Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, August 12, 2021

Vaksin Covid 19

  

Ni masa 1st vaccine
Penuh rintangan juga Kak Zel nak dapat appointment 
Apa je tip orang bagi, semua buat tapi tak dapat
Naik murung pulak

Last2 adik aku pi beratur 4 pagi kat hospital KKB
Dapat laaa tarikh 1 Ogos 2021
Sekali esoknya, dapat pulak tarikh dalam My Sejahtera
Awal lagi, 22 Julai 2021
Tentu sekali Kak Zel pergi yang paling cepat
PPV di Golf Bukit Beruntung

Vaccine yang Kak Zel dapat ialah Sinovac

Kesan sampingan selepas 1st dose teruk juga
Lepas2 inject tu tetiba berpeluh, rasa nak pitam, tapi takde pening apa
Rasa dia cam kekurangan gula dalam darah
Time tu Kak Zel ada depan Family Mart, apa lagi sepotong kek laaa
Lepas tu elok terus!

Malam tu je rasa nak demam sikit
Tak makan panadol pun, sebab pernah baca dari FB KKM
Kalau makan ubat tanpa keperluan selepas vaccine akan mengurangkan keberkesanan vaccine

Tapi lepas2 tu, Kak Zel mula sakit tulang belakang
Tak tau laa effect vaccine ke apa
Cumanya ia makin membaik, tak macam awal2 kena
Jadi, Kak Zel anggap lama-lama hilang la tu

 

Vaccine kedua, semalam 12/08/2021 di tempat yang sama

Kali ni Kak Zel mai awal sebab kat sini dia ikut tarikh je
Siapa sampai dulu, dia inject dulu
Namun masih mai waktu petang

Walaupun kereta melambak kat parking, tapi orang tak berapa nak ada
Setiap stesen tu nampak kosong
Cekap dan pantas betul depa buat kerja

Kalau 1st vaccine dalam 40 minit settle
Yang kedua ni tak sampai 20 minit





Awal tu nak Inche Jeman temankan
Tetapi kerana tugas di perbatasan JPJ (buat roadtax & lesen)
Cuti dibekukan
Hadap laa sorang2

Kak Zel bukanlah kata nak manja ke apa
Cumanya lepas dos pertama dulukan ada effect segera
Takut la yang kedua ni kang teruk lagi


 

Syukur yang kedua ni better
Lansung takde effect segera
Cuma sakit lengan tu biasa laa kot

Malam tadi lengan kiri yang cucuk vaksin ni panas
Tapi lengan je.. bahagian badan lain tak demam
Ada loya2 & pening tetapi mild sahaja
Lepas makan segala benda tapau dari Mc D hilang terus

Dos kedua ni takde sapa pun tangkap gambar kat booth ni
Wpun disediakan 3 booth dan tiada pegang card
Ramai yang takut sebab kes covid kat Bukit Beruntung ni boleh tahan tinggi

Kak Zel memang dari awal takut
Selfie je berani dari jauh
Kang tak memasal



Aktiviti wajib selepas vaccine iaitu pi drive through kat Mc D Bukit Beruntung
Dah laaa panjang mak oiiiii

Time 1st dose, beratur je sejam lebih
Lagi lama dari masa diambil untuk proses vaccine

2nd time ni, sampai2 banyak la juga kereta tapi Kak Zel beratur dah dalam kawasan Petronas tu
Lepas g Mc D, g Family Mart pulak
Mengidam Frappe Choc Peanut Butter

Kat situ, adik aku call nak kirim Mc D
Kalau dia je malas aku nak layan
Tapi sebab Mak Hajah pun nak juga utk buka puasa
Tentu je anak syurga dia ni pi beratur sekali lagi beli
Kali ni beratur panjang dah


Gigih dan menggagah tak???

Sesekali dapat keluar cam terebir 😆😆😆

Begitu laa kisah vaccine Kak Zel yang lebihnya MAKAN!!

.

.

.





