Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, March 13, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 5 - Pantai Lhok Nga, Lampuuk

Masa perbincangan dengan wakil tourist guide..
Aku mmg dah beritahu awal-awal..
Aku nak dia bawa kami pergi ke laut..
Sebabnya...
Laut-laut di Acheh ni sangat lawa..
Setanding dengan kawasan perairan di Sabah..

Lhok Nga ni menghadap Lautan Hindi..

Dah namanya laut...
Masa Tsunami 2004..
Pantai ini antara yang disapu bersih..
Tak tinggal apa kecuali sebuah masjid..
Bab masjid nnt aku cerita di next entry..


Keadaan Pantai Lhok Nga Lampuuk selepas Tsunami..
Ajaibkan...
Sekeliling memang bersih disapu air..
Tapi masjid tetap di situ..
Walaupun dalamnya rosak teruk..

Sebelum Tsunami... jumlah penduduk yang menghuni kawasan ini..
Ialah seramai 7000 orang..
Lepas dilanda Tsunami.. yang selamat hanya ratusan orang sahaja..


Kat sini pun ada massal mangsa Tsunami..
Tapi kecik sahaja..
Taklah sebesar Massal Siron..

Sebenarnya disekitar Acheh..
Memang banyak kuburan beramai-ramai ni..
Tapi yang mana jadi tempat tumpuan pelancong..
Memang terjaga..
Ada juga yang dah tidak terjaga..


Ni dia Pantai Lhok Nga yang aku lawati...
Pantai ni terletak di Acheh Besar..
Dekat dengan pantai ni ada satu kilang terbesar di Acheh..
Iaitu kilang Lafarge...
Taukan kilang apa.. pasal kat Ipoh dulu pun ada..
Cumanya skang dah diambil alih oleh YTL..


Air laut sini memang jernih..
Dan tak berapa kuat ombaknya sebab depannya ada bukit..
Pasir memang lembut..

Asalnya aku tak nak pun bagi anak2 aku mandi..
Tapi mana depa boleh tahankan..

Kemudahan kat sini lebih kurang cam kat PD..
Ada banyak wakaf2 kat tepi laut..
Boleh pilih nak duduk mana..
Tapi lepas dah duduk..
Kita kena order makan & minum dengan kedai empunya wakaf tersebut..
Wakaf tersebut free sahaja..

Namun makan dan minum situ takdelah mahal sangat..
Biasa-biasa je..


Kat area Lampuuk ni takde hotel..
Tapi ada homestay..
So, siapa yang minat nak bermalam..
Boleh sewa homestay..

Diceritakan sebelum Tsunami datang..
Dulu2 ada hotel juga area ni..
Dan banyak juga maksiat berleluasa..
Maklumlah hotel tepi laut..

Contoh paling senang.. tgk jelah area2 percutian kat Malaysia..
Cam di Penang.. Langkawi...
Tengok camne kelakuan-kelakuan pelancong dan penduduk..
Bab pakaian.. bab bercengkerama.. bab jual arak.. penuh dengan bar dan kelab

Sekurang-kurangnya Acheh dah berubah menjadi jauh lebih baik..
Malangnya..
Tempat-tempat yang aku mention di atas..
Juga telah merasa dilanda Tsunami..
Berubah juga.. berubah jadi teruk lagi!!

Ok.. lupakan bab tanah air aku..
Sambung citer holiday kami.. ;)


Kalau gambar yang atas tu nampak dah bersih..
Tapi sekarang area ni dah membangun kembali..
Kawasan ini dibangunkan dengan bantuan kerajaan Turki...

Kalau dilihat..
Rumah yang dibina kerajaan Turki adalah yang paling cantik & besar..
Aku lupa pulak nak snap gambar..
Sebabnya aku hanya pakai hp..
Bila snap gambar time kereta bergerak..
Gambar jadi kabur..


Ni aku ambil dari blog orang lain..
Camnilah sekarang kawasan sekitar Lampuuk ni..
Kat Acheh.. kawasan ni dikenali sebagai Gampong Turki
Gampong tu kampung kalau kat M'sia..

Dah tak ramai yang duduk kawasan ni berbanding sebelum Tsunami..
Mungkin mereka trauma duduk dekat dengan laut..


Sambung balik gambar anak-anak aku :)

Selain tempat makan..
Tempat nak salin baju juga disediakan..
Bayarannya rp2000..
Lebih kurang 60 sen duit kita..
Tapi tak mandi guna shower..
Guna kolah..
Memang best mandi.. lama tak mandi air kolah batu :)



Time kitaorang pergi ni takde orang sangat..
Maybe sebab hari kerja..
Tapi Ehsan beritahu..
Kalau weekend ramai orang..


Happy depa kat sini..
Sampaikan Ehsan terpaksa cong depa..
Cakap kejap lagi pantai dah nak tutup..
Kalau tak.. memang bergaduh dibuatnya nak suruh depa naik..


Meh belanja sekeping selfie kak Rapunzel..
Masa ni panas wei!!!
Takut aku sunburn..

Tapi nasib baik ada CAMIRA :)

Ni aku sapu krim UV + sunblock (product baru Camira)
Memang balik sini..
Sikit sunburn pun aku tak kena..

So, nantikan kemunculan set baru Camira!!!
.
.
.

No comments: