Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, December 31, 2012

Tahun Baru 2013


Alhamdulillah...
Masih sihat dan bernafas..

Jujur kata..

Aku takde azam tahun baru pun..

Masih seperti hari-hari biasa..
Hari-hari niat nak turunkan berat..

Secara officialnya..
Cita-cita tahun lepas tidak mencapai sasarannya..
Nak turun 30kg la konon..

Takpe.. bawa ke 2013..

Esok Khaleef ada orientasi sekolah..
Tadi aku suh laa dia ulangkaji serba sedikit..
OK laa...
Boleh laa baca merangkak dia tu..

Debor anak masuk sekolah?

Kurenggg..

Maybe sebab dia masuk sekolah yg nenek dia gurubesar sekolah tu..
So, risau anak 1st day sekolah tu takde laa kuat sangat..
Sekolah Agama pulak..
Sara, sepupu dia ada kat sekolah tu..

Malangnya..

Takde live telecast FB hari pertama Khaleef sekolah nanti..
Sebabnya aku ada interview SPA..
Rasa hati malas nak pergi..
Tapi, aku belum pernah lagi dpt interview SPA..
So, nak pergi la juga dapatkan pengalaman..

Semoga 2013 ni menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..
Murah la rezeki aku sekeluarga..
Dikurniakan kesihatan yang baik..
Kuatkan tekad aku nak turun berat...
Berbahagia selalu bersama suami, anak-anak dan keluarga serta kawan-kawan :)
.
.
.

Sunday, December 30, 2012

Sudah habis bulan yang sibuk..


Sian blog aku nih..
Menjak2 sibuk hari tu..
Nak hapdet seminggu 2-3 kali pun tak dapat..

Namun, 27-30 hb hari tu..
Selesai laa sudah Mesyuarat Tahunan PID 2012..
Maka, abih dah laa minggu2 sibuk bergelumang dengan report..

Kat PD hari tu..
Dok 2 tempat..
Memula dok kat GS villa...
Bilik complimentary je.. so sumbat ramai2 1 apartment..
Kat sini pun kurang la cantiknya..
Dengan tuala hapaknya..
Macam.. tuala yg org ambik pi bawak kat pool..
Pastu depa sidai je terus tak payah basuh..

Hari kedua dan seterusnya..
Pindah pulak..

Igtkan dapat The Corus yang lawa tu..

Rupanya dapat yg belah Apartment..
Gila hazab..
Katil yg aku dapat.. terbenam tido dalam tu..
Spring dah abih keanjalan..

Nak ON econ, kena panjat dulu..
Pastu suhunya 16 je tak leh adjust..


Pemanas air & shower tak leh guna..
So, depa bagi gayung dengan baldi..
Melantak laa aku tido malam dalam peti ais..
Pastu mandi cam mandi tepi telaga..
Dah laa pintu bilik air tak leh kunci..


Ni penapis air yang masuk ke dalam apartment aku tuh..
Hari kedua baru nampak..
Nasib baik aku takde minum air ke hape dalam rumah tu..
Kalau tak, mau keracunan..
Aku ni dah laa perut sensitif..
Asyik nak keracunan je..

Ni sejarah buruk laa selama dok PID..
Tak pernah lagi dapat bilik hazab smpi camni..
Namun, dah free tu layan jelah.. :)
Nyenyak gak aku tido 2 malam kat sini..


Yang best kat sini...
Betul2 tepi laut...
Petang2 boleh layan angin laut bertiup..
Tapi, tak sempat pun nak layan..

Namun, kalau ada anak kecik.. baya2 bawah 12 tahun..
Jangan laa menginap kat sini..
Sebab penghadangnya terlalu rendah..
Paras peha je..

Apa pun.. seronok gak retreat ni..
Sebab dapat jumpa kawan2 lama..
Kenal penjawat2 baru..

Pastu ada sukaneka..
Ada BBQ...

Secara keseluruhannya..
OK laa...
Percutian sambil bekerja tak bawak anak..
Betul2 rest and relax :)
.
.
.

Monday, December 24, 2012

Malam ni mood ada marey...

Sian blog ni..
Tuan dia bukan malas hapdet..
Tapi takde masa nak hapdet..
Nak fikirkan azam tahun baru pun tak sempat lagi nih..

Citer Melaka yang patut ada 7-8 Part pun terpaksa diketepikan dulu..

Dah ler mengkelibut dengan cam2 report..
Nak wat presentation SKT..
Nak rancang itu.. nak rancang ini..