Monday, August 9, 2021

Belasungkawa Siti Sarah Raissuddin

 




Seorang artis yang ceria sentiasa
Kalau pergi karaoke lagu sayang menyayang tu wajib
Pernah jumpa dia sekali, bukan kat show tapi kat Sungai Wang Plaza
Dia tengah window shopping dengan manager
Kecik molek sangat orangnya

Satu Malaysia terkesan dengan pemergiannya
Sayu seharian di hari terakhir 1442H
Paling sedih memikirkan baby yang baru lahir
Lansung tak dapat jumpa mak dia

Bahagian dia dah selesai
Pengakhiran kita belum tahu lagi

Al-Fatihah Siti Sarah Raissuddin

Semoga Allah swt segera angkat Covid19 ni dari dunia
.
.
.



Friday, August 6, 2021

Khaleef dan Papa

Tadi petang aku ajak Kalep keluar teman pos barang
Lepas tu banyak la urusan singgah sana sini
Bawa dia tu sebab nak suruh dia tunggu Eshaal dalam kereta
On d way balik tu dia suruh cepat sikit
Katanya sebab Papa dah nak balik kerja
Aku cakap biar jelah Papa balik
Nanti Papa tanya DAH MANDI KE BELUM?
(Ini je soalan Papa dia tiap kali jumpa)
Kalau jawab belum.. mesti marah bebel
Tiap kali pulak tu
.
Sian pulak aku dengar
Papa ko tu sebenarnya nak bercakap dengan anak
Tapi tak tau nak cakap pasal apa
Jadi soalan dia hari-hari sama je
Dah mandi ke belum?
Dah makan?
Dah sembahyang?
Kerja sekolah dah buat?
Itu je pusing-pusing 😆
Dengan mami ko pun dia limit 50 patah perkataan sehari
Ini pulak dengan ko..
Kalau jawab DAH..
Maknanya dia cakap dengan ko 4 patah perkataan je sehari
Kalau jawab BELUM..
Panjang la sikit.. tapi yang pasti tak lebih 15 patah perkataan
😅😅😅

Wednesday, August 4, 2021

PDPR - Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah


Bukan nak bagi tips
Nak melampiaskan stress je

Lupa dah start bila PDPR ni. Tapi tahun 2020 la
Time PKP 1.0
Tapi time tu anak2 cam okay je lagi, sebab benda baru

Makin lama... makin serba tak menjadi

Khaleef tak berapa problem sangat sebab dia dah besar
Takkan laaa 15 tahun aku nak ketuk lagikan
Aku just cakap dengan dia
Kalau ko nak jadi pandai.. belajar laa camne jalan pun
Kalau tak nak, habis tingkatan 5.. fikir-fikir la camne nak cari jalan cari duit
Mak bapak ko bukan kaya raya nak tanggung hidup ko selama-lamanya
Kalau sambung belajar, kami tanggung
Kalau tidak.. cari la jalan hidup sendiri

>Paling letih sekali... Hasya

Dia ni jenis kepala angin dan keras hati
Kalau dia cakap tak nak buat, memang takkan buat
Nenek dia dok cakap.. pujuk lembut-lembut
Dah habis lembut dah. Kadang2 dalam lembut-lembut tu nyaris dah tangan aku nak naik

Kerja sekolah pagi okay laaa.. cepat lambat dia buat laa juga
Tapi kalau dia masuk gmeet, mmg cam patung cendana
Camera sentiasa off.. cikgu tanya pun dia tak menjawab

Kalau kelas offline
Nak kena tanya dia sentiasa buat ke belum
Hantar ke belum
Cikgu dah terima ke belum

Kadang2 bukan dia tak siap
Tapi tak hantar
Pelikkan?!!!

Sekolah agama.. seumpama cam dah berhenti sekolah
Buat laa apa2 yang boleh memudahkan dia, bolayan je
Aku mengamuk dia diam
Aku nasihat dia diam
Tanya apa masalah pun diam
Sudahnya kerja sekolah tak juga buat

Dah laaa harapan negeri Selangor ni nak buka sekolah bulan September ni cam TIADA HARAPAN

Sabarkan laaa hati omak ni
Ingat balik tujuan kenapa tidak terima offer kerja baru setelah PID tutup
Nak FOKUS ANAK

Jadi HADAP dan ADAPT
.
.
.



