Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, November 18, 2012

Cristiano Ronaldo ada kasut emas... kita yang takde ni pun boleh juga membantu..


sumber : FB

Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-peminatnya juga pasti turut mengikut jejak langkahnya.


Bagi yang takde kasut emas tu..
Jangan khuatir..
Pada dok tepek hal2 boikot itu.. boikot ini..
BOIKOT BERMUSIM... tak lama lagi reda ler tuh..

Apa kata hari ini kita sama2 sumbangkan sikit bil @ kredit handphone kita tu..

Aman Palestin telah menyediakan satu kaedah menyumbang kepada rakyat Palestin melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Berikut adalah cara menyumbang melalui SMS:

1. Taip PALESTIN  RM10 / RM5 / RM3 / RM1
2. Hantar ke 39111

Semoga cara yang mudah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
.
.
.

2 comments:

clark howard said...

The blog and data is excellent and informative as well.resources

Sir Thoma said...

I don’t think many of websites provide this type of information.best weight loss diet ever