Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, May 26, 2014

KLIA2



Tempat baru..
Mestilah lagi best dari tempat lama..
Jalan nak masuk...
Dah diasingkan untuk yang ke departure hall dan arrival hall..
So, kuranglah mengkelibut dalam tu..



Masuk-masuk... memula jumpa giant TV..
Boleh cek flight anda..
Dan kaunter mana nak check in..
Tak jauh pun..
Cumanya.. cam kurang kerusi pulak depan kaunter check in ni..
Tapi jauh sangat ler beza dengan LCCT dulu..
Sebaris je kerusinya..


Berdekatan dengan check in kaunter..
Terus ada pintu Perlepasan Antarabangsa...
Nampak cam senang je kan..
Tapi rupanya.. nak pergi ke waiting room tu..
Jauh..

Tapi untuk international ada horizontal escalator..
Untuk yg domestic departures..
Sila laa menapak dengan hati yang tenang..

Untuk yang tiba awal.. tapi flight lambat lagi..
Nampak tak kat tempat ramai orang menebeng tu..
Atas..
Belakang depa tu ada satu open hall..
Siap carpet..
So, boleh laa berehat lurus2 kaki kat situ..
Tido pun boleh..

Cam aku hari tu naik atas juga..
Tapi takde laa tido open kat situ..
Aku masuk surau dan membuta..

Surau & toilet sangat banyak!!
Dan sangat luas!!!

Kalau setakat 20 orang tido dalam surau..
takde hal mengganggu lagi..
Cumanya telekung dalam surau agak kusam2 dan berbau..
Better bawa telekung sndr..


Pintu perlepasan dalam negeri..
Kat sini masuk je terus scan beg..
Aku dok terbayang..
Turun je escalator..
Terus jumpa departure hall..


Turun je... terus aku jumpa laluan mendaki ni..
Handcarry aku dah la berat..
Aku tak boleh check in bag tu pasal dlm tu ada goodies utk karnival..
Takut pecah & rosak..
Takde roda pulak tu..
Mengah jugak ler mendaki..

Igt lepas dakian tu sampai..
Tidak juga..
Belok sana.. belok sini..
Turun escalator lagi.. turun 1 escalator lagi..
Baru jumpa departure hall..



Lepas tu tunggu je kat luar..
Boarding room akan bukak 45 minit sebelum masa berlepas..
Banyak juga kedai bawah tu..
Memanjang je kedai-kedainya..

Kat bawah ni pun..
Ada toilet.. ada surau...


Bila masuk dalam tempat nak boarding ni..
Dah takde toilet..
Kalau nak kencing.. kena keluar pulak..


Sky Bridge!!!
Ok bab ni aku suka banget!!!
Terus masuk perut kapal..
Tak payah lecah ketiak jalan kaki ke flight..

TIPS

  1. KLIA2 banyak kedai untuk shopping.. kedai untuk makan... so berbahagia la :)
  2. Parking dekat.. tapi mahal... RM46.00 untuk 24 jam.
  3. Kalau park kereta.. make sure igt kat bahagian mana.. no tiang.. kedai apa korang lalu.. sbb sangat confuse bila nak cari parking tu balik.
  4. Arrival hall.. pun ada lorong mendaki.. tapi lebih pendek.
  5. Tempat tuntut bagasi selalunya gabung 3-4 flight dan panjang.. so, agak lama la menunggu beg.

.
.
.

2 comments:

Farah Deeb said...

Whoahhhh ok maseh bagitau walaupun tak tau la apa purpose nak pegi sana nanti ahaks! Jemput singgah: Dulu lain, sekarang lain.. Iye ke?

ujam said...

lebih kurang cam kuching international airport la. pernah guna yg lama dan baru. camtu juga. ingat dah sampai rupa2nya kena heret beg jauhhh gak. hehehe