Anak2 lak asyik tak sihat je skang ni..
Sabtu lepas Kalep muntah2..
Muntah dia sebab asthma dia tu laa..
2 hari ni Hasya pulak..

Lama dah aku tak masak..

Hahaha.. tetiba tukar topik!!

ayam goreng kicap untuk anak-anak


ikan tenggiri masin goreng berlada


kembung rebus goreng kosong


tumis udang kering kacang botol


sambal colek tempoyak
 
Ni kang bape pinggan hentam nasi tak tau la...
Perut aku mmg lapar sangat nih..
Last makan masa kenduri semlm tu ler..
Bila petang smpi ke tengah hari ni anak sakit..
Hilang selera makan aku..
Tengok Hasya melepek semacam je..

Ni dia dah OK..
Dah boleh tinggal aku masak..

Tetiba mami LAPAR SANGAT!!!
.
.
.
 
 

Monday, December 17, 2012

Delightful Girl Chun Yang

Drama lama yang direquest oleh geng2 LWC..
Asalnya aku ada bentuk VCD jer drama ni..
Kalau nak convert ke dvd mmg tak boleh..
Sebab dual sound..

Nasib baik..

Baru2 ni dapat memuat-turun drama ni :)


Ramai dah tengok kot drama ni..
Drama ni dulu sama popular dengan My Girl dan My Lovely Kim Sam Soon..
Hero2 nya bukan favorite Kak Zel..
Tapi, aku sangat minat dengan heroinnya..
Lawa dan cantik sangat-sangat...


Ni la Chun Yang..
Seorang pelajar terpintar kat sekolah..
Tapi hidup dalam kemiskinan..
Dia terpaksa buat pelbagai keje sambilan..
Untuk tanggung perbelanjaan seharian..

Seorang yang berwatakan ceria, baik hati dan sentiasa sweet..
Tapi, kalau tengah marah..
Hilang semua..



NI hero..
Dia ni baru je masuk sekolah sama dengan Chun Yang..
Asalnya dia dari Korea..
Bila ayah dia bertukar daerah, dia pun ikut bertukar..

Seorang pelajar yang bermasalah..
Sangat nakal.. tak pandai pulak tu..
Masa kat sekolah lama, cam2 hal dia buat..


 

 Benda kesukaan dia..
Adalah buli Chun Yang..

Sampai laa satu hari ni..
Hero tersalah minum arak yang disangka juice..
Bila dah mabuk.. dia tertidur sekatil dengan Chun Yang..
Chun Yang lak masa tu tengah demam..

Walaupun takde apa yang berlaku..
Tapi ada rakan sekolah depa yang sebarkan perkara  ni di sekolah..
Ayah hero.. mengamuk sakan laa..

Last2 keluarga depa ambik keputusan..
Supaya mereka berdua berkahwin untuk menutup malu..

Maka, bermula laa kisah depa sebagai suami isteri di sekolah tinggi..


Tak lama lepas kahwin tu..
2nd heroin muncul..
Dulu hero suka kat 2nd heron tapi kena reject..
Bila tau hero dah kahwin..
Tetiba dia muncul balik nak kat hero..

Chun Yang ni tolong la hero ni belajar supaya dia dapat masuk U..
U yang sama dengan 2nd heroin..
Sebab dia igt hero nak balik semula dengan 2nd heroin..

Akhirnya dia dan hero, sama-sama lulus dan dapat masuk U yang sama..
Namun, masa nak pergi tu..
Dia rahsiakan yang dia takde duit nak bayar yuran masuk U tu..
Dia cakap je dia masuk.. tapi sebenarnya tak masuk pun..


2nd hero pulak adalah jahat..
Tapi dia kaya raya.. berkerjaya hebat.. minat kat Chun Yang..
Dia rasa dia boleh dapatkan semua perempuan dengan apa yg dia ada..
Namun, bila Chun Yang reject dia..
Dia mula guna cara jahat untuk dapatkan Chun Yang..

Dia perangkap hero dengan satu jenayah..
Kemudian dia ugut Chun Yang untuk tinggalkan hero dan pergi kepangkuan dia
Chun Yang takde pilihan, lalu minta cerai dengan hero..

Maka, depa pun bercerai..

Tapi, masa nak pergi berhijrah ke Jepun dengan 2nd hero..
Chun Yang lari dan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan..


Selepas beberapa tahun berlalu..
Hero pun dah jadi Peguambela..
Chun Yang pun dah ada kilang aksesori sendiri di Busan..

Satu hari mereka terserempak di perkahwinan
Chun Yang menyelinap masuk je ke majlis tu untuk bagi hadiah..
Ntah camne, dia nampak 2nd hero yang dah balik dari Jepun..
Masa kelam kabut nak keluar..
Dia terlanggar kereta hero..

Lepas tu.. terjadi la pergaduhan..
Tapi Chun Yang tak keluar..
Assistant dia je tolong settlekan..

Assistant dia pulak kena culik lepas tu..
Kat Korea sana..
Masa menyelamatkan assistant Chun Yang ni..
Polis terjumpa gambar lama hero dengan Chun Yang masa zaman sekolah..
Lalu depa bagi kat hero..

Dapat laa hero jumpa balik Chun Yang..


Tapi Chun Yang tak happy pun bila jumpa hero..
Dia risau 2nd hero akan rosakkan kerjaya hero..

Namun akhirnya 2nd hero sedar..
Tak semua benda dalam dunia ni dia boleh dapat..


Maka, drama ni pun berakhir laa..

They married again and live happily ever after :)
.
.
.

Big Bad Wolf

Akhirnya berjaya jugak aku jejak kaki kat BBW nih..

Selama ni bukan takmo pi..
Tapi takde sapa nak diajak..
Ni alang2 adik aku nak pi..

I follow...


Sebab pergi office hour..
Kurang laa sesak..
Tapi aku dapat parking kat B3..
Cam nak tanggal lutut naik tangga..
Tak tau laa wujud ke tak lift..

Takpe.. selalunya pergi tempat baru ni excited lebih..
Penat pun.. buat2 tak penat..

Aku ngn adik aku..
Peruntukkan 2 jam sahaja dalam tu..
Maklum laa..
Kami ni bukan datang dari Keramat.. Cheras... Kg Pandan..

Jauh nun dari Tg Malim..

 

Yang atas2 ni buku Khaleef...
Kat dia tak payah banyak-banyak..
Sebab dia bukan minat membaca pun..

Total 4 buku di atas = RM38.00


2 buku di atas lak untuk Papa jamu mata..
Harga = RM11.00 untuk 2 buah..



Ini lak buku Mami..
Cari buku menjahit takde la pulak..
Buku masakan... banyak yang amat..
Cakap je nak chef mana.. semua ada..
Nak2 yang selalu keluar kat AFC tu..
Tebal2 belaka.. rege paling mahal pun dalam RM20-RM30...

O2 Diet tuh..
Aku minat nak baca sebab dietnya jenis membersihkan usus..
Siap dengan resepi-resepinya sekali..

Yang Dummies tu..
Aku tak bukak lagi..
So, tak tau kandungan nyer camne..

Aku beli sebab nak tau benda2 asas tentang kamera ni..
ISO.. Bokeh.. ntah hape2 laa lagi..

Total belian aku = RM33.00



Paling banyak dapat buku..
Adalah Khayla Hasya :)

Memang rambang mata sangat..

Bawak bersabor ngenangkan duit tak berapa ada je..
Maklum ler dah lama takde gaji..
Saja aku pilih pergi sebelum gaji..
Kalau dah gaji.. RANAP!!!

Total belian untuk Hasya = RM47.00


Pada yang nak pergi..
Dinasihatkan bawak cart seperti di atas..
Beg pramugari tu pun boleh bawak jugak..
Kalau tak hazab...

Cam aku tak bawak apa2..
Terpaksa laa pakai kotak yang disediakan di BBW..
Lepas isi cam2 buku.. confirm laa berat..
Buku.. bukan kapas!!

Lepas tu.. masa aku kat buku2 Cookery..
Aku letak laa atas lantai kejap..
Jalan-jalan-jalan..

Last2 aku lupa kat mana aku letak kotak tadi..
Cari-cari tak jumpa jugak..
So, aku syak pekerja BBW tu dah hangkut kemas balik.. :(

Banyak pulak buku Hasya ngn Kalep tak dapat beli...

Masa ambik sekali lagi..
Mood aku dah hilang..

Mula2 tu ada laa 4-5 biji novel citer seram..
Aku kalau English Novel.. suka baca citer horror..
Malas dah nak cari balik..
Aku pun  tak ingat kat mana aku ambik novel2 tu tadi..
Maka, tiada laa tangkapan novel..
Takde rezeki ler tu..

Takpe, next year dah janji dengan adik aku..
Akan repeat lagi sekali BBW nih :)

Yang nak pergi..
BBW ni ada sampai 23 disember 2012..
Lokasi kat sebelah The Mines kat Seri Kembangan nun...
Dari Tg Malim ni jauh laa jugak..
2 jam perjalanan...
.
.
.

Wednesday, December 12, 2012

Mak busy giler skang ni nak....


Isi borang cuti pun tak dapat nak bercuti tau..
Punya busy..

Ni mgu depan lagi laa tambah busy..
Cam2 benda nak kena semak..
Pastu cam2 report nak kena buat..
Lagi gomen gaji :)
Harap2 banyak ler order bahan bakar...

Bulan 12 adalah bulan menyangap...
Sebab selalunya bulan 11 akan gaji awal..
Pastu bulan 12 gaji tengah2..
Maknanya lebih dari sebulan menunggu gaji..

Laki i kata.. kalau dah gaji awal, jangan laa usik..

MAU KE?

Mesti tercuit gak laa sana-sini..

Nasib baik, masa gaji cepat hari tu..
Aku settlekan semua double..
Duit kete double.. duit bil2 double pay..

Namun, sangap jugak..

Nasib baik laaa ada rezeki dari bahan bakar..

Boleh laa cover2 nafsu pemboros aku nih :)

Busy sangat tu pulak..
Kan skang pangkat aku dah lain wpun gaji makin rendah...
Bawah aku ada 5 PID..
Pastu ada lak 4 lagi PID aku kena cover sbb pengurus dia cuti bersalin..

Bayangkan.. 9 PID nak kena monitor..
Nak kena semak tuntutan..
Semak report..
Minta itu.. minta ini..

Depa pun agak2 nyer dah naik fedup dengan aku

Apa nak buatkan..
Aku dibayar gaji... korang pun sama jugak..

Maka,

SAYA YANG MENURUT PERINTAH :)
.
.
.

Monday, December 10, 2012

Marriage Plot / Wedding Scheme







Tetiba feel aku berubah pulak..
Lebih menjurus kepada memproses drama kekeluargaan..
Drama ni tayang tengah tahun 2012 nih..
Sebelum Shut Up Flower Boy Band..

Genre : family, romantic, comedy


Drama ni secara amnya...
Mengisahkan 4 orang adik beradik perempuan..
Yang ibu mereka dah carikan jodoh untuk depa..
Mak depa ni adalah tuan punya kilang Kimchi yang terkenal..

Adik beradik ni pun berlainan karektor..
Yang sulung cam budak nerd sket..
Adik bawah heroin ada 2..
Yang sorang manja-manja orangnya..
Yang sorang lagi suka berperangai pelik..

 
Ni hero dengan heroin..
Hero ni suka heroin..
Tapi dia tunjukkan dengan perangai suka membuli.. mengejek heroin..
Bila depa dah bercinta..
Terhalang pulak oleh permusuhan orang tua..
Ayah hero ngn mak heroin musuh lama..



Heroin ni bercadang mengambil alih kilang Kimchi mak dia..
Malangnya, dia tak dapat cari resepi rahsia mak dia..
So, bersungguh-sungguh la dia mencari resepi tersebut..

Kilang ni pun ada la beberapa masalah..
Kena laa depa hadapi untuk pastikan kilang tersebut tidak tutup..

Dia ni asalnya tak minat pun nak kahwin..
Lebih mementingkan kerja dan cita-cita dia..

Berlawanan dengan hero..
Anak hartawan dalam industri makanan..
Seorang yang berperawakan manja tapi keras kepala..




Secara keseluruhannya..
Drama ni ok laaa..
Kira jatuh dalam kategori boleh tengok..

Pada yang nak tau apa sudahnya cerita ni..
Apsal mak dia nak kakwinkan depa cecepat..
Dapatkah hero bersama heroin..

Kena order baru leh tak apa jadi :)

.
.
.

Hati tak senang...


Banyak tul hal2 yang nak disetelkan hujung tahun ni..
Org lain yang anak nak masuk sekolah tahun depan..
Kemain excited dah beli baju apa bagai..
Kalep belum lagi..
Masih menunggu Papa dia yg sibuk ambik cuti..
Bukan mami tak boleh nak pi beli sorang2..

Tapi, biar laa Papa pun rasa excitednya..
Nak beli baju anak sekolah apa bagai..
Jangan nak lepas tangan je manjang..

