Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, February 22, 2016

10 DRAMA KOREA TERBAIK 2015


Nak masuk Mac baru teringat nak buat aktiviti tahunan ni..
Takpe..

Better late than never

10- MASK


Drama ni berkisar pasal kisah hidup heroin..
Yang dari kecik asyik dirundung malang..
Hidup dia menderita disebabkan hutang yang ayah & abang dia buat..

Namun hidup dia mula berubah..
Bila dia jumpa "doppelganger"..
Orang yang muka sama dengan dia..
Tapi individu yang berlainan..

Sejak dari itu dia hidup dalam kehidupan orang lain..

Aku belum review lagi drama ni..
Tapi drama ni ADA..


9- BELOVED EUN DONG


Ni kisah pasal hero..
Hero ni seorang yang terkenal..
Dia upah seorang ghostwriter untuk tulis biography..
Secara tak lansung... 
Penulis tersebut bantu dia utk igt kisah2 20 tahun sudah..
Masa ni laa dia teringatkan pasal seseorang..
Yang dia cintai sebelum ini..

Drama ni pun ADA


8- SCHOOL OF 2015 - WHO ARE YOU


Aku memula tengok drama ni confuse juga..
Rupanya heroin tu kembar..
Tapi terpisah sebab depa dijadikan anak angkat..

Satu hari..
Salah satu kembar ni hilang semasa rombongan sekolah..
Bila dia muncul semula..
Dia dah hilang ingatan..

Sebenarnya.. itu bukan orang yang sama..
Tapi kembar dia yang orang salah sangka igtkan dia..

Of course.. drama ni pun ADA


7- TWENTY AGAIN


Kisah seorang housewife yang dah berumur 38 tahun..
Satu ketika dulu dia bercita-cita untuk menjadi seorang penari..
Tapi disebabkan dia kahwin awal..
Dan mengandung pulak tu masa umur 19 tahun..
Cita-cita dia terkubur..

Namun.. setelah 19 tahun berlalu..
Dia mengambil keputusan untuk sambung belajar..
Masuk pulak universiti yang sama dengan anak dia..
Siap sekelas dengan anak & awek anak dia..
Nak jadi citer.. ex boyfriend & suami dia lak pensyarah kat situ..

Best gak drama ni..
Lawak pun ada..
Kekeluargaan pun ada..

Pastinya ADA!!


6- YONG PAL


Ni best betul :)

Yong Pal ni drama pasal seorang doktor..
Yang kesempitan duit kerana menanggung adiknya yg sakit buah pinggang..
Untuk tanggung kos dialisis..
Dia sanggup buat apa saja..
Oleh kerana dia mahir dalam hal perubatan...
Dia menjadi doktor kongsi gelap..
Tak kisah siapa customer..
Penjenayah ke.. Abang Long kawasan ke..
Semua dia layan janji bayaran mahal..

Yang heroin pulak..
Anak orang kaya raya..
Tapi dia dah 3 tahun koma..
Si Yong Pal ni laa yg rawat sampai dia bangun balik..

Oleh itu.. drama ini ADA!!


5- KILL ME HEAL ME


Ni kisah hero yang ada masalah identity disorder...
Dia sorang je ada 7 personaliti..
Tapi sebab dia kaya raya..
Orang layankan je..

Heroin pulak seorang doktor tahun 1..
Yang secara rahsia membantu hero untuk sembuh..

Sweet tau drama ni..

So.. sapa mahu.. ia adalah ADA


4- THE PRODUCER


Ni drama jimat budget :)
Berlakon pun banyak dalam stesen tv KBS tu je...
Bagus drama ni..
Kita boleh tahu selok belok penerbitan kat Korea nun..

Hero.. dia suka heroin..
Tu sebab dia masuk keje kat situ..
Sayangnya.. dia sangkakan heroin dengan 2nd hero..

Nak tau banyak lagi..
Tunggu aku review kemudian..
Pendek je drama ni.. 12 episod..
Tapi.. 1 episod dekat nak 2 jam..

3. THE GIRL WHO SEES SMELL


Plot drama ni berkisar pasal serial killer "Barcode"
Yang hero.. dia kehilangan adik dia..
Sejak peristiwa tu..
Dia hilang deria bau dan rasa..
Dan dia juga tidak ada rasa sakit...

Heroin pulak.. dia survivor kes pembunuhan Barcode..
Ajaibnya.. selepas itu..
Dia ada penambahan deria rasa & deria bau..
Lebih sensitif dari dulu..

Drama ni.. dah lama ADA


2. SHE WAS PRETTY



Drama ni aku baru je review last week..
Memang best + sweet + lawak gila-gila..

Kisahnya pasal heroin..
Yang super hodoh..
Tapi masa kecik dia takdelah hodoh sangat..

Bila kawan lelaki dia dari masa kecik dtg cari dia...
Time ni laa pelbagai insiden lucu berlaku..

Tapi.. akhirnya dia lawa juga

Bila aku dah review.. pasti ADA


1- OH MY VENUS



OMV memang kegilaan aku..
Asal ada masa free je..
Terus aku tengok drama ni..
Dah tak ingat bape banyak kali rewind tengok.. :)

Paling sweet... Paling romantik.. Paling best!!

Siapa tak tengok memang rugi!!

So, itulah senarai drama Korea kegemaran Kak Rapunzel bagi tahun 2015..

OMV ni cam mengulang kejayaan The Master's Sun..
Hero yang sama juga..
Heroin je lain..

Korang paling suka drama apa?


.
.
.
.

1 comment:

Kay said...

Kill Me Heal Me. Oh My Venus, awal2 ok, sampai ke tengah dan akhir, terus hambar tak teruja... tgk sampai habis pun sbb So Ji SUb, kalau tak mesti terus padam