Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, August 26, 2014

Makan-makan raya di PID

Setiap kali raya..
Zon aku ni wajib buat makan-makan..
Ni tradisi dari zaman takde zon lagi..
Kalau dulu ikut negeri..

Kali ni nak kasi meriah...
Jemput Zon 4 sama..
Selain dari jamuan raya..
Ada laa meeting sesikit..
Sebagai persediaan nak pergi meeting tengah bulan depan..


Kek batik dari Sg Air Tawar...
Masa makan kat PID.. agak keras sket..
Rupanya.. kena tapau balik rumah baru sedap!!

Malam tadi aku makan sorang-sorang..
Memang coklat dah meleleh..
Biskut dah lembut.. terbaik!!


Ni pulak kek Secret Recipe..
Murah rezeki..
Tetiba Nunu nak belanja kami semua kek..
Sempena harijadi dia..
Tak tau apa nama kek ni..
Cam Indulgence.. tp ada almond dalam tu..


Ni tau dah sapa masak..
Confirm aku punya :))

Tapi petainya tak berapa best..
Tak rangup..
Pasalnya aku beli petai siap kupas kat NSK..
Lupa nak pergi pasar pagi Ahad tu..
Pasrah jelah janji ada petai..


Ni pun aku juga...
Sayur campur sempoi..
Tapi cam kurang garam..
Takpe.. sihat tu :)


Ini dari ahli baru Zon 3..
Pengganti Makcik Rehan di PID Rasa..
Dia bawa daging dendeng yang sedap..


Ni pulak pajeri nenas dari Parit...
Kuahnya sedap wei..


Bergedil ayam Sabak Bernam..
Tetiba feeling cam tengah atkins diet pulak..


Ni super best..
Sambal ikan bilis dari anak buah aku..
Selalu dia bawa sebekas tak cukup..
Kali ni dia bawa 4 bekas terus..
Aku ler untung..
Siap ambik semua bawa balik..
Simpan dalam bekas elok2..
Bekukan..
Cukup ni stok sambal untuk 1-2 bulan..


Sambal belacan Kak Zel jugak..
Akukan dekat..
Tuan rumah.. bawa banyak benda laa sket..

Lagi ada rainbow cake.. kek lapis sarawak... buah tembikai..
Air oren.. Teh O panas.. air mineral...

Untuk minum petang pulak..
Aku tempah Laksa d' Pokok...
Goreng pisang.. cucur badak.. kuih udang..

Kesimpulannya...

MELAMPAU KENYANG :))





Ramai tak anak buah aku?..
Tapi ni ada dari Zon 4 jugak..

Bersyukur sangat staff2 dalam Zon aku ni tak banyak kerenah..
Kalau suh buat keje.. buat..
Suh anta report.. anta..
Sangat melegakan..

Akhir kata..

Mak Buah korang mengucapkan Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..

Jumpa pulak tengah bulan ni di Melaka..
.
.
.

Thursday, August 21, 2014

Malaysia Berkabung MH17



Pedih sebu je rasa pagi ni...
Pagi-pagi lagi dan on TV...

Aku pernah hilang ayah..
Perasaan hilang orang paling dekat dengan kita..
Adalah perasaan yang takkan hilang sampai bila-bila..

Perasaan tu macam kena hempap dengan kotak seberat 100kg..
Pastu tiba-tiba..
Rasa ringan terbang melayang-layang...
Satgi.. rasa hati dihiris-hiris..
Lepas tu rasa penat sangat-sangat..
Pastu hati rasa sakit... kepala rasa pening..
Rasa takut..
Takut fikirkan yang kita takkan berjumpa lagi selama-lamanya..

Camnilah perasaan kehilangan buat selama-lamanya..

Bagi yang tak pernah hilang seseorang yang betul-betul rapat..
Ayah.. Ibu.. Anak... Adik beradik.. Suami.. Isteri...
Mungkin belum dapat menyelami lagi rasa camni..

Hari ini...

20 keluarga akan rasa apa yang aku rasa dulu..

Harap mereka semua tabah dan sabar banyak-banyak..

Untuk rakyat M'sia yang lain..
Lapangkan dada..
Ada yang kata cara berkabung ini tak ikut syariat...
Ada yang kata ikut cara agama lain...

Anggaplah ini simbolik...

Kita BERSATU DALAM BERDUKA..

Al-Fatihah...



.
.
.


Wednesday, August 20, 2014

Happy Birthday Muhammad Khaleef Aisy


Hari pertama lahir ke dunia


1 tahun

1 tahun

2 tahun

2 tahun


3 tahun


4 tahun


5 tahun


6 tahun


7 tahun



8 tahun

SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMI SAYANG
SEMOGA JADI ANAK YANG BAIK
RAJIN-RAJIN BELAJAR

MAMI, PAPA DAN HASYA SAYANG KALEP




Terima kasih Nuff :)


Ni dah Ogos...
Maksudnya.. dah 6 tahun aku tulis blog...
Takde laa lama mana sangat lagikan..

Awal-awal dulu cukup rajin..
MR pesan.. kalau nak banyak dpt nuffnang..
Kena publish banyak kali satu hari..

Rajin nyer smpi satu hari publish 2-3 kali entry..

Betul ler tu..
Kejap je nuffnang dah bnyk...
Dalam masa 3 bulan..
Dah boleh dapat atas RM150.00..

Begitu laaa seterusnya.. smpi habis 2011...
Aku wat cash out kerap.. total semua dekat gak 1.2K..
Paling banyak pernah cash out selepas 4-5 bulan..
RM358.00..
Duit tu aku buat bayar hotel kat Cherating..
Ala-ala percutian ditaja la juga..

Start tahun 2012.. kelemauan dah mula datang..
2-3 hari = 1 entry..
Nuffnang pun dah agak slow juga..
Cash out dah pakai gaya setahun sekali...
Takde laa banyak sangat pun..

2013 prestasi paling teruk sekali..
Cash out aku sepanjang tahun tu..
Tak smpi pun rm100.00
Dalam setahun tu.. kurang 5 kali je kot dapat BE..

Sampai laa tahun 2014...
Tahun ni cam selalu lak dapat BE..
Hasil pengumpulan tahun ni..
Aku nak buat bayar parking kat airport..
Kan kat KLIA2 skang ni parking fee lebih mahal dari LCCT..

Tapikan... cam ada satu sindrom tau..
Maybe melanda aku sorang je..
Tetiap kali Nuffnang bagi BE..
Mesti malas nak update blog tu menjadi-jadi..
Padahal masa ada BE tu laa nak wat entry banyak2...
Supaya lebih ramai yang lawat blog aku..

Apa-apa pun.. syukur laa nuffnang ni wujud di muka bumi...
Merasa gak duit free camtu..
Habis BE yang 3 atas tu..
Nak kena cash out..
Pasalnya bulan 10 & bulan 11..
Ada nak pi holiday 2 kali..
Lebih kurang aku kira duit parking KLIA 2 je dah RM300.00...
Nasib ada nuffnang..
Ala-ala parking free la juga ;)

TQ Nuffnang..
.
.
.

Monday, August 18, 2014

Big Man




Drama berat pulak kali ni..
Hero.. yang paling kanan sekali.. Kim Ji Hyuk (KJH)
Dia seorang anak yatim yang hidup susah..
Oleh sebab itu.. dia tekad untuk kerja keras..
Untuk ubah hidup dia..


Sampai laa satu hari..
Tiba-tiba nasib dia berubah..
Dia dikatakan anak seorang hartawan Korea..
Abang kepada seorang pewaris harta..
Konglomerat Hyunsung..
Iaitu Kang Dong Seok - KDS..

Tapi sebenarnya..
KJH tidak ada lansung hubungan dengan KDS..
Dia diperdaya untuk menjadi penderma jantung kepada KDS..
Cam laa nyawa dia tiada nilai!!

Lepas dia tau kisah sebenar..
Dia tekad untuk balas dendam..




KDS ni juga berperwatakkan jahat...
Depan-depan tunjuk baik.. peramah..
Tapi belakang orang..
Dia adalah seorang businessman yang sanggup lakukan apa saja...
Penghalang dia adalah KJH..



Mesti ada rebut awek nan seorangkan.. :)
Heroin.. So Mi Ra - SMR..
Dia adalah anak pekerja Hyunsung..
Ikutkan dia ni terlibat sama dalam perancangan untuk tipu KJH..
Tipu untuk dapatkan jantung dia bagi pada KDS..
Dia pernah juga cuba membunuh KHJ demi KDS..
Ikutkan awalnya dia ni kekasih KDS..

Tapi.. sudahnya dia jatuh cinta pada JJH...


Dia ni pulak adik KDS..
Pun berperangai buruk..
Tapi tak sorok-sorok cam abang dia..
Dan dia pun suka pada hero..

So, nak tau sapa yang dapat...
Kena laa tengok ini drama...


There is a world only for the rich and privileged. There, the laws and principles are different from a normal society. In this corrupted world, people needed a superman. This superman is not your typical superman. He does not fly or defeats evil spirits with superpower. Rather he is born as an orphan and has lived a life of being treated with contempt. He has no family or educational background. Although he seems like nothing much, he is relatable. Then, he meets a woman. She came to kill him but he falls in love with her. She brings out a real superhero in him. Then the miracles start to happen.

A drama about a man named Kim Ji Hyuk, living a third-rated life gets involved in plan to save Kang Dong Suk, a rich family's only son who needs a heart transplant. Kim Ji Hyuk gets a new life as the eldest son of the rich family but realizes later that it was all a plan and faces the irregularity of the world.

In the process of changing his life, Kim Ji Hyuk meets So Mi Ra, his destiny. She is Kang Dong Suk’s girlfriend and is well aware of that Ji Hyuk is adopted for Dong Suk’s heart transplant and even tries to kill him. Then, Mi Ra starts to open her mind to Ji Hyuk who is ignorant, but also considerate. Mi Ra who has only cared about Kang Dong Suk is looking at someone else. However, Dong Suk cannot give up Mi Ra for Ji Hyuk.
.
.
.

Wednesday, August 13, 2014

Raya 2014







Happy tul tengok gambar raya ni :)
Mana aku?
Time ni aku tak mandi pun lagi..
Pasalnya kain baju aku tertinggal kat rumah..
Lepas sembahyang raya baru MIJ g ambik..

Raya tahun ni cam tahun2 sebelumnya juga..
Berselang-seli antara rumah mak aku..
Ngn rumah mentua..

Rabu MIJ keje.. sehari je..
Selepas tu sambung balik cuti..
Tapi.. berita dia kena pindah tu..
Membuatkan mood raya tahun ni rosak..

Akhirnya..
Confirm sudah..
MIJ takkan pindah ke Alor Setar..
Katanya dah fikir panjang-panjang..
Dia tak mahu duduk jauh sangat dari family :)

Tau dak..
Sejak tau kena pindah..
Kat mulut dia tu.. asyik sebut "Kesian Hasya..."
"Kesian Kalep" ada laa sekali dua...
"Kesian Mami..." tarak hokay!!

Hahaha...

Tapi..
6th sense seorang bini ni..
Terasa-rasa cam MIJ akan pindah jugak..
Wpun bukan Alor Setar..
Ada laa tu dalam-dalam Perak ni juga..
Tunggu masa je tu..

Takpe laa... kontrak PID bukannya lama sangat lagi pun :)

Sambung balik pasal raya..
Tau dak.. aku baru raya 1 rumah je..
Rumah Makcik Rehan..
Betul2 mood spoil raya ni..
Takpe..masih ada masa lagi..
.
.
.

Monday, August 11, 2014

Doctor Stranger



Drama ni best..
Genre medical romance..
Ada laa sket2 action..
Pasalnya drama ni kisah antara 2 negara..
Korea Selatan sama Korea Utara...


Si comel lote ni hero..
Dalam drama ni.. nama dia Park Hoon..
Masa dia kanak-kanak...
Dia diculik bersama ayah dia ke Korea Utara..
Ayah dia, Dr Park Cheol adalah doktor pakar dada dan jantung yang terkemuka..
Dari kecik, ayah dia mmg dah trained dia untuk jadi seorang doktor..
Dan akhirnya dia pun jadi seorang doktor yg sangat hebat..
Dia boleh selesaikan pembedahan yang rumit..
Dalam masa yang sangat singkat...


Masa kat Korea Utara..
Dari alam sekolah menengah..
Dia dah suka dengan satu awek ni..
Nama Song Jae Hee.. dia ni orang Korea Utara...
Sampai laa satu hati dia menghilang..

Selepas ayah hero mati..
Hero ambil keputusan untuk ke Korea Selatan..
Tujuan dia untuk cari awek dia yang hilang..
Time tu dia takde angan2 pun nak jadi doktor..

Sampai laa satu hari, dia terlibat dalam satu pembedahan kecemasan..
Maka hospital tersebut berminat mengambil dia untuk jadi doktor kat situ..

Mula-mula dia tak mahu..
Tapi ntah camne..
Dia ternampak seorang doktor ni..
Iras sangat dengan  makwe dia yang hilang tu..
Dan dia yakin sangat itu adalah awek lama dia..


Dia ni adalah seorang pakar bius kat hospital yang sama..
Takde sapa yang tahu latar belakang dia..
Tapi nama dia bukan Song Jae Hee..
Nama dia Han Seung Hee..

Oleh sebab latar belakang dia sangat misteri..
Hero yakin yang doktor bius ni adalah awek dia yang hilang dulu..
Tapi dia tak mengaku..

Sebenarnya dia ada terlibat dalam beberapa perisikkan..
Nak tau sapa dia ni sebenarnya..
Kena laa tonton sendiri drama ni..


Dia ni pulak 2nd heroin..
Sebenarnya dia ni anak tak sah taraf pengarah hospital..
Mak dia tinggalkan dia masa kecik..
Dan dia terpaksa tinggal bersama mak dan adik beradik tiri..
Oleh kerana selalu ditindas...
Dia belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor pakar..

2nd hero suka ke dia..
Tapi bila Park Hoon muncul..
Dia cam ada perasaan berbelah bahagi..
Disamping meragui adakah cinta dia yg sekarang tu cinta sebenar..


Yang hensem tu 2nd hero..
Dia graduate dari Harvard..
Dan merupakan doktor paling berpengaruh dan berprestij di hospital..
Tapi kedudukannya mula tergugat..
Bila Park Hoon muncul..

Dia ni tak tentu genre..
Kadang-kadang baik..
Kadang-kadang tak..




As a child, Park Hoon (Lee Jong-suk) and his father Park Cheol (Kim Sang-joong) were tricked and sent to North Korea. In North Korea, Park Hoon was trained to become a doctor by his father who was already a famous doctor. Park Hoon became a genius thoracic surgeon. He deeply fell in love with Song Jae Hee (Jin Se-yeon) in his high school. Park Hoon's father then died and he tried to flee to South Korea with Jae Hee, but lost in contact with her and at the end, he fled to South Korea alone, while looking for Jae Hee.
In South Korea, Park Hoon begins to work as doctor in a top hospital Myungwoo University Hospital. Meanwhile, he found a girl that looks exactly like Jae Hee, Doctor Han Seung Hee, who claimed to not know Park Hoon. Then it appears that she's involved in a secret mission with a man who hates Park Hoon back in North Korea
.
.
.

Wednesday, August 6, 2014

Libang Libu

Boleh agak dah kot...
Pasal MIJ nak kena pindah tu ler..
Bukan dekat oiii...

Alor Setar!!


Tak igt laa dalam bulan berapa..
Tapi MIJ ada ke GPO Ipoh untuk interview..
Untuk kekosongan jawatan kat Ipoh..

Time interview tu..
Dah ditanya.. nak tak ke Alor Setar?
Sebab jawatan pen. exec tu dah kosong lebih setahun..

MIJ jawab.. dia fikir dulu..

Tup-tup..
Raya ke-3..
MIJ whatapps pada aku surat tawaran..
Lapor diri 1hb ogos.. GPO Alor Setar, Kedah...

Kami berdua agak panik!!..

Oleh kerana itu hanya surat tawaran..
Maka pada surat akuan tawaran..
MIJ pilih untuk MENOLAK kenaikan pangkat tersebut..


Walaupun sudah di tolak..
Dengar pulak desas desus yang ada post master baru akan ke Slim River mulai 12 Ogos 2014..
Abih tu.. kalau ada PM baru..
MIJ nak ke mana pulak?!
Silap2 kena tukar pulak ntah ke hulu banat mana...

Rupa-rupanya...
Ada beberapa pertukaran yang akan berlaku..
Semua kena hold sbb MIJ tolak tawaran...

Tak ke serba salah jadinya..
Dah macam menyusahkan orang pulak..
Orang cakap senang la..
Pergi.. pergi.. pergi..

Ingat laki aku tu bujang senang ke..
Ni anak-anak.. bini... apa kes?!


Kami berdua berfikir asing-asing..
Tak pernah bincang lansung kat rumah..

Aku tau yang MIJ tak berapa gemar keje PM..
Nak-nak kat opis dia tu ada banyak masalah..
Ini laa peluang dia untuk tinggalkan keje-keje kaunter..
Sebabnya kalau tak rebut peluang ni..
Memang selamanya laaa jadi post master..
Selamanya laaaa kuar keje pukul 7.15 pagi..
Balik.. nun kang dekat2 9.00 malam...

Tetiba rasa..
Peluang ni tak boleh dilepaskan..
Tapi.. masalahnya, tawaran sudah ditolak..


Esok nak kena hantar lak surat pembatalan penolakan..
Tak tau laa boleh divalidkan balik ke tidak..
Kalau tak boleh..
Kat mana dihumban nanti..
Terpaksa laa pasrah..

Siannya anak-anak aku wei..
Kalep dulu terpisah dengan Papa dia..
Masa baya-baya Hasya ni laa..
Dari umur 2 tahun.. smpi umur 5 tahun..
Kali ni giliran Hasya pulak..
Tak tau la bila pulak nak serumah balik dengan Papa..

.
.
.