Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, April 13, 2010

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

KAWAN AKU MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.



Pesanan dari Zel Tuan Tanah..

SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN BABY HANA

.

.

.

34 comments:

noradzlina.kamdani said...

insyaallah baby hana akn sembuh

Kaseh said...

insyaALLAH, mudah2an baby hannah akan cpt sembuh dan mjalani hdup spt kanak2 lain. . .zel nati aku copy paste eh, n nk email kt kwn2 aku gak. Tq

Alida Ali said...

ya allh keciannya..besar betul ujian si kecik ni kan..

Zana said...

kesiannya tgk hannah...dah bergenang air mata...INSYAALLAH Hannah akan segera sembuh mcm kanak2 yg lain...
bravo zel.....

Syikin said...

insyaallah....sebaknya rasa bila baca kes2 baby ni...emosi2..
sama2 la kita doakan hana kembali sihat...

pearlsweets said...

Ya ALLAH... menitis air mata aku Zel...

Deqna said...

Ya Allah, sembuhkanlah bayi kecil ini macam bayi2 yg lain. InsyaAllah. Amin.

zealvia said...

Ya allah kau limpahihi bayi kecil ini dgn rahmatmu, sesungguhnya engkau lah maha pengasih lagi maha penyanyang...insyallah kutitipkan doa utk hana dlm setiap solat ku...aminnn

Unknown said...

Salam,

Astaqfirullahhalazim...

Sebak dada tengok gambar Hana. Baca buat mata bergenang.
Berat dugaan Allah berikan tubuh kecik nie.

Doa saya untuk Hana membesar, jadi sihat-sihat-sihat-sihat-sihat-sihat sejuta kali sihat, kuat, jadi muslimah yang solehah...

Untuk Ibu Hana... me tatau nak kata apa selain jaga diri sbb nak jaga anak istimewa ni, kita kena sihat, tenang... okey...?

ceklala said...

YA Allah.. kenapa air mata aku begitu murah bila melihat anak kecil itu...
Semoga Baby Hana akan sehat seperti bayi-bayi yang lain, InsyaAllah... Allah amat menyanyangi Ibu dan anak itu... sama-sama lah kita berdoa... Allahuakbar!

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Betul..

Sejak2 ada anak ni..
Tgk anak org lain tak bernasib baik cam kita.. mmg senang je airmata nak keluar..

Apa pun, teruskan berdoa untuk baby Hannah

Maya Ibrahim said...

salam..boleh emailkan contact detail ibu hana ni kat csue1977@gmail.com .InsyaAllah moga dapat membantu meringankan beban keluarga adik hana ni...

Amak said...

Saya ibu baru. Terus menangis baca entri ni. Saya dah poskan di Blog saya. Saya percaya Baby Hana akan sejahtera dan sihat akan datang.

Amin.

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Nasib orang tak sama..

So, teruskan berdoa untuk baby Hana

Unknown said...

moga2 baby akn sembuh dgn baik2..
insya-Allah

cupin cipon said...

moga2 diberi kesihatan kepada bayi tersebut..amin...

mrs.apple said...

salam.. saya minta izin copy link entry baby hana ini ke fb saya ye. terima kasih

Anonymous said...

salam.. minta izin untuk publishkan this story on my FB..

moga baby hannah cepat sembuh dan ibu serta keluarga tabah menghadapi dugaan ini.. insyaallah..

Haza said...

Salam,

Sekiranya BOLEH, ikhtiarkan bagaiamana baby ini boleh ambil HABBATUS SAUDA'; mungkin ditumbuk hanya dengan sebiiji bijiran hitam ini atau apa2 cara yang boleh...

Saya nyatakan berlandaskan kepada hadith Sohih... KITA IKHTIAR...

Drpd: Bekas pelajar MRSM Muar '92

Ali Zaki said...

izin sebarkan...semoga mnjadi titik sedar kepada manusia lain...

Shinichizx said...

Assalamualaikum... harap tuan punya tulisan cuba baca web ini http://1001cures.biz/testimonial/ ...jangan putus asa..selagi ade iktiar selagi tu ada harapan..

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Hai,

Boleh emel kepada dia.
Alamat emelnya ada pada petikan

Anonymous said...

ya Allah ku mohon padamu berilah kesembuhan pada hana...
berilah ia peluang tuk hidup seperti kanak2 yg lain..
marilah kt sama2 berdoa tuk baby hana......
sentiasalah kt sedekahkan al fatiha n surah yasin tuk hana..

