Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, August 12, 2021

Vaksin Covid 19

  

Ni masa 1st vaccine
Penuh rintangan juga Kak Zel nak dapat appointment 
Apa je tip orang bagi, semua buat tapi tak dapat
Naik murung pulak

Last2 adik aku pi beratur 4 pagi kat hospital KKB
Dapat laaa tarikh 1 Ogos 2021
Sekali esoknya, dapat pulak tarikh dalam My Sejahtera
Awal lagi, 22 Julai 2021
Tentu sekali Kak Zel pergi yang paling cepat
PPV di Golf Bukit Beruntung

Vaccine yang Kak Zel dapat ialah Sinovac

Kesan sampingan selepas 1st dose teruk juga
Lepas2 inject tu tetiba berpeluh, rasa nak pitam, tapi takde pening apa
Rasa dia cam kekurangan gula dalam darah
Time tu Kak Zel ada depan Family Mart, apa lagi sepotong kek laaa
Lepas tu elok terus!

Malam tu je rasa nak demam sikit
Tak makan panadol pun, sebab pernah baca dari FB KKM
Kalau makan ubat tanpa keperluan selepas vaccine akan mengurangkan keberkesanan vaccine

Tapi lepas2 tu, Kak Zel mula sakit tulang belakang
Tak tau laa effect vaccine ke apa
Cumanya ia makin membaik, tak macam awal2 kena
Jadi, Kak Zel anggap lama-lama hilang la tu

 

Vaccine kedua, semalam 12/08/2021 di tempat yang sama

Kali ni Kak Zel mai awal sebab kat sini dia ikut tarikh je
Siapa sampai dulu, dia inject dulu
Namun masih mai waktu petang

Walaupun kereta melambak kat parking, tapi orang tak berapa nak ada
Setiap stesen tu nampak kosong
Cekap dan pantas betul depa buat kerja

Kalau 1st vaccine dalam 40 minit settle
Yang kedua ni tak sampai 20 minit





Awal tu nak Inche Jeman temankan
Tetapi kerana tugas di perbatasan JPJ (buat roadtax & lesen)
Cuti dibekukan
Hadap laa sorang2

Kak Zel bukanlah kata nak manja ke apa
Cumanya lepas dos pertama dulukan ada effect segera
Takut la yang kedua ni kang teruk lagi


 

Syukur yang kedua ni better
Lansung takde effect segera
Cuma sakit lengan tu biasa laa kot

Malam tadi lengan kiri yang cucuk vaksin ni panas
Tapi lengan je.. bahagian badan lain tak demam
Ada loya2 & pening tetapi mild sahaja
Lepas makan segala benda tapau dari Mc D hilang terus

Dos kedua ni takde sapa pun tangkap gambar kat booth ni
Wpun disediakan 3 booth dan tiada pegang card
Ramai yang takut sebab kes covid kat Bukit Beruntung ni boleh tahan tinggi

Kak Zel memang dari awal takut
Selfie je berani dari jauh
Kang tak memasal



Aktiviti wajib selepas vaccine iaitu pi drive through kat Mc D Bukit Beruntung
Dah laaa panjang mak oiiiii

Time 1st dose, beratur je sejam lebih
Lagi lama dari masa diambil untuk proses vaccine

2nd time ni, sampai2 banyak la juga kereta tapi Kak Zel beratur dah dalam kawasan Petronas tu
Lepas g Mc D, g Family Mart pulak
Mengidam Frappe Choc Peanut Butter

Kat situ, adik aku call nak kirim Mc D
Kalau dia je malas aku nak layan
Tapi sebab Mak Hajah pun nak juga utk buka puasa
Tentu je anak syurga dia ni pi beratur sekali lagi beli
Kali ni beratur panjang dah


Gigih dan menggagah tak???

Sesekali dapat keluar cam terebir 😆😆😆

Begitu laa kisah vaccine Kak Zel yang lebihnya MAKAN!!

.

.

.





2 comments:

rohaida omar said...

samalah kita 12.8 dose 2, sinovac jgk. tp arini ngantuk nya la hai..

AisNy said...

Teman pun dah complete dose... Tak ada side effect... macam biasa je...