa
Atuk dia nak sangat dia jadi model
Tapi dia tak pernah dapat nak menyerlah

Nak pulak kawan baik dia (2nd hero) yang sama2 dalam line model lebih menyerlah dengan bantuan kabel-kabel mak dia
Mak kawan dia ni mmg agresif nak upkan karier anak dia
Sampai sanggup beli follower media sosial nak nmpkkan anak dia famous
Untungnya sebab dia anak orang kaya



Heroin pulak make up artis
Dia ni rupanya dalam diam merupakan peminat hero
Hero pulak tak sangka dia ada peminat memandangkan karier dia biasa-biasa je

Seperti dijangkan, drama ini ada kisah cinta 3 segi
Antara Sa Hye Jun (hero) - Ahn Jeong Ha (heroin) - Won Hye Ho (2nd hero)



Heroin ni tugas dia dalam drama ni lebih kepada nak bagi semangat pada hero untuk berusaha lebih gigih untuk berjaya
Sampailah hero dapat berlakon dalam 1drama dan dia betul2 dapat perhatian lepas drama itu disiarkan
Bermulalah kehidupan glamer hero yang penuh dengan kesibukkan sampai terabaikan heroin



Aku ingatkan lepas hero jadi famous, 2nd hero ni akan jadi watak jahat
Tak pun...
Cumanya 2nd hero ni agak tertekan bila mak dia dok banding2 kan dia dengan hero
Nak pulak dia terkecewa sebab heroin tak nak kat dia

Watak jahat dalam drama ni adalah manager dari agensi lama dia



Ni keluarga hero
Mak dengan atuk dia sangat bagi galakkan
Tapi ayah dia mmg tak suka anak dia jadi artis
Adalah beberapa konflik dalam family dia

Apa pun drama ni relax & easy
Yang pentingnya Park Bogum hesmes terpaling!!

Eh, ada cameo Park Seo Jun tau dalam drama ni

.
.
.





 

Move To Heaven


Drama ni 1st episod dah mengundang air mata
Bukan melodrama, tapi genre family
Tapi sebab kisahnya Geu Roo yang menghidap Sindrom Asperger kematian ayahnya secara tiba-tiba. Itu yang buat sedih.
Tapi nasib baiklah ayahnya mmg dah latih dia untuk berdikari


Ayah Geu Roo ni ada tinggalkan syarikat untuk anak dia ambil alih
Bagi budak ni takde apa sangat sebab sebelum ni pun dia biasa tolong ayah dia
Yang bestnya syarikat ni memberi perkhidmatan menguruskan barang-barang peninggalan orang mati.
Jadi dapat pengetahuan baru yang rupa-rupanya wujud syarikat macam ni
Barang peninggalan orang mati ni sebenarnya ada 1001 kisah disebaliknya
Hingga kadang2 boleh bongkar rahsia si mati


Ini pulak pakcik Geu Roo
Dia ni ahli seni bina diri yang banyak bertanding secara haram
Oleh sebab itu juga dia pernah masuk penjara
Lepas ayah Geu Roo mati, dia muncul dan menjadi penjaga sah Geu Roo
Mula-mula depa ni tak berapa ngam
Sebab Geu Roo ni hidup dia jenis teratur, tersusun seperti mana yang ayah dia ajar
Pakcik dia pulak hidup semborono.. suka hati


Tapi, akhirnya depa sama-sama menguruskan bisnes Move To Heaven
Kes-kes yang depa uruskan buat drama ni best
Bersihkan barang si mati dan serahkan kepada ahli keluarga
Part ni yang main hati dan perasaan



Drama ni ringan sahaja
10 episod, tapi rasa tak puas
Patut buat sampai 16 episod

Lupa nak claim, Geu Roo tu orang sebenarnya half Malaysian tau
Ayah dia Cina Malaysia kahwin dengan orang Korea
Kalau perasan, dia ada dalam drama CLOY jadi askar sama dengan Ri
.
.
.






 

Wave Of Life / Kluen Cheewit

 

Time ni tengah gilakan Mark Prin
Semua drama dia Kak Zel tengok kecuali yg heroin dia Kim Kimberly
Tak tau apsal tak berminat nak tgk Mark ni dengan makwe dia

Ini pula merupakan drama pertama Yaya Urasayya yang Kak Zel tonton

Genre drama ni Benci lama-lama Cinta

Hero dalam drama ni nama Sarthit
Dia seorang peguam
Dah ada kekasih yang baik

Satu hari, kekasih dia mati dilanggar kereta
Pemandu mabuk
Tapi sebenarnya pemandunya bukan mabuk, tapi sebab dadah


Heroin ni lah yang langgar makwe hero 
Malangnya makwe dia mati di tempat kejadian
Memandangkan heroin ni adalah pelakon dan model terkenal, pekerja dia telah membuat keputusan untuk mengaku salah memandu di bawah pengaruh dadah

Sebenarnya bukanlah heroin ni kaki dadah
Tapi ayah tiri dia yang jahat
Dia bagi dadah sebab nak rogol anak tiri dia
Bila dia dapat lepaskan diri, itu yang dia memandu tak ketahuan
Dah tu terlanggar makwe hero yang dok tunggu bas


Hero ni disebabkan dia peguam
Dia siasat habis2 kes makwe dia mati ni
Akhirnya terbongkar yang heroin sebenarnya yang memandu malam tu
Tapi tak boleh nak buat apa sebab dah ada yang mengaku salah dan jalani hukuman bagi pihak heroin

Hero pun nekad untuk balas dendam
Dia nak musnahkan hidup heroin


Macam-macam tahana la dia dok buat kat heroin
Heroin ni hadap je sebab nak tebus kesalahan dia
Kadang2 melampau juga hero ni

Tapi lama-lama-lama
Dia cam suka pulak pada heroin
Tapi ego dan keinginan nak balas dendam tu mengaburi perasaan suka tu
Heroin pun suka juga pada hero
Hensem kot!!!!


Setelah macam2 onak duri yang depa tempuhi
Sampai heroin pun mengandung
Akhirnya bersama laaaa juga

Happy ending
.
.
.