Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, August 2, 2021

Mukolip Budak Hostel

 

Kalep tingkatan 1 tahun 2019
Tetiba dia kata nak duduk hostel
Mula tu mami tak ambik serius sangat sebab Kalep ni manja budaknya
Mungkin dia saja-saja je kot

Bila permohononan asrama keluar, beria-ia pulak dia nak isi
Isi jelah

Lepas result UPSR keluar
Takde laa mami menaruh harapan tinggi sangat disebabkan ada satu D

Rezeki dia, dapat pulak masuk Yayasan Selangor
Sekolah dan asrama di KKB
Dekat je pun...


Rupanya dia okay-okay je duduk hostel
Sekali tak pernah kata nak keluar

Yang teruknya.. EMAK DIA 😆

Sepanjang 2019.. SEPANJANG ye
Bukan kaleng-kaleng
Mami datang tengok dia kat hostel selang sehari pada hari persekolahan
Dan Sabtu Ahad mmg dipenuhi dengan aktiviti jumpa dia pagi petang tanpa gagal
Memang takde kehidupan lain selain dari pi tengok anak

Tak dapat jumpa...
Dapat tengok dia lalu kat tepi gate asrama pun jadi laa

Sampaikan, masa taklimat kemasukkan asrama.. 
Pengetua sekolah dia petik hal menebeng bucu gate asrama intai anak
SETAHUN OKAY!!

Mami mula tu pelik juga, mana Pengetua tahu ni
Sebab biasanya cakap dr dalam kereta
Kalep pulak dalam gate

Rupanya pengetua ada dalam friendlist Facebook mami
Agaknya dia terbaca la tu kot 😅



Dari tembam sampai kurus kering anak aku
Tapi dia happy
So mami pun pura-pura happy laa
Walaupun tiap2 minggu tanya dia "Ko nak tak keluar hostel?"


Sekali...
Bila Covid19 menyerang dunia
Dari Mac 2020 sampai la sekarang ada je dia kat rumah 
Rasa meluat pulak tak sabar nak tunggu hostel & sekolah buka semula

Bukan menyampah sebab dia ada rumah tuh
Sebab dia tak study..
Takat buat2 kerja sekolah je
Selain dari tu makan, tido, main game

Semoga tahun 2022 boleh dah sekolah cam biasa
Hilang begitu je form 2 dan form 3
.
.
.





No comments: