Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, January 21, 2016

Mukolip dan telur masak kicap


Kalep ni sekolah memang hari-hari bawa bekal..
Dalam seminggu tu mgkn la ada sehari yg tak bawa..
Selalunya dia yang request..
Nanti dia beritahu.. esok kalep nak makan makanan kantin..

Seperti ibu-ibu lain..
Buntu gak kadang2 apa nak dibekalkan ke dia..
Menu utama mesti nasi..
Lauk kena tukar2..

Baru2 ni dia pandai dah makan telur..
Tapi mesti telur masak kicap..
Kemain lagi dia memuji mami nyer masak sedap..

Maka mami pun...

"Kalep, apa kata hari2 bawa lauk telur kicap?"

"Isk, tak nak laa mami.. mana boleh hari-hari" jawab mukolip

"Kalau Kalep nak tahu... Mami dengan Ibu (adik aku) dulu 4 tahun sekolah hari-hari bawak lauk telur goreng kicap sebiji POTONG DUA"... kisah benar ni :))

Dengan harapan dia akan bersyukur
Dan setuju bawa nasi + bersama sebiji telur kicap hari-hari..

Jawapan dia...
.
.
.
.
.
.
.
"PATUTLAH NENEK TU KAYA!!!!!!"

Adoiiiiii!!!!

Tersedak nenek ko Kalep oiii!!!!

Aku ngn Papa dia dengar jawapan bernas dia tu..
Sakit perut gelak..

Mukolippppp!!

No comments: