Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, July 31, 2014

Hotel King

Hotel King...
Setakat July 2014 ni...
Drama ni the best..
Rugi sapa tak tengok drama ni..

Tak payah tunggu kat 393.. 391...
Kat Korea drama ni main kat MBC..
So, untuk main kat TV M'sia..
Kena tgu 8TV atau TV2 beli drama ni..


Genre drama ni bercampur gaul..
Ada comedy.. ada serius.. ada misteri.. ada thriller..
Serba lengkap..

Paling best...
Lee Dong Wook dan Lee Dae Hae bergandingan semula..
Selepas 9 tahun lepas mereka berganding dalam My Girl..
Dalam drama ni.. LDW jauh lebih hensem dr dulu..
LDH pun kemain lawa lagi...

Environment drama ni berkisar tentang hotel dan hotelier..
CIEL Hotel..
Hotel 7 bintang pertama di Korea..
Hotel ini dimiliki oleh Chairman Ah..
Iaitu ayah kepada heroin..


Dalam episod 1... bermula dengan kisah hitam hero..
Masa dia kanak-kanak..
Dia telah dihantar ke US untuk dijadikan anak angkat..
Dia percaya yang dia telah dibuang oleh ayah kandungnya..
Bila kat US... dia bukan dijadikan anak angkat..
Tapi dijadikan peminta sedekah..
Kat situ dia berkawan baik dengan seorang lagi budak Korea..

Sampai laa satu hari..
Masa depa berdua kena belasah..
Dia dapat pistol..
Dan tembak ketua gangster kat situ..
Sebelum dia ditangkap..
Seorang lelaki tua dari Korea telah datang menyelamatkan dia..
Dan lelaki tua tu beritahu hero..
Siapa ayah kandung dia sebenarnya..

Ayah kandung dia sebenarnya adalah Chairman Ah..
Pemilik Hotel Ciel..

Dari situlah.. dia hidup dengan dendam..
Nak memusnahkan chairman Ah dan mengambil alih Hotel Ciel..
Yang dia percaya sepatutnya jadi milik dia..


Setelah dewasa..
Dia berjaya menjawat jawatan GM di Hotel Ciel..
Chairman Ah masih tak tahu lagi dia ni sapa..
Hero pulak bekerja dibawah telunjuk Vice President Hotel Ciel..
Lelaki yang satu masa dulu menyelamatkan dia..
VP Hotel Ciel ni sebenarnya yang bercita-cita nak rampas Hotel Ciel ni..
Dan dia mempergunakan hero untuk mencapai cita-cita jahat dia..

Sampai laa tetiba Chairman Ah mati..
Dia dipercayai mati kerana bunuh diri..


Disaat hero dan VP hotel tersebut hampir dapat merampas hotel tersebut..
Muncul anak chairman Ah yang selama ni tinggal di US..
Ah Mo Ne...

Dia muncul dengan lagak selamba..
Seolah-olah takde apa jadi..
Tapi dalam hati.. dia lansung tak percaya ayah dia bunuh diri..
Dia percaya ayah dia mati dibunuh..

Oleh sebab dia muncul..
Nak tak nak..
Dia dilantik menjadi Chairman yang baru..

Ah Mo Ne ni pulak..
Sebenarnya dia takde hati lansung nak jadi chairman..
Dia cuma nak tahu siapa dan kenapa ayah dia mati..
Oleh sebab itu.. dia menjalankan tugas secara sambil lewa..
Menimbulkan banyak masalah di hotel..
Dia paling benci dengan hero.. general manager hotel tersebut..
Dia dapat rasakan yang hero..
Ada kaitan dengan kematian ayah dia..

Hero pulak bengang dengan kemunculan heroin..
Selain banyak menimbulkan masalah..
Heroin akan menghalang niat jahat dia..
Untuk mengambil alih Hotel Ciel..
Yang dia rasakan sepatutnya jadi milik dia..



Ni 2nd hero..
Dia pekerja kat Hotel Ciel..
Dia ni pun tak percaya yang Chairman Ah bunuh diri..
Oleh itu.. dia bertekad untuk bantu Ah Mo Ne..
Dapatkan kedudukan dia sebagai Chairman hotel yang baru..
Dia ni selalu tak sependapat dengan hero..
Tapi hero mengamanahkan dia untuk jaga heroin..
Nak-nak bila ada orang-orang tertentu yang cuba untuk bunuh Ah Mo Ne..

Hero tahu itu kerja Vice Chairman hotel yang jahat tu..
Tapi dia tak boleh lari dari orang tua jahat tersebut..


Ah Mo Ne ni..
Mula-mula memang dia benci sangat dengan hero..
Hero pulak.. dia rasa Ah Mo Ne tu adik dia..

Sampai laa satu hari..
Ada rahsia baru terbongkar..

Rupanya Ah Mo Ne bukan adik dia..
Dan dia bukan anak Chairman Ah..
Sejak tu... dia cam jatuh suka pada Ah Mo Ne..
Tapi atas sebab2 tertentu..
Dia tak boleh jatuh cinta pada Ah Mo Ne..

