Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, March 10, 2013

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila membeli barang secara dalam talian


Aku tau ler tentang peribahasa..
CUSTOMER ALWAYS RIGHT :)

Aku pun merupakan pembeli dalam talian tegar juga..
Seminggu tak klik-klik..
Rasa cam serba tak kena hidup ni..
Nak jugak tu..
Walaupun sekadar sebuah novel..
Yang padahal kalau pi je kat Pustaka San Ming di pekan tu ada je jual..

Ok, berbalik pada tajuk..

Oleh kerana aku merupakan penjual juga..
Ada beberapa perkara yang nak diperjelaskan..
Sebab biz aku takde T&C..

Ini adalah menjurus kepada bahan bakar..

1- Jangan beranggapan bahasa seller sentiasa on9 24/7.. Ada kadang2 marah-marah kat aku sebab lambat respon order.. Kebanyakkan seller on9 ni.. berbiznes secara part time sahaja. Full time adalah Yang Menurut Perintah. So, bawa bersabar..

2- Boleh minta diskaun, tapi janganlah melampaui batas. Contoh, kebiasaannya bahan bakar ialah rm4 sekeping + postage. Untuk yang beli banyak.. kebiasaannya postage akan dicantas. Yang beli sikit, aku bagi gak ler barang 2-3 ringgit.. Namun, ada yang minta sampai cantas RM10. Bila tak beri, siap balas kat aku.. JANGAN LA BERKIRA SANGAT.. DVD TU SEKEPING, BAPE SEN JE.. yang ni balasan dia senang je.. BELILAH DVD SENDIRI TAK BERAPA SEN TU.. DOWNLOAD SENDIRI PASTU BAKAR SENDIRI..

3- Berkenaan bahan bakar berunsur exercise & workout. Tidak dinafikan, koleksi yang aku ada.. adalah yang terbaik. Ada yang harga asalnya adalah ratusan ringgit, dan korang boleh dapat dengan belas2 ringgit je. Berpandukan kepada harga yang murah tersebut, jangan expect bahan yg korang dapat siap ada interactive menu bagai. Itu sebab aku selalu pesan, dapat je tengok dulu.. catat timing dia camne.

4- Pastu berkenaan kualiti gambar.. memanglah yang aku torrent adalah kualiti HD. Namun setelah dicompress, dimerging, diconvert, disubtitlekan.. akan berlaku penurunan kualiti gambar. Lepas tu dalam kejadian buat master copy, 4-5 episod akan dimuatkan dalam sekeping dvd. Itu sebab ler agak kurang sket. Aku ada bagi pilihan, customer boleh ambik RAW version (HQ) atau AVI version (SD).

5- Balik pada workout tadi.. yang ni baru je jadi 2 minggu sudah. Kan aku ada buh review.. ada yang beranggapan aku sudah buat semua workout tersebut. Ada jugak yang ingat aku  ni certified trainer ke hape. Aku review berdasarkan apa yang ditengok sahaja.. Buat?!! NON HADO!! Oleh itu elakkan berkata kasar kepada aku seperti KALAU AWAK TAK PERNAH BUAT, KENAPA AWAK JUAL? Hello ladiessssssss... ko igt tauke Speedy Video tu buat ke semua dvd yang dia jual kat kedai dia tu. Aku dah bagi review sebagai panduan hidup. Lagi.. ko tak kenal ke GOOGLE tu hape?!!

6- Berkenaan pengeposan.. Sekali lagi diingatkan.. AKU TAKDE SAHAM DALAM P0S M4LAYSI4 BERH4D.. maka, posmen akan melayan parcel2 aku secara normal macam manusia biasa. Kalau aku pos sebelum pukul 2, maka parcel tersebut akan jalan pada hari yang sama. Kalau pos selepas itu, parcel akan berjalan pada keesokkan harinya. Janganlah dapat je tracking code, terus cek kat pos.com.my.. pastu sms aku bertalu2 kata nombor tu tak valid.. Sabor Yang.. track laa keesokkan hari nyer setelah parcel meninggalkan Pos Tg Malim ni ;)

7- Semasa buat order, elakkan soalan seperti KALAU SAYA BANK IN HARI INI, BOLEH TAK SAMPAI ESOK?. Sekali lagi.. P0s tu bukan aku yang punya.. Kalau aku punya.. korang setel payment je.. aku paksa dan2 tu jugak posmen pi anto by hand. Ini semua bergantung kepada kejadian Alam dan Manusia di P0s Malaysia..  Kalau nasib ada baik.. pos laju hari ini, esok sampai. Kalau bernasib buruk.. (nak2 kalau area Gombak).. Pos hari ni.. lusa tulat baru dapat.

8- Saya akan bertanggungjawab pada parcel yang hilang sebelum customer received. Cth seperti parcel yang kantoi pos ekpress. Selalunya akan dihantar ke bahagian surat mati. Maka, saya akan ganti DVD kamu FOC. TAPI, jika parcel sudah diterima oleh seseorang (nak2 kalau guna alamat pejabat), jika hilang tiada penggantian semula. Oleh itu, make sure kalau guna alamat pejabat, alert ler dengan kehadiran posmen di pejabat anda.

Cukuplah 8 perkara..
Kalau ada perkara berbangkit lagi aku tambah :)
.
.
.

5 comments:

murnie sangat said...

super setuju kak zel.customer ni pon tak hagak2.tp adatla berniaga, benda2 mcm ni lumrah la kak zel.jgn serik jual dvd ya

syarqiah75 said...

hahahahha...mmg ada spesis cam tuh yer zel?setakat yg kju beli sume tip top x der masalah...:)

-iLLa- said...

suka sgt dgn no 7&8 tuh...

Min Aina Ila Aina said...

Saya tak kisah kualiti HD ke HP ke untuk drama janji tak sangkut, ada subtitle dan boleh tengok.

Cuma ada 1 order lama dah Six Wek Six Pack suaranya perlahan sikit, laptop pulak jenis speaker tak kuat, JM pulak cakap omputeh maka susah sikit nak faham instruction. Elok bersimpan dah pun buat 30 Days Shred sajo.hehe.

Apapun beli dengan kak zel terbaik la, servis tip top.

Min Aina Ila Aina said...

Saya tak kisah kualiti HD ke HP ke untuk drama janji tak sangkut, ada subtitle dan boleh tengok.

Cuma ada 1 order lama dah Six Wek Six Pack suaranya perlahan sikit, laptop pulak jenis speaker tak kuat, JM pulak cakap omputeh maka susah sikit nak faham instruction. Elok bersimpan dah pun buat 30 Days Shred sajo.hehe.

Apapun beli dengan kak zel terbaik la, servis tip top.