Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 7, 2016

SINETRON KONTRAKKU MANA?

Sebenarnya DRAMA KONTRAK ni..
Berlaku setiap tahun...
Rasanya dari 2007 hingga 2010 je takde drama sangat..
Tahun-tahun lain..
Cam Astro tau..
Mengulang citer yang sama..

Kontrak sangkut kat sana..
Sangkut kat sini...

Tapi tahun ni paling WIN!!!

Dulu-dulu walaupun penuh sinetron..
Tapi tak pernah pulak dapat notis arahan TIDAK HADIR BERTUGAS..
Ini kali pertama..


Notis ni kami dapat dalam pukul 4.00 petang..
Pada 31hb Disember..
Menyatakan.. bahawa 4hb Januari..
TIDAK PERLU HADIR ke pejabat..

Menggelabah babun laa semua orang..
Sempat ke nak cari kerja lain..
Jam dah 4.30 petang!!




Hari Isnin, 4hb Januari..
Wlupun diarahkan untuk tidak hadir..
Aku & assistant aku tetap hadir juga..
Memandangkan kelas komputer tetap berjalan seperti dirancangkan..

Selasa pun datang...
Tapi aku balik awal dalam pukul 3.00 petang..

Rabu.. full day kerja dari kul 7.50 pagi..
Sampai 5.00 petang..

Sampai mak aku pun kondem..
Dah disuruh jangan datang pejabat..
Duduk pejabat seharian buat apa..

Setelah 3 hari menunggu perkhabaran dari JPA dan MOF...
Hari ini baru ada jawapan..
Tapi belum secara B&W lagi..
Baru secara lisan..

Kami diminta kembali bertugas seperti biasa mulai esok..

LEGA?!!!

Ntah laaaa...

Aku ni sebenarnya mmg berhajat sangat nak berhenti kerja..
Tapi target aku masih belum sampai..

1- Pendapatan bulanan dari bisnes belum sampai 5 ribu sebulan
2- Saving masih belum capai 30K
3- Aku ngn MIJ berangan nak beli rumah besar sket dari yang skang ni..

Oleh itu, marilah bekerja semua sekuatnya..
Semoga 2016 ini semua yang berlaku indah-indah belaka..
Dipermudahkan...
Selamat dunia akhirat :)

Oleh itu..

Mulai esok, Kak RapunZEL kembali menjadi Pegawai Teknologi Maklumat
Merangkap Ketua Zon 3
Dealer produk Camira
Saigon personal shopper
Tauke bahan bakar
Tukang pasar pekasam daging & sambal hitam..


TERUSKAN SOKONG KAK ZEL!!!!
.
.
.





1 comment:

gebu's fairy tales said...

daku sentiasa menyokongmu! Alhamdulillah masih ada rezeki