Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, August 27, 2013

Rentetan GAJI BIBIK 700 SEBULAN...



Jangan nak spekulasi rumahtangga aku dilanda gelora pulak..
Aku dengan MIJ baik2 saja..
Sepoi-sepoi bahasa 2-3 minggu sekali tu biasa laa kan..

Semalam.. MR buh status


Ayat RM700 tu aku selalu guna :)

Tapi bukanlah hari-hari..
Pompuan a.k.a isteri ni..
Kadang2 datang gak angin kus semangat dia..

Hari-hari buat benda yang sama..
Hari-hari itu jugak..
Hari-hari camtu gak..
Hari-hari tak berubah-ubah jugak..

So, kekadang kelaziman boleh bertukar kepada kekejaman!!


Kebetulan semalam.. MIJ balik keje kul 9.00 malam..
Dia masuk-masuk rumah..
Terus dia bersuara..

"APA BERSEPAH SANGAT NI MAMI?"

Tanpa tanda !!!!..
Membawa maksud nada dia biasa-biasa saja..

Aku sebenarnya tengah lipat kain..
Sambil tu tengok drama korea I Hear Your Voice..
Baru siap sebakul.. mata dah terpempan pada TV..
So, mmg agak berserabut laa pasal lagi 4 bakul dah tuang atas lantai..
Tapi tak berlipat-lipat..

Maka..

"MAMI NI.. DARI PINTU DAPUR.. SAMPAI PINTU GATE... SEMUA MAMI SORANG YANG BUAT..." nada biasa jugak...

"PENAT BALIK KEJE HARI NI TAK HABIS LAGI.. SAMBUNG PULAK KEJE RUMAH.."

"BIBIK PUN GAJI RM700 TAU SEBULAN!!!"... tu dia.. ayat keramat dah kuar

MIJ senyum je..
Suami-suami seluruh dunia..
Contohi perangai baik suami akak ni..

Bila isteri dia naik angin..
Dan sedar diri sendiri tak banyak menolong keje rumah..
Sila ambil pendekatan senyum dan diam..
Kalau diajak berlawan..
Mahkluk yang baik akan bertukar menjadi makhluk kerasukkan..


Ada sambungan lagi..

"HARI NI RAMAI KAWAN-KAWAN MAMI MELEPASKAN SUNGUT KAT FB"

MIJ pun balas.. Mami pun sama la kan..

"SAMA LA.. SEMUA ORANG PUN KEPENATAN.."

MIJ pun menambah lagi... Isteri dengan bibik mana sama...

"MEMANG LA TAK SAMA.. TAPI 90% SUAMI SELURUH MALAYSIA NI.. SEMUA PERANGAI CAMNI.. KALAU DAH NAMA ISTERI.. SEMUA KERJA RUMAH ISTERI BUAT DARI A SAMPAI Z.. KALAU SURIRUMAH PUN MERUNGUT.. INIKAN PULA YANG KERJA.. BALIK UMAH JADI SURIRUMAH PULAK... PASTU DENGAN ISTERI KEMAIN BERKIRA"

MIJ mencelah lagi.. Tadi mami transfer duit Papa RM110 tak cakap pun..

Ye jugakkan..
Aku ambik duit dia tadi sebab nak bayar bil Streamyx..
Kan tak bergaji lagi bulan ni..
Streamyx kalu kena potong..
Gelap laa bahan bakar aku..

Terus buat aku ayat lain pulak..

"ITU LER TUAH MAMI.. NASIB BAIK PAPA NI JENIS TAK BERKIRA DENGAN MAMI.."

Lagi laa MIJ tambah senyum..
Dekat dah laa kot aku selangkah ke syurga..


Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
 
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri.
.
.
.
.

4 comments:

Adelina said...

Kita buat kerja rumah 24/7 ni...kalau boleh janganlah harapkan laki. Kalau dia nak tolong, ALhamdulillah. Kalau tak, biarlah. Nanti kita yg sakit hati...pikir balik, kalaulah dapat laki jenis suka tolong masak...kemas...mesti rimas plak kan? Apa2 pun buat kerna Allah...gaji 700 tu apalah sangat kalau banding pahla segunung atau ++. Be happy always na.

I want to lose weight said...

aku ok je..
tapi pantang aku..

JANGAN TEGUR :))

tak nak tolong takpe..

me suya said...

tersenyum lebar baca entry ni kak :)

Min Aina Ila Aina said...

Kira ok la kan...boleh luah apa yang dirasa. Suami saya banyak menolong, sebab saya pun banyak menolong dia.hehe