Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, August 24, 2021

Bukan lagi Penjawat Awam

 


Kak Zel mula bertugas dengan Kerajaan Malaysia bermula pada November 2003
Masa tu Pekerja Khidmat Singkat
Kerja 5 jam je sehari
Masuk jam 9 pagi, balik jam 3 petang

Tapi, sebab masa tu PID baru nak naik
Kak Zel kerja masuk jam 8 pagi, balik jam 7 malam
Sehari ada 10 kelas
Bayangkan bertenaganya aku masa tuh

Masa tu penduduk sekitar Tg Malim ni tak berapa tahu lagi komputer dan internet
Internet kelajuan dial up 128 kbps.. KBPS ye
Itu pun menjadi kegilaan komuniti 
Penuh sentiasa PID

Berterusanlah sampai 2000 belas-belas
Cuti sekolah time paling busy sekali
Kadang2 sampai 50 orang student nak disusun kelasnya
Tambah pulak dengan budak lepasan SPM yang mana time tu habis SPM macam wajib masuk belajar kat PID

Kerajaan elektronik pula mula mengambil alih urusan-urusan kerajaan
Lagi bertambah sibuk
Apa je aplikasi baru diperkenalkan, nak kena study dan praktik
Paling ramai orang datang nak buat ePerolehan dan eFiling
Cam tak sangka dulu Kak Zel ni cekap buat eP 
Skang tak yah tanya.. lupa habis dah 

Lepas tu muncul BR1M
Ini lagi dahsyat
Satu Tg Malim, Behrang, Slim River, Kalumpang, gugusan Felda-Felda
Semua datang PID untuk pendaftaran dan semakan
Dah serupa pejabat YB punya sibuk

Lepas tu tukar pulak BSH
Tukar lagi BPR
Tambah dengan BPN, GKP, My Salam
Semua tertumpu kat PID
Cepat dan tangkas
Yang penting FREE

Tahun 2020, dah mula dengan desas desus PID akan ditutup
Masa tu pertahan lagi
Masuk 2021, benda sama diulang-ulang
Maknanya betullah tu

Setelah gitu gini gitu gini dengan pihak tertinggi
Akhirnya PID akur untuk ditamatkan operasi
Semua kakitangan diminta hantar surat perletakkan jawatan
17 Julai 2021 adalah hari terakhir perkhidmatan


Dan kakitangan PID semua ditawarkan kontrak satu tahun masuk bertugas di MCMC
MCMC = Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia

Kak Zel tolak atas pelbagai sebab
Yang ni next entry

Sekarang Kak Zel buat apa?

1- Duduk rumah
2- Jaga anak
3- Urus kedai Shopee
4- Buat kelas Shopee sekali sekala
5- Menonton drama
6- Tengok Tik Tok
7- Makan
8- Tido
9- Makan
10- Minta duit laki

Banyak juga kerja aku rupanya

😆😆😆😆😆

.

.

.

No comments: