Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, January 2, 2016

Welcome 2016


Azam baru tahun ni

Nak tulis balik blog yang dah lama diabaikan ni..

Sian peminat2 drama Kokoya...
Dok PM kat FB..
Kak Zel dah tak nak buat drama Kokoya lagi ke?

Sebenarnya..

Aku download semua cerita yang ada tu..
Cumanya sejak jual Camira ni..
Dan jual beberapa benda lagi..
Masa ada sedikit kurang..
Pastu biasa laa hujung2 tahun..
Pejabat aku busy dengan BR1M..

Tiba-tiba...

Hari terakhir bekerja di tahun 2015...
Kami di PID ni dikejutkan dengan notis dari kementerian..
Katanya mulai 4hb Januari 2016, diminta TIDAK HADIR kerja..

Hehehe...
Kalau kome kata MAS tu kejam masa berhentikan staf2 dia..
Kerajaan kita lagi 10 ganda kejam tau...
Notis tu keluar dalam pukul 4.00 ptg 31 Disember 2015..
Sempat ke nak cari kerja lain sebelum jam 5.00 petang?
Lepas tu cuti pulak sampai 3 hari..
Masuk 4hb... bulan baru.. tahun baru..
AKU ADALAH PENGANGGUR!!!

Alhamdulilah...
Aku dah start mengorak langkah..
Mengatur serba sedikit masa depan..
Memang dah terfikir mungkin takat ni je dengan PID..
Hati tu dah berbolak balik...

Setakat ni.. hasil dari bisnes aku..
Walaupun belum dapat sama dengan gaji..
Namun bolehlah.. setakat nak lepaskan komitmen2 yg ada..
Cam insuran.. loan ASB.. bil astro.. bil streamyx..
Cumanya tak boleh laa bermewah-mewah seperti sebelum ni..

Tapi..

Untuk 2016 ni..
Dah banyak perancangan travel aku..
Tix flight yang dah tempah ada 4 wei!!!!

Nak kena juga laaaa berjimat cermat dengan drastiknya..

Harap anak2 faham ler kenapa tak boleh holiday setiap bulan..
Kenapa tak boleh nak beli lego mahal-mahal lagi..

Diri sendiri pun nak kena lebih faham..
Usah nak buka Lazada setiap hari...
Jangan dok view Instashop..
Jangan dok book sana sini..

Huhuhuhuh :(

Harap 2016 ini akan berjalan dengan lancar..
Walaupun permulaannya agak sedikit hambar dan mencabar!!

Anyway,

HAPPY NEW YEAR!!!
.
.
.

1 comment:

Unknown said...

happy new year kak zel...saya jadi penggangur masa ari lapor diri time keje kontrak dlu..agak sedih laaa jugak masa tu..tapi alhamdullilah masuk tahun ke 2 still blh survive..goodluck kak zel