Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 24, 2015

Musim keBENTOan


Untuk yang tak tahu menahu..
Mukolip Aisy dah pindah sekolah..
Dia dah tukar ke SK Kalumpang..
Sekolah lama aku dulu..
Lebih dekat dengan rumah nenek dia..

Hari pertama pergi sekolah..
Dia dah komplen..
Makanan kat kantin tak boleh masuk dengan selera dia..
Lagi katanya kena berebut-rebut nak beli..

Maka.. kena laaaa aku sediakan bekal..

Pastu mami yang bersemangat la konon ni..
Join ke Kelab Bento Malaysia kat FB nun..

Dahsyat wooo situ....


Mula-mula aku tak faham sangat konsep bento ni..
Cam rasa membazir pun ada..
Roti tu elok boleh makan semua..
Dah dikerat dengan mould jd bentuk love..
Habis tu keliling roti tu kan membazir..
Kecuali laa kalau mak nyer sediakan bento time dia pun tengah lapar..
Mungkin baki-baki bento tu terus masuk mulut mak..
Itu kalau aku ler :))

Lepas tu..
Rehat 20 minit..
Jalan ke kantin.. balik ke kelas... ambik 5-6 minit
Mak nyer pulak bekalkan roti.. sayur.. nasi... lauk.. sphagetti.. buah.. telur.. coklat..
Celah mana anak nak makan banyak-banyak tu...


Pastu nak kena berhias-hias bagai..
Dah macam nasi beradap pengantin pulak..

Lama-lama dok mengkaji..
Baru ler aku faham..
Bento ni mmg banyak makanannya..
Tapi portion kecik-kecik..

Berbalik kisah anak aku tadi..
Kalau dia dari rumah aku ke sekolah..
Memang bawa bekal..

Tapi bekal dia serupa abam bangla g keje kilang..
Nasi + lauk 1 jenis + air kotak..
Buh dalam polisterin je pun..
Sebabnya.. kalau bagi dia bekas..
Mmg aku akan sakit jiwa..
Sebab balik dari sekolah..
Dia akan cakap..

"TAK TAU LA KALEP TINGGAL KAT MANA..."


Minggu lepas2 pergi kedai Mr DIY..
Tetiba terbuka laaa hati nak beli mould bentuk2 cam gambar tu..
Aku beli bentuk bintang..

Semangat ni..


Maka Kalep dapat laa nasi bentuk bintang 2 cekup..
Ayam kicap dalam plastik..
Masih guna polisterin..
Suprise laa konon...


Lepas tu aku tanya dia..

SUKA TAK?

Jawapan anak syurga aku tu...
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MAMI INGAT KALEP NI PONDAN KE?!!!!!
.
.
.

*Terus semangat aku yang melebar jadi asam kecut!!

**Gambar cilok google semata-mata


Monday, February 16, 2015

Gold Coast Morib, Banting

Akhirnya sampai juga..
Padahal dekat je pun dengan Tg Malim..
Lebih kurang 1 jam 30 minit..


Seperti biasa..
Tujuan asal ke mari..
Bukan laa nak holiday...
Tapi mami OS.. anak2 ngekor..
Dapat holiday free :)


Sampai dalam kul 11.00 pagi..
Terus belikan tiket taman tema..
Kalau tunggu waktu check in..
Kang sekejap sangat depa dapat masuk..

Harga Tiket

Dewasa : RM35.00
Kanak-kanak : RM20

Tapi pasal kawan aku ada membership card..
Dapat laa potongan 50%..

Nak jadi jimat lagi..
Tetiba ada seorang chinese lady ni..
Bagi kami 2 tiket free..
Katanya dia dah nak balik..
Tak sempat pun nak masuk theme park..

MURAH REZEKI!!!!



Pada aku..
Tak berbaloi kalau saja nak pi Theme Park ni..
Taman air nyer kecik je...
Tapi tiket masuk kemain mahal..
Takde mainan apa pun dalam tu..
Ada longsor yang biasa-biasa sahaja..

Bayou Lagoon kat Melaka tu lagi best..

Cumanya pasal taman ni kecik je..
Senang laa nak pantau anak2..
Duduk setempat pun boleh nampak semua area..














Anak-anak aku mmg happy tak terkata laa..
Last depa g water theme park..
Masa g Gambang last year..
Pastu Kalep sunat..
Cuti sekolah mmg tak kemana-mana..

Pastu janjikan dia Lost Word kat Tambun nun..
Malangnya..
Mami ngn Papa busy setiap weekend..

Akhirnya dapat juga ke Gold Coast..

Kami menginap sini 1 malam..
Ambik apartment 3 bilik = RM500

Keadaan bilik.. boleh tahan laa..
Cuma agak sempit banding dengan Gambang..
Malam tu kami tido 12 orang satu rumah..
Termasuk staff PID yg datang sertai karnival..
.
.
.

Sunday, February 8, 2015

Yesterday was my birthday..



Sorang je yang igt birthday aku semalam kat FB..
Itu pun maybe tarikh lahir kami dekat-dekat..
Tu pun bertuah yang hamat..
Sebab aku tak igt pulak birthday dia..

Betul ler tu..
Kalau takde facebook..
Memang payah nak wish birthday kawan-kawan..



Kenapa aku tetiba hide birthday aku dalam FB?

Takde kena mengena dengan nak test kengkawan ke..
Nak test family ke..

Sebenarnya.. aku keboringan nak sambut umur yg ke 36...

36 tahun..

36.....

36 dan masih lagi begitu...

Sudahnya kan..
Laki i sendiri pun tak wish..
Tak ingat ke.. sengaja tak wish ke..
Malas nak wish ke.. Tak kisah ke...

Tidak dapat dipastikan :)

Namun.. anak2 aku pagi2 dah nyanyi..
Itu pun sebab aku bagitau hari ni birthday mami..

Oleh itu..
Tiada acara potong2 kek..
Tiada juga hadiah..

36 yang bosan...

-n-

Wednesday, February 4, 2015

Kota Kinabalu III - Part II Tamu Kota Belud

Plan asal..
2nd day nak pergi Labuan..
Tapi setelah dikaji-kaji..
Tak berbaloi dengan masa..
Maka kami ke Kota Belud..
Nak tgk Tamu Ahad Kota Belud


Tamu ni terletak di bawah lereng bukit..
Parking mmg cukup susah..
Aku lak dah pening pusing2..
Maka memilih untuk parking di atas..
Dekat dengan round about..
Jalan kaki ke Tamu..

Tamu yang aku pergi ni tamu biasa..
Tamu setiap Ahad...
Kalau betul kena waktunya..
Pergi TAMU BESAR...
Lebih meriah!!!



Tahun lepas Tamu Besar bulan Oktober..
Kalau Tamu Besar.. ada bermacam aktiviti selain dari jualan..
Ada pertunjukkan.. ada pertandingan ratu cantik..
Ada pameran.. Perarakan Kuda.. Sukan..

Kalau Tamu Ahad ni..
Lebih kurang cam pasar malam kat belah sini..
Cumanya Tamu ni bermula dari 6 pagi smpi tengah hari..

Kuih depa masak terus kat situ..
Ni kuih Penjaram..
Rasa cam cucur jawa tu kalau belah sini
Ada 2 perisa.. pandan atau gula melaka..
Wajib cuba kalau datang ke Kota Belud...
Memang sedap!!


Ni hasil2 berbudi kepada tanah ni..
Murah gila-gila-gila!!!
Tu sebeg besar tu..
Ada RM2.. RM3... RM1...


Kuih depa dah pack siap2 dalam plastik..
So, takde masalah lalat hinggap..
Lagipun.. kat Sabah ni susah jumpa lalat..

Seplastik tu RM1.00..
Dalam tu ada 4-5 ketul kuih..
Saiz besar lak tuh..


Ni ubat-ubatan tradisional..
Akar kayu... kulit kayu..
Ubat nak kurus pun ada :)



Mutiara kat sini tak banyak pilihan..
Harga pun mahal sket..
Lebih berbaloi beli kat Gaya Street kat KK..
Tapi dalam2 tu.. banyak gak aku ngn Hajah berabis kat sini..

Ada satu lagi benda murah kat sana..
Baju budak2..

Sawan akak sekejap!!



Kat Tamu ni ada banyak makanan sedap-sedap...
Banyak juga aku cuba makan..
Memang sedap..
Tapi tak ambik gambar..
Maklum laa tangan dah penuh makanan..

Ada satu tu rupa cam ketupat palas..
Tapi daunnya hijau..
Pastu ada tapai jagung..
Macam-macamlah lagi..
.
.
.


Sunday, February 1, 2015

Kota Kinabalu III - Part I Kota Belud, Sabah

Ni kali ketiga aku ke Negeri Sabah...
Lebih kurang cam pergi setahun sekali :)

Tapi tahun depan dah tak mahu pergi ke KK..
Mahu cuba pergi ke Tawau dan Semporna pulak..

Sebab KK dah habis round sebelum2 ni..
Gunung Kinabalu pun dah pergi..
Maka, pi tempat yang tak pernah pergi pulak..

Kali ni pilih Kota Belud...


Drive dari KK..
Lebih kurang 1 jam lebih...
Jalannya okay..
Ada sikit je cam mendaki Fraser Hill..
Lepas pada tu.. sampai laa Kota Belud..



Ni yang mula-mula nampak bila masuk Kota Belud..
Sedikit sejarah Kota Belud..

Terletak di daerah pantai barat utara negeri Sabah..
Mendapat jolokan "Daerah Koboi Timur"
Kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda..

Kat tengah papan tanda tu ada kuda..
Tapi sepanjang aku kat sini..
Tak jumpa lansung orang naik kuda..
Mungkin sebab ni pekan kot..




Ini Masjid Raya..
Terletak atas bukit...
Kalau dari jalan masuk ke Kota Belud ni..
Nanti masjid ni betul2 di simpang jalan..
Memang nampak cantik..
Terletak di atas bukit..
Kemudian dengan kubah yang keemasan..
Disinari matahari..
Cukup berseri-seri...



Sebenarnya..
Kota Belud ni terkenal dengan Tamu Kota Belud...
Tapi tu next entry aku ceritakan..
.
.
.