Selain tu..
Retreat dah dekat..
Memang hati tak senang lansung..
Kena tinggal Hasya dalam 4 hari 3 malam..
Hari tu masa pi Vietnam demam sepanjang mami takde..
Kali ni tak tau la pulak camne..
Sedangkan hari2 anta umah Mak Long pun menangis nak ikut...

Pejabat pun banyak gak halnya..
Makin hujung tahun..
Cam2 peel orang muncul..
Takde yang menyenangkan hati..
Buat aku rimas perut je..

Tulis pasal perut..
Ni satu hal lagi..
Asyik lapar.. nak makan.. nak makan.. nak makan..
Pagi tadi saja timbang setelah sekian lama tak timbang..
HAMBEK!!!!!!

So, pagi ni terus insaf..
Kupas telur rebus 3 biji bawak bekal pi pejabat..
Ni cubaan utk Atkins kali yang ke-3..
Wpun tahu akan kantoi time holiday mgu depan..
Buat jelah.. janji sebelum holiday ni..
Harap leh turun dalam 4kg-5kg..
Tumit aku ni mmg tak leh tahan berat badan skang ni...
Sakit 24/7 tau..

Pastu ada laa satu lagi perkara merobek hati ini..
Syahdu lak tiba2...
Yang ni tak boleh kongsi kat sini.. :(

Merobek hati anda tak yang membaca?

Hehehehehe...
.
.
.

Wednesday, December 5, 2012

Meng"crepe" jugak..

Orang ada.. aku pun nak ada..
Orang  buat.. aku pun nak buat.. :)

Maka,


Terhasil laa Durian Crepe..




Jenuhnya yang cari whipping cream..
Kat Tg Malim ni usah ko berangan laa nak jumpa..
4 kali aku ngulang pergi TF Value Mart..
Pastu pi Tesco Bukit Beruntung pun tak dapat jugak..
Last2 aku drive slow2 pi Rawang..
Dapat laaaa whipping cream yg belum pukul lagi..

Aku cedok resepi dari Internet je..

Cari yang paling mudah..

Untuk kulit dia.. aku guna resepi ni
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Aku ada jugak pi google TEPUNG CREPE SEGERA..

Hampir aku nak beli..
Harga mahal okay.. belas2 hinggit utk 400g - 500g..


Paling mengarut sekali..

Lepas beli tepung..

Anda perlu letak...
butter, santan, telur, garam, gula, pewarna, air


SO, DIMANAKAH SEGERA ITU?

Adakah anda menjual TEPUNG GANDUM yg dah diayak dan claim itu adalah pre-mix..

Kalau segera.. mesti takat tambah air je sudah..
Kalau sampai 4-5 bahan nak kena tambah..
Dah bukan segera lagi..

Apa-apa pun..
Akhirnya aku dapat jugak makan durian crepe..
Seperti biasa..
Selalunya benda yang aku buat ni..
Sebenarnya aku tak pernah makan lagi..
So, aku tak tau laaa apa penanda aras bg crepe yang sedap..

Tapi, pada pendapat saya..
Memang sedap..
Nak-nak lepas dah simpan dalam peti ais..
Aku buat dalam 12 ketul..
7 ketul aku sorang makan..
5 ketul bagi adik aku..

Nak repeat.. malangnya takde durian...
Nanti laa cari buah-buahan lain pulak..
.
.
.

Sunday, December 2, 2012

OhLaLa Couple








Ingat tak lagi Secret Garden...
Drama ni ala2 camtu la jugak..
Badan orang lain..
Roh orang lain..


Tapi drama ni genre lawak..
Tak seserius Secret Garden..
Dan yang bertukar tu.. suami isteri..

Depa ni asalnya.. perkahwinan dah cam retak menanti belah..
Asyik bergaduh..
Dah tu.. laki dia lak kantoi dengan bini dia..
Ada perempuan lain..

Yang suami keje manager hotel..
Isteri pun kerja tempat yang sama..
Tapi pangkat rendah sikit..


Satu hari depa mengalami kemalangan..
Lepas kemalangan tu la roh depa tertukar..
Jadi laa cam2 insiden lawak :)


Kat tempat keje paling naya..
Sebab lelaki tu dah pangkat GM..
Bini dia baru cam ala-ala housekeeping gitu..
Bila dah bertukar, kena laa tukar keje..


Namun, benda-benda camni laa yang buat depa paham..
Perasaan masing-masing..
Lebih kurang freaky friday ler nih..


How much can a wife endure when her good-for-nothing husband is a womanizer who embarrasses her at every turn? Na Yeo Ok is fed up with the infidelity of her hotelier husband, Go Soo Nam, during their 12-year marriage and demands a divorce. However, a major accident causes the unimaginable to happen – their souls are switched into each other’s bodies. As the couple bumbles around in each other’s identities, will Yeo Ok and Soo Nam develop a deeper understanding of each other?
.
.
.

Menyepit ke kedai kereta...


Hasya ni.. memang pantang org letak sepit rambut kat dia..
Tak kira laa sepit ke.. headband ke.. cekak ke..
Tapi mak dia pulak..
Suka sangat nak tengok Hasya ni feminin sket..

Sabtu semalam ada kenduri kahwin..
Bersungguh-sungguh laa aku letak sepit..
Aku letak dia cabut.. letak dia cabut...
Sampai kat umah orang kahwin  tu..
Nasib baik laa okay pulak dia bersepit..

On the way balik..
Dia cabut balik sepit tu..
Aku sepit balik..
Cabut lagi.. sepit balik..

Sepit.. sepit.. sepit...

Sampai rumah..
Aku pi bukak gate..
Sekali papa dia suh Hasya sekali turun..
Sebab dia nak pi kedai kereta..
Aku pun okay je.. sbb aku mmg tak suka pi kedai pomen..

Lebih kurang sejam pastu..
Papa balik dari kedai kereta..
Aku pun pi bukak pintu..

Lepas bukak pintu..

Lari cepat-cepat masuk bilik..
Pastu gelak cam nak gila...
Berguling2 aku atas tilam punya rasa kelakar sangat...
Sampai berdenyut tempat yg kena operate hari tu sbb rasa lawak sangat..

gambar lakonan semula atas rambut yang sebenar

Kah! Kah! Kah!

Memang lawak of the year 2012 utk family aku..

Dalam kereta dalam dok sepit cabut.. sepit cabut..
Sebab takmo Hasya rosakkan sepit tu..
Aku sepitkan ke rambut My Inche Jeman..

Manalah nak taukan..
Sampai-sampai umah dia terus nak kedai kete..
Tak sempat masuk umah...
Aku tengah bukak gril, dia dah laju pergi kedai..
Lansung tak ingat pasal sepit yg tersemat indah kat rambut dia...

Korang rasa apa Cina kedai tu fikir..
Gaya kemain lagi..
Maklum laa baru balik kenduri..
Tapi.. kat rambut ada sepit baik punya...

MIJ cakap gak..
Patut laaa bini Cina tu yg tengah makan dok pandang2 dia..
Pastu laaa ada 2-3 orang customer yang tengok atas bawah atas bawah...

:))

Laki aku ni..
Memang tak pandai melawak..
Tapi sesekali dia wat kelakar..
Memang smpi rasa nak putus urat kentut... :))
.

.

Tuesday, November 27, 2012

Entry mesin jahit..

Tengah hari tadi..
MR ajak aku wat entry pasal mesin jahit kamiorang..
Tapi... sebab panas sangat..
Membuat aku tepu nak menaip ke hape..
Mata tu nak tido je..


Budak yang tak perlu pandai membaca skang ni..
Sangat rajin membaca..
Tapi buku pilihan dia..
Mesti ada pasal burung atau kucing..
 

Boleh dengar dia mengeja..
Cam ye-ye je..
Padahal entah hape2 yang dia sebut..
Dia sebenarnya ikut style abang dia mengeja..
Kuat meniru budak ni..


Berbalik pada tajuk entry..
Yang sepatutnya berkenaan mesin jahit baru aku tu..
Tapi tak boleh nak citer apa lagi..
Sebab...

Perhatikan atas apa Hasya duduk..

Ye.. itu adalah kotak mesin jahit..
Of course laa dalam tu ada mesin jahit..

Belum tau tempoh pertapaan mesin tu bape lama..
Nak kuarkan pun..
Aku tak tau nak jahit apa..
Benang pun takde..
Gunting kain pun takde..
Yang paling utama...

KAIN PUN TAKDE...
.
.
.

Monday, November 26, 2012

Aku punya dah FULL..


Apa nak buat?
Selain dari sign up monthly payment..
Atau buat joining account..

Aku nak yang mudah2 je..

Ada jalan tak?
.
.
.