Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, December 17, 2012

Delightful Girl Chun Yang

Drama lama yang direquest oleh geng2 LWC..
Asalnya aku ada bentuk VCD jer drama ni..
Kalau nak convert ke dvd mmg tak boleh..
Sebab dual sound..

Nasib baik..

Baru2 ni dapat memuat-turun drama ni :)


Ramai dah tengok kot drama ni..
Drama ni dulu sama popular dengan My Girl dan My Lovely Kim Sam Soon..
Hero2 nya bukan favorite Kak Zel..
Tapi, aku sangat minat dengan heroinnya..
Lawa dan cantik sangat-sangat...


Ni la Chun Yang..
Seorang pelajar terpintar kat sekolah..
Tapi hidup dalam kemiskinan..
Dia terpaksa buat pelbagai keje sambilan..
Untuk tanggung perbelanjaan seharian..

Seorang yang berwatakan ceria, baik hati dan sentiasa sweet..
Tapi, kalau tengah marah..
Hilang semua..



NI hero..
Dia ni baru je masuk sekolah sama dengan Chun Yang..
Asalnya dia dari Korea..
Bila ayah dia bertukar daerah, dia pun ikut bertukar..

Seorang pelajar yang bermasalah..
Sangat nakal.. tak pandai pulak tu..
Masa kat sekolah lama, cam2 hal dia buat..


 

 Benda kesukaan dia..
Adalah buli Chun Yang..

Sampai laa satu hari ni..
Hero tersalah minum arak yang disangka juice..
Bila dah mabuk.. dia tertidur sekatil dengan Chun Yang..
Chun Yang lak masa tu tengah demam..

Walaupun takde apa yang berlaku..
Tapi ada rakan sekolah depa yang sebarkan perkara  ni di sekolah..
Ayah hero.. mengamuk sakan laa..

Last2 keluarga depa ambik keputusan..
Supaya mereka berdua berkahwin untuk menutup malu..

Maka, bermula laa kisah depa sebagai suami isteri di sekolah tinggi..


Tak lama lepas kahwin tu..
2nd heroin muncul..
Dulu hero suka kat 2nd heron tapi kena reject..
Bila tau hero dah kahwin..
Tetiba dia muncul balik nak kat hero..

Chun Yang ni tolong la hero ni belajar supaya dia dapat masuk U..
U yang sama dengan 2nd heroin..
Sebab dia igt hero nak balik semula dengan 2nd heroin..

Akhirnya dia dan hero, sama-sama lulus dan dapat masuk U yang sama..
Namun, masa nak pergi tu..
Dia rahsiakan yang dia takde duit nak bayar yuran masuk U tu..
Dia cakap je dia masuk.. tapi sebenarnya tak masuk pun..


2nd hero pulak adalah jahat..
Tapi dia kaya raya.. berkerjaya hebat.. minat kat Chun Yang..
Dia rasa dia boleh dapatkan semua perempuan dengan apa yg dia ada..
Namun, bila Chun Yang reject dia..
Dia mula guna cara jahat untuk dapatkan Chun Yang..

Dia perangkap hero dengan satu jenayah..
Kemudian dia ugut Chun Yang untuk tinggalkan hero dan pergi kepangkuan dia
Chun Yang takde pilihan, lalu minta cerai dengan hero..

Maka, depa pun bercerai..

Tapi, masa nak pergi berhijrah ke Jepun dengan 2nd hero..
Chun Yang lari dan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan..


Selepas beberapa tahun berlalu..
Hero pun dah jadi Peguambela..
Chun Yang pun dah ada kilang aksesori sendiri di Busan..

Satu hari mereka terserempak di perkahwinan
Chun Yang menyelinap masuk je ke majlis tu untuk bagi hadiah..
Ntah camne, dia nampak 2nd hero yang dah balik dari Jepun..
Masa kelam kabut nak keluar..
Dia terlanggar kereta hero..

Lepas tu.. terjadi la pergaduhan..
Tapi Chun Yang tak keluar..
Assistant dia je tolong settlekan..

Assistant dia pulak kena culik lepas tu..
Kat Korea sana..
Masa menyelamatkan assistant Chun Yang ni..
Polis terjumpa gambar lama hero dengan Chun Yang masa zaman sekolah..
Lalu depa bagi kat hero..

Dapat laa hero jumpa balik Chun Yang..


Tapi Chun Yang tak happy pun bila jumpa hero..
Dia risau 2nd hero akan rosakkan kerjaya hero..

Namun akhirnya 2nd hero sedar..
Tak semua benda dalam dunia ni dia boleh dapat..


Maka, drama ni pun berakhir laa..

They married again and live happily ever after :)
.
.
.

4 comments:

:: YATIE ::KHAYRA SHOPPE said...

suka jugak heroin die tu..sekarang lagi bertambah2 cantik, one of the most prettiest actress kat korea kan =) tapi mcm takde citer baru yg die berlakon, masa dia berlakon BOF, cantik sgt2=)

Min Aina Ila Aina said...

Heroin dah berumur kot tu sebab dah jarang berlakon. Apapun yang saya masih ingat dalam drama ni baaaaanyak sangat adegan lari.hehe

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

dia slow bila kahwin

:: YATIE ::KHAYRA SHOPPE said...

die kawin ngan orang kaya kan =) tapi suka sangat tgk muka die,org korea panggil die korea barbie doll=)kt sana actress yg cantik2 giler almost sumenye above 30 years..=D