Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, July 3, 2012

Fashion King


Jom layan romance melodrama pulak..
Berkisar tentang dunia rekaan fesyen..
Dari pasar Dongdaemun ke fesyen taraf dunia..

Hero dengan heroin yang tengah-tengah tu..
2nd hero suka heroin..
2nd heroin suka 2nd hero..
Hero mula-mula suka heroin..

Last-last.. hangpa tengok laa sendiri nanti... :)


Ni heroin...
Dia ni muka asyik sedih je... suka pun cam sedih..
Dalam ni nama dia Lee Ga Young..

Dia ni anak yatim.. mak pak dia meninggal eksiden..
Sejak tu dia dijaga oleh pemilik Butik Jo..
Mak heroin ni dulu sama2 bangunkan Butik Jo ni..

Dia memang berbakat besar dalam rekaan fesyen...
Tapi tuan punya Butik Jo ni dengki dengan dia..
Dia ada mohon untuk masuk belajar ke kolej fesyen berprestij kat US..
Dah diterima.. tapi surat penerimaan tu si dengki tu buang..
Lepas tu pasal nak halau Lee Ga Young ni..
Dia tuduh Lee Ga Young cuba bakar butik dia..

Lepas kena halau tu..
Dia jumpa satu kilang menjahit yang kecil..
Milik hero.. dan diterima bekerja serta tinggal di situ..


Ni hero.. bercita-cita besar dan berbakat luar biasa dalam rekaan fesyen..
Sayangnya sentiasa dihantui masalah kewangan dan kongsi gelap..
Kerja dia.. buat baju imitation dari original brand..
Dan jual kat Pasal Dongdameun..

Dia ni banyak bantu heroin..
Masa heroin dapat tau dia dapat masuk Kolej Fesyen kat US..
Hero ni laa yang kasi duit hantar dia ke US..
Tapi sampai sana.. hal lain pulak jadi..





Kisah cinta depa ni aku tak berapa paham..
Kejap cam hero ni suka 2nd heroin..
Tapi dalam masa yang sama dia caring sangat pd heroin..

Yang heroin kadang2 melayan gak 2nd hero..


Hat ni 2nd hero.. paling cute dalam drama ni..
Dia ni dulu satu kolej dengan hero..
Tapi jarang tegur sapa laaa...
Dia ni pewaris empayar fesyen..
Kira anak orang berada laa kat Korea..

Drama ni ada orang mati hokay..
Sapa yang mati?
Sapa yang dapat?
Sapa tak dapat?

Sila order dan tengok sendiri ;)
.
.
.




Syukur Alhamdulillah Ya Allah !


Rezeki masih di PID..
Untuk setahun lagi..
Kali ni dapat COS pulak..
Syok laa sket dari PSH dan CFS..

Terima kasih Allah S.W.T
.
.
.

Mengalah juga...


04/07/2012 - Rabu

Akhirnya.. setelah hampir sebulan tak makan nasi..
Pagi ni aku sarapan nasi..

Menimbangkan perkara ini sejak malam tadi..
Pagi ni tak tahan dah..
Bawak kereta pun rasa menggigil..

Isnin lepas aku datang bulan..
Last datang bulan.. 3 bulan sudah kot..
Itu pun sehari je..
Kali pertama.. Januari lepas Hasya BF campur2..
Kiranya ni kali ketiga utk tahun ni...

Hari pertama yang aku follow Rehan tu ok lagi..
Masuk semalam... senggugut sudah mari..
Semalam betul2 makan telur rebus sebiji..
Tak boleh nak telan..

Selalunya.. pening sket pun aku dah balik rumah..
Maklum laa ada assistant..
La ni keje sorang.. kena gak laa duk pejabat smpi ke petang..

Balik tu.. rebus daging..
Konon2 nak buat sup.. pastu utk MIJ, goreng blackpepper..
Tak smpi 15 minit.. aku tutup api dah..
Perut rasa nak runtuh berdiri lama-lama..
MIJ balik muka lapar.. kesian pulak..
Aku rebus sket lagi.. terus wat masak kicap..
Liat nak mampus.. tapi laki aku yang baik tu.. telan jugak slow2 :)

Aku tak kisah hape dah..
Terus membongkang depan TV tido..
Hasya ngn Kalep pepandai laa bawak diri masing2..

Pagi ni bangun.. perut dah ok...
Tapi badan lak rasa sengal-sengal..
Darah keluar cam darah pas beranak tu tau..
Cam paip pecah..
Malam tadi.. 3 kali tukar seluar tido..

Dah makan nasi ni...
Rasa nak muntah la pulak..
Ntah mana yang sakit ntah..
Senggugut pun ye.. sakit2 badan pun ye.. perut berangin pun ye..

Apa pun..
Pagi ni aku menggigih gak timbang..
Walaupun aku tau rahim aku tengah kembang..
Pasal tengah periodkan..

Berat masih dalam lingkungan 119 gitu..
Lama tul aku bertahan ni..
Harap2 jangan laa esok jadi 122 pulak :))
.
.
.

Glowing She



Drama ni pendek je..
12 episod..
Genre romantic comedy

Drama ni pasal heroin, Jun Ji Hyun..
Yang kerja dengan satu big company ni..
Dia seorang yang sangat berkebolehan..
Namun, setiap hasil kerjanya dicuri oleh bos dia..


Pastu dia kena travel ke Jepun..
Untuk buat satu presentation..
Projek yang kali ni.. mmg dia simpan betul2..
Supaya tidak dicuri oleh boss dia lagi..
Tup-tup, sampai sana..
Tengok2 proposal yang dia dok simpan tu..
Dah ada atas meja.. dan nama yang buatnya.. adala boss jahat dia tu..

Kali ni dia betul2 naik angin..
Dijeritkannya boss dia tu..
Pastu malam abih present tu.. time minum2..
Dituangnya ais kat kepala boss dia..
Dan di terus balik Korea..


Kat Jepun ni laa...
Dia terjumpa dengan 2 hero ni..
Belah kiri ramai kenal dah kot..
Kim Hyung Joon.. SS501..
Yang belah kanan.. hero sebenar drama ni..

Hero ni keje sebagai PD syarikat tv..
Dia pi Jepun sebab nak casting 2nd hero..
Pastu ada pertelingkahan sket kat pub tu..
Hero ni rupanya mmg kenal heroin..
Depa tak jumpa dah 2 tahun..


Heroin ni pulak..
Lepas dia resign.. dia ceburkan diri dalam bidang penulisan skrip..
Makanya jumpa laa balik dengan 2 hero tadi..
Jadi laa kisah cinta tiga segi :)

Siapa yang dapat heroin?
Tercapaikah cita-cita heroin?

Meh tengok!
.

.

Monday, July 2, 2012

Setahun 6 bulan...


Kenit ni masih BF lagi secara PJJ..
Daya tangkapan nenet waktu malam makin advanced..
Kadang2 sampai mami tak terasa yang dia dah menenen..
Tau2 ada dah tido atas mami cam smack down tu..

Dah kurang membenyek..
Tapi hobi mengemas dia tu makin lama..
Makin menjadi-jadi..

Skang ni dah pandai sorong kerusi..
Panjat..
Pastu kemas pulak tempat yang tinggi..

Mami stress Nak oii!!!

Cepat bercakap..

Skang dah pandai ATU.. (satu..) GE.. (tiga)
Dua tak reti sebut..

Suka meratib panggil Mami...
Dulu nak sangat dengarkan..
Skang mami, sila tadah telinga..

AMEY... AMEY.. AMEY...

MIIIII... MIIIII....

MAMEH.. MAMEH...

Selagi tak menyahut..
Selagi tu ler dia meratib :))

Dah pandai mengacah2..
Dia selalu ambik botol susu abang Kalep..
Pastu pura2 cam nak bagi..
Abang baru nak isap..
Dia dah rampas bawak lari :))

Kesudahannya..
Abang cengeng dia lak menangis beriya-iya..

Sama gak.. kadang2 pagi2..
Abang berak dalam bilik air..
Dia datang... cebok air dengan cawan..
Curah pada abang..

Budak tulang sejuk tu.. tak boleh kena air sejuk pagi2..
Nak mandi air panas selalu..
Hasya tak kisah..
Dia memang suka mandi air sejuk..

Satu je perangai yang mami tak berkenan..
Kalau  hari cuti..
Dia tahan mata dia takmo tido sebab nak main..
Pastu smpi satu tahap dia mengantuk sangat..
Nanti dia melalak tanpa dapat dipujuk lebih kurang 1/2 jam..
Lepas tu baru dia tido..
Adoi.. nak mendengar dia nangis lama tu tak tahan..
.
.
.

Tak dapat diet dengan betul


Hari ni cukup susah diet..
Wpun bawak bekal air 4.5 liter..
Namun utk sehari ni.. 1.5 liter je minum..

Sebab aku follow MR sign agreement..
So, tak berani laa minum banyak-banyak...
Dah laa jalan2 kat KL ni tak dapat diduga..
Cam tadi balik, dah masuk hiway..
Tup-tup jammed gile2 sbb ada accident kecil..

Smpi umah...
Tak larat dah nak masak apa2 makanan diet..
Giler penat..
Last2 makan spagheti Hasya + sekeping pizza..

Berat masih statik 119kg..
Maybe sebab cik "P" dah menjengah..
Kali ni takde period pain..
Semua berjalan lancar..

Esok tak Atkins kot..
Sebab lusa besday MIJ..
Takkan makan kek telur rebus kan..
Mesti makan kek betul :)

Tak Atkins tak bermakna aku akan makan nasi + minum air gas..
Mungkin esok low carb sahaja..
Dan plan nak buat sup ayam + sayur-sayuran :)
.
.
.