Fight For My Way

 

1st time aku rasa drama Park Seo Jun tak berapa best sangat
Tengok pun sebab ada dia & review kata best
Plot drama ni biasa-biasa saja dan boleh di agak
Okay laaa.. tak berat
Genre romantic comedy

Hero, Ko Dong Man.. cita-cita nak jadi taekwando fighter
Heroin, Choi Ae Ra.. cita-cita nak jadi pengacara TV
Depa ni bersama dengan 2 orang lagi merupakan kawan dari zaman sekolah

Tapi, bila dewasa.. masih belum tercapai cita-cita depa
Kiranya drama ni kisah depa mengejar cita-cita yang belum kesampaian


Heroin pulak awal2 cerita ada boyfriend
Lepas tu clash sebab bf dia ada makwe lain
Start dari ni laa dia rapat dengan hero

Hero ni pulak, ex gf dia baru bercerai
Lepas tu nak pulak ke dia balik




Dekat majlis kahwin kawan sekolah Ae Ra ni dia terjumpa balik kawan sekolah lama depa
Park Moo Bin..
Dia ni dulu cam dengki dengan Ko Dong Man
Apa hero ada, dia nak termasuk laa Ae Ra
Ingatkan dia betul2 nak dengan Ae Ra
Rupanya dia dah ada tunang
Dia nak jadikan Ae Ra ni perempuan simpanan

Hero pun tolong la balaskan dendam bagi pihak Ae Ra




Mula-mula depa couple ala malu-malu kucing
Sebab selama ni depa berkawan selamba je
Bila jadi pakwe makwe jadi kekok


Lepas tu segitiga pula antara Dong Man, Ae Ra dengan ex-gf Dong Man

Sambil-sambil tu Dong Man mula aktif balik dalam Taekwando
Dia join tournament UFC dengan musuh lama dia Kim Tak Soo


Secara keseluruhannya gitu-gitu jelah drama ni
Happy ending of course

Bintang 6/10
.
.
.

Monday, August 2, 2021

Mukolip Budak Hostel

 

Kalep tingkatan 1 tahun 2019
Tetiba dia kata nak duduk hostel
Mula tu mami tak ambik serius sangat sebab Kalep ni manja budaknya
Mungkin dia saja-saja je kot

Bila permohononan asrama keluar, beria-ia pulak dia nak isi
Isi jelah

Lepas result UPSR keluar
Takde laa mami menaruh harapan tinggi sangat disebabkan ada satu D

Rezeki dia, dapat pulak masuk Yayasan Selangor
Sekolah dan asrama di KKB
Dekat je pun...


Rupanya dia okay-okay je duduk hostel
Sekali tak pernah kata nak keluar

Yang teruknya.. EMAK DIA 😆

Sepanjang 2019.. SEPANJANG ye
Bukan kaleng-kaleng
Mami datang tengok dia kat hostel selang sehari pada hari persekolahan
Dan Sabtu Ahad mmg dipenuhi dengan aktiviti jumpa dia pagi petang tanpa gagal
Memang takde kehidupan lain selain dari pi tengok anak

Tak dapat jumpa...
Dapat tengok dia lalu kat tepi gate asrama pun jadi laa

Sampaikan, masa taklimat kemasukkan asrama.. 
Pengetua sekolah dia petik hal menebeng bucu gate asrama intai anak
SETAHUN OKAY!!

Mami mula tu pelik juga, mana Pengetua tahu ni
Sebab biasanya cakap dr dalam kereta
Kalep pulak dalam gate

Rupanya pengetua ada dalam friendlist Facebook mami
Agaknya dia terbaca la tu kot 😅



Dari tembam sampai kurus kering anak aku
Tapi dia happy
So mami pun pura-pura happy laa
Walaupun tiap2 minggu tanya dia "Ko nak tak keluar hostel?"


Sekali...
Bila Covid19 menyerang dunia
Dari Mac 2020 sampai la sekarang ada je dia kat rumah 
Rasa meluat pulak tak sabar nak tunggu hostel & sekolah buka semula

Bukan menyampah sebab dia ada rumah tuh
Sebab dia tak study..
Takat buat2 kerja sekolah je
Selain dari tu makan, tido, main game

Semoga tahun 2022 boleh dah sekolah cam biasa
Hilang begitu je form 2 dan form 3
.
.
.