Unknown said...

Insyalah, Hana akan sembuh. Bersabarlah dengan dugaan ini. Sama-samalah kita doakan untuk Hana.

Anonymous said...

saya cuba mengirim emel ke alamat yang diberi tetapi bounce back. apa2 pun saya doakan semoga ibu hana tabah dan semoga baby comel itu sihat, insyaAllah jadi anak yang solehah

Anonymous said...

emak mana yg tak sayang anak... mudah2an baby sembuh ... insyaAllah...

buzzbug said...

Harap ibu bersabar. Bukan senang nak sabar yea. Tapi kalau mampu lakukan, ganjaran bukan sahaja besar, malah indah. Cerita Puan Rohaiza amat terkesan di hati saya kerana saya juga ibu yang mengalami episod cubaan dan kedukaan sepertimana yang Puan Rohaiza alami. Malah sehingga kini, saya masih melaluinya walaupun anak perempuan saya telahpon berumur 2 tahun. Saya menerima berita mengenai pelbagai penyakit anak saya dari semenjak dia dilahirkan. Namun, air mata saya tidak akan pernah kering, sehingga kini. Ini kerana sayang saya terhadap satu-satunya anak perempuan saya, semakin bertambah. Namun saya tidak akan izinkan air mata saya menjadi faktor untuk melemahkan saya. Setiap kali selepas merembeskan air mata kesedihan, saya akan bangkit semula menghadapi dugaan, mengharungi kenyataan dan terus berjuang bersama anak perempuan saya itu. Justeru Puan, letaklah sepenuh pengharapan kepada ALLAH. Capaikan doamu kepada Ya Khalik. Jadikan dirimu redho. Anak mu akan selamat, di dunia & di akhirat.

Jazakallahu Khoiron Kathiro. -Shima.

OgheGemay said...

Insyaallah hannah akan sembuh dengan izin Allah zel. Sama2lah kita mendoakannya..sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang... dan Maha berkuasa ke atas sesuatu dimuka bumi ini..Bersabarlah Zel.. selebihnya kita serahkan kepada Allah. Insyaallah.. AMIN

rina said...

insyaallah baby hana akn sembuh

tapi ada sesiapa tau mcmana baby hana skrg??? ada sesiapa blh update

qema said...

salam...saya doakan moga2 adik hana akan diberikan kesembuhan dalam kadar segera..insyaallah..syahdu tgk budak sekecil itu terpaksa menanggung penderitaan sebegitu..sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Kuasa...dengan izin Allah..adik Hana akan cepat sembuh..sm2la kite doakan..amin..

syieda said...

menitis air mata tgk keadaan baby hana... moga ibu nya kuat dn tabah menghadapi ujian Allah ini..

Unknown said...

"ya allah,berilah kekuatan pada ibu ini,sesungguhnya ini adalah dugaan yang berat KAU berikan kepada si ibu ini,namun semua ini adalah ujian darimu" kepada si ibu,lapangkan lah hatimu,dah redhakan lah semuanya...kerana apa yang terjadi padamu kini ada HIKMAH di sebaliknya....allah tak kan mengkhianati umatnya jika ada sesuatu rencana yang ingin DIA lakukan.(ALLAHUALLAM)amin....

Unknown said...

salam Rohaiza,

berkenaan masalah baby banyak2 bersabar. kena sentiasa bertenang supaya roh ibu dan anak yg tenang dapat melancarkan proses pengubatan. yakin dgn kuasa Allah yg memberi sakit dan menyembuhkan.
ikhlas menerima dugaan ini kerana Allah kerana ada pulangannya. setiap org menghadapi dugaan yg berbeza. bercakap mmg mudah tapi yg menanggung lebih mengetahui. tak dapat nak digambarkan.

disamping teruskan berdoa,
sentiasa perdengarkan ayat2 alQuran di sisi anak agar roh anak sentiasa tenang.x perlu pasang kuat2( kalo ada mp3 lagi bagus. boleh auto replay dan pilih surah2 yg tertentu)

cuba dapatkan rawatan alternatif dari ust Hj Lokman Abd Hamid
http://www.syifa-alhidayah.com/senaraicontact.asp

semoga anak sihat
wassalam

try send email-rejected

Anonymous said...

Macam mana keadaan ibu dan baby ni sekarang?