Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, March 9, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 3 - Kubah Terbang




Dua gambar atas ni..
Sebelum situs direnovasi jadi cantik macam sekarang...
Kiranya.. selepas Tsunami..
Kubah masjid ni park di tengah sawah...

Menurut cerita penduduk kampung ini..
Kubah ini hanyut 2.5km dari tempat asalnya di sebalik bukit..
Masa Tsunami..
Kawasan ini.. air laut yang melanda adalah setinggi pokok kelapa!!!

Bayangkan..
Bagaimana kubah yang seberat 80 tan ini..
Boleh terapung dah hanyut...

Masjid asal kubah ni dah takde..
Dah jadi laut selepas Tsunami..


Masa Tsunami..
Ada 7 orang yang selamat berpaut pada kubah ini..

Kampung asal kubah ni..
Memang dah ditelan lautan..
Termasuklah penduduk kampungnya sekali..

Yang kita baca penduduk lari ke bukit..
Inilah kawasannya..
Dukacitanya.. tak ramai pun yang selamat..


Yang pakai baju merah tu jadi pencerita di sini..
Masa Tsunami berlaku..
Dia ada di pekan Acheh..
Nak melahirkan anak..
Atas sebab itulah dia dah suami selamat..
Namun, ahli keluarga yang lain semua meninggal..

Kampung ini asalnya ada 700++ orang penduduk..
Yang terselamat cuma 25 orang..
Termasuklah imam kampung..
Yang kebetulan pada masa sebelum terjadi Tsunami..
Memanjat bukit untuk mencari hasil hutan..
|Imam nilah saksi dari awal Tsunami berlaku..
Air datang dari arah laut membuak-buak setinggi pokok kelapa..

Menurut cerita imam tu..
Kubah ni datang dari belakang bukit..
Pergi sampai ke kaki bukit..
Kemudian berpusing 3 kali..
Dan bila air surut..
Kubah tersebut park kat tempat ia berada sekarang..


Bila ke Acheh ni..
Ada 2 perkara yang selalu berlegar di kepala...

1- BANYAK SEPERTI APA AIR TSUNAMI ITU?

2- BAGAIMANA PENDUDUKNYA BANGKIT SEMULA?


Sebabnya..
Bila dilihat gambar2 selepas Tsunami itu..
Memang satu Acheh tu macam padang jarak padang tekukur..
Rata.. licin licau..

Tapi yang ada depan mata kita saat ini..
Jauh beza dari gambar..

Menggambarkan betapa kuatnya jiwa mereka...


.
.
.
.



No comments: