Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, January 27, 2015

Mandi sekejap di Sg Bil

Tak plan pun nak datang sini..
So, memang tak bawa baju spare..
Tuala apa bagai memang takde..

Terjanji dengan Khaleef masa dia tgh wat check up hidung kt HSR..
Doktor nak masukkan kamera dalam lubang hidung dia..
Dia tentu sahaja laa tak nak..
Lalu aku pun buat janji la nak singgah sungai..

Tapi.. tak jadi pun masukkan kamera..
Doktor cakap dia meronta..
Takut nanti cedera dalam hidung..



Ini tips kalau pi mandi tak bawa baju mandi anak..
Ambik diaper..
Koyakkan dan buang semua kapas2 dalam tu..
Sebab kapas tu bila kena air dia bertukar jadi gel..
Tinggalkan lapis luar tu je..
Pastu pakaikan pada anak..
Takkan ko nak biar anak ko mandi bogel pulakkan..

Aku selalu tengok ada mak pak..
Yang masukkan anak dalam sungai.. kolam renang..
Dengan dispo diaper..

HELLOOOOO!!!!


Si bujang teruna aku ni senang..
Tak segan silu buang habis baju seluar..
Tinggal spentot..



Sg Bil ni dengan rumah aku takde laa jauh mana..
Dalam 15 minit memandu kereta..




Syok wooo tengok air sungai..
Rasa cam na join sama!!

Tapi..
Takde tips untuk emak yang hanya ada baju di badan...
Celup2 kaki dalam air pun jadi laaaa..

Tak lama pun kat sini..
Sebab airnya sejuk sangat..
Takut Khaleef semput..
Hasya pulak tengah selsema..

Lepas 30 minit..
Kami pun beransur pulang..

.
.
.


Thursday, January 22, 2015

Aplikasi WhatsApp kini di PC @ laptop anda




Langkah Pertama
Make sure Whatsapp di hp dan Google Chrome di PC sudah update..

Update Whatsapp --> pergi kat playstore --> whatsapp --> update
Update Google Chrome --> pi laman web chrome --> download

Kalau masih tak update.. restart PC



Langkah Kedua

Pergi ke laman https://web.whatsapp.com/

Kalau chrome dah update ke 36+
Akan keluar scan code seperti gambar..



Langkah ketiga

Buka apps Whatapps anda di HP..
Dan klik menu options..
Pilih --> WhatsApps Web


Langkah keempat


Skrin hp akan kuar begini..
Klik --> OK, GOT IT


Langkah kelima

Scan CODE dengan menalakan HP anda pada skrin PC


Langkah keenam

OK, ANDA SUDAH BERJAYA





\

Boleh laaa whatsapp sampai lebam..
HP simpan dalam handbag supaya bateri lebih tahan lama

Selamat mencuba!!!
.
.
.




Wednesday, January 21, 2015

Zamani Slam Positif Dadah

Aku baca pasal ni..
Semalam..

Pastu terus bagitau MIJ..
Lepas tu.. kami sama-sama layan frust!!
Wpun lama dulu mmg dah agak dia ni terlibat dengan dadah..
Tapi bila dia kena tangkap.. kecewa la kami laki bini...

Banyak2 benda dalam dunia ni..
Kenapa dadah pulak yang dihadapnya..


Dia ni legend..
Zaman-zaman Slam ni... 1992-1994 gitu..
Adalah zaman alihan muzik..
Masa zaman Slam ni muncul 4u2c dan KRU..
Tapi Slam tetap juga gah..

Aku punya minat dia ni..
Kalau kuar kaset baru..
Sanggup tak belanja kat sekolah..
Nak beli kaset original punya pasal..

Pastu memang dengar hujung ke hujung..
Pusing  balik.. hujung ke hujung sekali lagi..

Kertas lirik lagu kat sarung kaset tu..
Confirm jadi belacan..
Punya dok hadap nak hafal semua lagu..

Pernah berangan juga..
Nak cari suami cam iras Zamani Slam ni..
Kurus.. rambut lurus.. hidung mancung..
Dapat pun!! :))

Walaupun suara MIJ tak sesedap suara Zamani :))


Tadi pagi aku terklik video dia dalam tahanan polis tu..
Suara dia masih sedap macam dulu..
Dia masih cute macam dulu juga..

Sayangnya..
Dia dah pilih jalan yang salah..

Tak mau share video tu kat sini..
Aku tengok pun tak habis tadi..
Suku je..
Sedih tgk dia kena buli camtu..
Memang lahanat sangat polis yang rekod video tu dan sebarkan dalam internet..



Lagu paling aku suka :)

.
.
.

Blade Man

Lee Dong Wook hero..
Kali ni watak dia lain sikit..
Selalu awek yg tergila-gilakan dia..
Kali ni dia pulak gilakan heroin..


Tajuknya BLADE MAN pasal dia ni kalau naik marah..
Akan keluar pisau tajam-tajam kat belakang dia..
Pastu dia ada kekuatan yang luar biasa..
Benda ni dia dapat selepas dia menjalani satu pembedahan..
Pemindahan sum-sum tulang..

Mula-mula dia tak sedar...
Pasalnya bila dia naik baran..
Dia akan pengsan!!

Dah lama baru dia tahu..


Ni heroin..
Dia ni laa penyebabnya aku lambat review drama ni..
Sebab aku takde mood nak tgk heroin..

TAPI!!!

Selepas tengok drama ni..
1st time aku suka dia ni jadi heroin...
Watak dia dalam drama ni kurang cengeng cam drama-drama sebelum ni..
Dia bawa watak ceria..

Baru nmpk dia ni lawa juga orangnya..



Hero ni pulak..
Dia ada syarikat mengeluarkan mobile game..
Heroin pulak.. ada satu team buat game..
Cumanya mereka belum dapat company yg boleh produce game depa..

Camtu laa asal2 nya depa jumpa...

Dapat laaa heroin kerja kat company hero..



Hero ni pulak..
Tetiba ada anak yg baru muncul..
Dipercayai anak bekas girlfriend dia yg dah mati..
Anak ni pula memula tu hilang..
Heroin yang jumpa..

Bila hero bawa balik anaknya ke rumah..
Dia tak pandai nak jaga anaknya tu..
Yang anaknya pulak menangis tak benti-benti..
Dia nak tinggal dengan heroin..

Maka, hero pun ambik heroin jadi babysitter anak dia..
Kebetulan heroin mmg ada sijil pendidikan awal kanak-kanak..


Ni ler mak kepada anak hero tu..
Hero percaya yang awek lama dia ni dah mati..
Mati disebabkan ayah dia..

Bila dah lama-lama dengan heroin..
Dia pun jatuh suka dengan heroin..
Yang jd konfliknya..
Ayah dia of course tak suka..
Pastu adik kandung hero pun suka heroin juga..

Tapi cerita ni takde laaa evil person yang jahat gila..
Semua cam jahat2 yg boleh diterima akal..


Akhirnya depa dua ni jatuh cinta..

TAPI....

Tiba-tiba awek lama hero..
Mak anak dia muncul balik..
Dia tak mati rupanya..
Cuma dia menyorok..


Apakah kesudahannya...

Hero dengan heroinkah?
Hero dengan awek lamakah?
Adik hero dapat heroinkah?

Sila tengok sendiri ;)
.
.


Tuesday, January 13, 2015

Hantu Selfie...

Kenit aku ni..
Patutnya hari tu bagi nama Khayla Selfiah..


Ni pagi tadi..
Dia tak nak pakai tudung..
Katanya dagu dia gatal..

Lagipun katanya ada je yg tak pakai tudung...
Tapi pakai tupiah..


Kopiah tu untuk lelaki..

"ADIK LELAKI!!"

Bukan.. Hasya perempuan!!

Mula laaa adegan merengek-rengek mintak lempang...


"JANGAN LAA AMBIK GAMBAR ADIK!!!"

Mami kena laa ambik..
Nak hantar pada Papa..
Sian Papa dah 3 hari tak tengok Hasya...

"MASUK PEBOOK TAK MAMI?"

Masuk.....





Lainkan...

Gaya.. lagak.. memek muka..
Antara tak masuk facebook..
Dengan yang nak masuk Pebook...

Hai laaa anak :)



Belanja satu lagi gambar..
Cap ibu dan anak..
.
.
.

Monday, January 12, 2015

Tips - Bila anak menangis ke sekolah..

Saja guna gambar2 lama Khaleef..
Kita throw back sket..
Nak buh gambar Hasya..
Dia tak menangis pun hari ni..
Sikit pun tak kisah mami tak tunggu dia...


Tapi ini budak....
Masuk tadika tahun 2010..
Masa ni umur dia 3 tahun lebih..

2 minggu baq ang!!!

"MAMI.. JANGAN CHINGGAI!!!! *mami jangan tinggal

Sambil meraung-raung..

Lepas seminggu takde perubahan..
Mami hampir juga putus asa..
Dah nak berhentikan dia sekolah..

Luluh hati tau tengok dia meronta-ronta tak mau sekolah..


Nak pulak family2 tak bagi sokongan emosi..
Aki suh fikir balik..
Katanya Kalep kecik sangat lagi..

Mak aku pun sama..
Dok kata bentikan laaa..

Apak dia..

Aku tak igt dia kata apa..
Mungkin dia kata..

HADE AKU KESAH!!


Stress tau..
Duit dah habis beratus-ratus..
Bila bentikan tak boleh minta balik..
Siap yuran bulan November pun dah bayar..

Akhirnya mami dapat idea!!


Ni semak-samun ni..
Agak jauh dari sekolah dia..

Bila mami hantar dia pergi sekolah..
Mami akan parking kat bawah pokok celah semak samun ni..

Lepas tu aku bagitau dia..

PASAL KALEP NANGIS JE..
MAMI BUAT KEPUTUSAN TUNGGU KALEP DALAM KERETA..
SAMPAI KALEP BALIK SEKOLAH...
SINI REDUP.. SEBAB ADA POKOK..

Baru laa cerah sket muka dia..
Takde dah drama menggegar gate sekolah..


Jadinya hari-hari berikutnya gitu laa..

Bentikan kete bawah pokok..
Hantar dia g sekolah jalan kaki..
Kata kat dia mami tunggu dalam kereta..

Dia hilang je masuk kelas..
Terus aku melingkup pi keje cepat-cepat..

Tepat jam 1.00 tgh hari..
Aku park balik kereta di tempat yang sama..

Maka..
Dengan fikiran budak 3-4 tahun dia tu..
Dia sangat percaya yang mami nyer..
Tunggu dia dalam kereta bawah pokok..
Dan tidak lansung meninggalkan dia kat sekolah..

Lama kelamaan...
Dia dah tak kisah mami kat mana pun..
Sebab dia dah mula seronok sekolah..

Itu laa tip nyer ;)
.
.
.

Sunday, January 4, 2015

Aku dah jumpa azam.....




Malam semalam..
Depa berdua beregu..
Menyepah rumah..
Dengan lego.. duplo... mainan masak-masak..
Mainan patung2.. buku..

Sebelum tido aku suruh kemas..
Sambil tu aku ugut..

SIAPA TAK KEMAS..
JAP LAGI MAMI AMBIK PENYAPU DAN SAPU KELUAR RUMAH..

Hasya jawab... BAIKLAH MAMI BOLEH SAPU

Kalep jawab... SAPULAH.. MAINAN NI SEMUA DAH BOSAN

Menyirap aku!!

Terus aku dapat azam untuk tahun ni..

KAMU BERDUA TIDAK AKAN DAPAT MAINAN LAGI UNTUK TAHUN 2015 KECUALI MASA HARIJADI

Siap pesan dengan MIJ..

Kalau tetiba pergi pasar ke.. pi supermarket ke..
Aku nak belikan je mainan..
Sila laa cubit mami kuat-kuat..
.
.
.