Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, November 6, 2012

Masih belum putus harapan.....


Dia masih belum putus asa nak ke Legoland..
Semalam tiba2 dia terbuka hati..
Nak tunjuk report card dengan kertas peperiksaan dia pada papa..
Selama nikan dia sorok..
Sebab takut mata papa jadi merah..
Pastu rambut papa kembang..
Dan papa bertukar jadi SINGA!!

Sekali tu, bila Papa cek..
Banyak markah tak sama..
Dekat kertas markahnya lain..
Dekat report card tulis lain..

Banyak beza lak. tu..
Sains, kat report card dapat 42 markah..
Markah sebenar adalah 100 markah..

Tulisan Jawi pun dapat 100..
Tapi cikgu tulis 65 sahaja..
Agaknya cikgu tertulis markah murid lain..

Ada juga yang jadi makin kurang...
Matematik kat report card 100 markah..
Yang betulnya 75 markah..
Maklum laaa 2 mukasurat tak berjawab sebab buang masa katanya..

Mami pun kena bebel laaa sama..
Sebab tak cek :))
Ala.. mami fikirkan, tadika je pun...

Ini memberikan Khaleef harapan..
Kemain semangat lagi nak pergi sekolah hari ni..
Nak suh cikgu betulkan balik semua markah dia..

Sebab papa tercakap..

NTAH-NTAH KALEP PERIKSA NOMBOR SATU!!

Wah!! :))

Menyinar kembali harapan untuk ke Legoland..
Tengok laa kang balik sekolah apa keputusannya..
Pergi ke tidak Legoland..
.
.
.

6 comments:

Kuazue Mohamad said...

hahahha

Natt_Alias said...

Nnt kak lang update tau kalep dpt no 1 ke x..huhu blh tlg lompat bintang untk kalep :)

sitynuress said...

cute tul la anak ko ni zel :)

AisNy said...

Apa macam, ada harapan tak? Nampak macam ada sinaran jer...

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Tak.. masih no.2
Mami pun tak tau yang dapat no.1 tu berapakah peratusan dia..

Kalau pun Khaleef berjaya beat budak tu, takkan cikgu nak mintak balik hadiah dan bagi pada Khaleef.. :))

Anyway, peratusan dia yg pada asalnya 68%, meningkat kepada 78.3%.

Oklah, at least he learned his lesson. Jangan main-main time exam..

BURUK PADAHNYA :))

dilot said...

Hehe suwit