Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, May 27, 2015

Lost World of Tambun Part I


Tak kisah laa basi pun kan...
Ni kami pergi masa cuti panjang awal bulan 5..
Hampir juga tak jadi..
Sebab pagi tu Khaleef cam nak asthma..
Hasya pulak panas badan..

Tapi.. bila bgtau depa tak jadi pergi..
Kemain tunjuk perasaan lagi..
Makanya.. pergi laa juga..
Lagi pun tengok cuaca cam tak berapa panas..


Lost World ni buka jam 10.00 pagi..
Tiketnya

Kanak-kanak bawah 90 cm = FREE
Kanak-kanak = RM52.00
Dewasa = RM58.00

Tapi time tu ada bawa kad MESRA Petronas tu..
Dapat laaa potongan 15%

Kalau beli online siap2 pun lebih murah juga..
Yang Hasya posing tu..
Kolam air panas..
Dia suka kat sini..
Tapi bila matahari dah naik..
Aku suh dia keluar dulu..





Lepas-lepas tu dia mmg layan kolam budak-budak je..

Yang Kalep pulak..
Kejap hilang.. kejap hilang...
Stress tau...

Sebelah kolam budak2 ni..
Kolam yang macam laut tu..
Kalep suka laa mandi kat sini..

Tapi tiba2 ada cam ala-ala tiger show pulak..
2 perempuan..
Berdiri atas pentas sebelah DJ..
Pakai bikini..
Terkinja2...

Omai.. omai...

Bongokkan... ini Taman Tema Air Keluarga..
Sebelum Kalep tegang..
Terus aku bawa dia pergi main kat dry park..


Yang ni pun ada gak hilang sekali..
Papa dia ke lain..
Abang ke lain..
Aku pi beli air..
Tengok2 dia dah takde dalam kolam  budak..
Nasib cepat je jumpa..

Ini ler satu yang buatkan aku tak nak kembali lagi ke sini..
Kolamnya jauh-jauh..
Lepas tu disengkang dengan pokok-pokok laa..
Zoo la..
Jalan la...
Susah nak pantau anak-anak..

Senang Gold Coast Morib..
Wpun kecik..
Ko duduk satu spot..
Boleh nampak semua anak-anak..



Takpe.. janji orang dah pergi Lost World..
Anak-anak aku pun sudah :)
.
.
.

Wednesday, May 20, 2015

Marriage Not Dating

Dah lama aku tak tengok drama betul-betul..
Selalunya aku tgk melompat2..
Nak kasi cepat habis..

Tapi..
Drama ni suka banget!!



Drama ni bermula dengan kes salah faham..
Sebenarnya heroin adalah makwe kepada kawan hero..
Senang kata... 3rd hero laa...
3rd hero ni pulak.. takde laaa cintan habis dengan heroin..
Dia plan nak main-main je..
Sampai laaa satu hari heroin ajak 3rd hero kahwin...
3rd hero terpaksa minta bantuan hero sbb dia tak mahu kahwin lagi..

Hero pun bantu...
Dalam dok bantu kawan dia utk larikan diri dari heroin..
Mak hero salah anggap..
Dia igt heroin adalah makwe kepada hero...





Ini laaa dia heroin dan hero..
Hero ni jarang tau dapat jadi hero baik..
Selalunya dia jadi 2nd hero yang jahat..

Bila dah jadi hero ni..
Baru nak nampak..
Hensem laa pulak hoi!!!!

Tapi dia ni hensem kalau tak senyum..
Kalau senyum... berkurang hensem dia tu..

Hero ni kerja as plastic surgeon..
Dia buka klinik platic surgery..


Hensem kan...
Tapi dia ni ada satu impian..
Impian dia ialah nak hidup sendiri selama-lamanya..
Disebabkan ibu bapa dia ada masalah dalam perkahwinan..
Jadi dia buat keputusan tak mahu kahwin selama-lamanya..

Tapi mak dia ugut..
Kalau dia tak mahu kahwin..
Dia akan jual rumah yang hero duduk..
Rumah tu rumah lama family depa..
Hero ada banyak kenangan kat rumah tu..


Ni heroin..
Keseluruhan drama ni best sebab dia..
Gaya dia yang selamber dan suka cakap lepas..
Jadikan drama ni fun to watch..

Lepas dia di clashkan oleh 3rd hero..
Secara tetiba dia terlibat dalam kehidupan hero..
Asalnya... dia hanya nak bantu hero..
Dan hero pula akan bantu dia balas dendam pada 3rd hero..

Heroin ni berlakon seolah2 dia ngn hero akan berkahwin..
Tapi gaya dia nak pura2 berlakon tu..
Tak menjadi pun..
Malah.. jadi cam real pulak..

Apa je skrip yang hero rancang..
Kesudahannya tak ikut skrip pun..
Tapi benda yang dirancang tu jadi..
Malahan melebih2 lagi :))

Best tau!!



Ini pulak 2nd heroin dengan 2nd hero..
2nd heroin adalah bekas kekasih hero..
Cam biasa laaaaa....
Dia nak balik ke hero..

Yang 2nd hero pulak..
Nak ke heroin..
Biasa juga..

Yang lainnya..
Heroin pun nak ke dia..
Depa dua ni sempat couple sekejap..
Wpun dalam masa yang sama.. dia masih tolong hero..



Selfie lakonan gak semata-mata..
Nak tunjukkan pada family lelaki tu..
Yang dia dah ready nak kahwin..

Padahal lepas selfie tu..
Mula balik bermasam muka sama sendiri..


Seperti kebiasaannya juga..
Tentu laa heroin akan dapat kat hero..

Tapi masa depa dah start couple..
Keluarga hero pulak dapat tahu kisah sebenarnya..
Yang depa berdua berpakat je sebenarnya..
Apa lagi.. mengamuk laa mak hero..
Dia cuba nak pisahkan depa dua ni..
Sebab dia masih tak percaya yang depa dua ni dah saling cinta..

So..

Apa kesudahannya..

Sila-sila...
.
.
.






Sunday, May 17, 2015

Hadiah Hari Ibu..



Sebenarnya tak pernah disambut pun..
Elok anak2 aku..
Elok aku adik beradik...
Memang tak wujud Hari Ibu ni dalam kehidupan kamiorang..

Agaknya dek pengaruh TV...
Dok sebut2 Hari Ibu..
Malam Hari Ibu tu Khaleef tanya soalan...

"Mami nak hadiah apa hari ibu? Mami nak kek?"

Takpe Khaleef...
Mami dah dapat hadiah paling best di dunia..

"Apa mami?"

Mami dapat berehat sepenuhnya bila Kalep & Adik pergi rumah nenek 2 hari 1 malam di hujung minggu dan tinggalkan mami sorang-sorang kat rumah..

"Pelik hadiah mami ni...."

:))
.
.
.

Thursday, May 14, 2015

Kasihan sama ini blog..

Tuan dia tahun ni sangat busy..
Busy dengan kerja..
Busy dengan kerja sampingan..
Busy dengan anak..

Dah tu.. bila tak busy, lupa pula ada blog...

Skang ni rasa update kat FB lagi senang..

Tapi tu ler..
Sayang ler pulak dengan review-review cerita Korea dalam ni..

Nak kena seru semangat mengreview tu balik..

Apa pun..

Nak update laaa apa drama2 baru yang ada tapi tidak direview

1- Marriage Not Dating
2- Healer
3- Punch
4- Secret Hotel
5- Liar Game
6- Preserve Gu Haera
7- Nine Plus Boy
8- Modern Farmers
9- High School, King Of Life

Kalau drama Melayu pulak..
Apa yang ada kat TV3 tu..
Aku ada laa juga..
.
.
.