Ah Mo Ne pun gitu gak..
Benci punya benci..
Lama-lama suka pulak..


 LAP SKET AYAQ LIOQ TU :))

Dalam drama ni..
Body LDW memang terhebat ye..
Sapa ikut variety show Roommate..
Tau laa betapa susahnya LDW nak menten badan gini..
Sepanjang drama Hotel King ni..
Dia tak ambik karbohidrat..
Dan banyak bersenam..


Tengah-tengah drama ni..
Depa bercinta juga sudahnya..
Tapi dugaan dan halangan memang lepas satu... satu muncul..

Bape kali clash..
Bape kali sambung balik..
Clash balik..
Sampai dah bertunang setahun pun..
Last minute putus pulak.. ni masa episod 31-32..

Drama ni.. 32 episod tau..
Tapi dari episod 1... smpi ke episod 32..
Stress manjang!!!!

Paling stress.. bila masuk 10 episod terakhir..
Dah takde preview untuk next week punya episod..
Dan tak boleh teka lansung apa yang akan jadi next episode..
So, untung laa korang yang boleh tengok 32 episod sekali harung..
Aku yang tengok minggu ke minggu ni..
Memang sakit jiwa nak menunggu minggu depannya..

Walau apa pun..
Jalan cerita drama ni mmg terbaik..
Takde bosan.. takde meleret-leret wpun 32 episod..
Ngam2 cantik habisnya..

So, meh order..
32 episod = 8 kpg dvd
Sub = simple english




Thursday, July 24, 2014

SAKAN SANGAT RAYA KAK ZEL


Jangan laa kutuk-kutuk aku.. tak baik tau..
Maklum laaa..
Negara kita pun tengah dilanda musibah..
Saudara-saudara kita kat Palestin pun tengah berperang sakan..

Tiba2...

Akak korang ni menyambut raya secara besar-besaran..


Baju raya...
Tahun ni.. baju tempah ada 3...
Baju ready made ada 1..

Baju dalam gambar tu..
Kainnya mmg nala punya mahal..
Tapi ni bukan aku sorang je ada..
Seluruh family belah mentua aku ada baju dari kain yg sama..
Sedondon.. pasrah!! :)

Kain-kain lain.. aku beli kat Vietnam tahun sudah..
Baru tahun ni nak jadi baju raya..


Ashley Dotted Op Art North/South Satchel..
Ini pulak.. sebenarnya item pre-order..
Bila pre-order... lebih kurang maksudnya bayar 2 kali..
Masa booking bayar separuh..
Barang sampai M'sia... bayar lagi separuh..

Aku order ni.. dalam awal bulan Jun kot..
Masa tu kapal terbang tak jatuh lagi..
Palestin belum berperang lagi..

Bila item dah nak sampai M'sia..
Maka aku pun bayar separuh lagi..
Ngam2 masa tu dapat bonus RM500..
Aku guna laa RM300 dari bonus tersebut..

Ikutkan MIJ nak bayar separuh..
Tapi dia dah lupa kot..
Takpe laa... abaikan..
Banyak segi lagi aku dok perabih duit dia :))


Lenovo S650..
Pembelian handphone ini agak spontan jugak..
Tetiba lalu kedai handphone..
Saja-saja tanya..
Tetiba lekat terus...

Antara sebab aku pilih hp ni..

1- Lebih besar dr Samsung Y... lebih kecil dari IdeaTab A3000. Aku mmg pakai 2 ni selama ni.. so, terasa nak cari 1 hp yang sesuai untuk sembang2.. sesuai utk taip2... sesuai untuk main games.. sesuai utk online FB.. Sesuai nak up status time drive..

2- Dual sim card.. sebelum ni.. utk cakap aku pakai Samsung Y.. untuk online aku pakai IdeaTab..

3- Samsung Y dan IdeaTab... 2-2 ni camera kaput.. takde flash.. S650 ni camera 8MP.. ada flash.. mmg puas hati

Aku gunakan baki bonus + keuntungan bahan bakar..
Selalunya untung bahan bakar ni..
Aku guna untuk pergi holiday..
Takpe la..
Sempat lagi nak kumpul sementara nak pi Saigon hujung bulan 10 ni..


Cosmetics set.. Fredirico Mahora...

Sebenarnya aku lansung tak minat make up..
Lansung tak kisah bab2 muka ni..

Sampai laa ada satu teguran ni..
Betapa selebet dan sememehnya muka aku ni..
Tak padan dengan handbag..

Amboi!!!!

:))

Tetiba rasa teringin pulak..

Bila pergi kelas make up..
Jurulatihnya ajar cara make up yang simple..
Kira aku yang bangang ni..
Confirm boleh buat sndr kat rumah..

Aku try silicon.. foundation.. compact powder.. FM

Mmg hasilnya meletup..
Muka aku jadi sama cam masa aku jadi pengantin dulu..

Itu yang aku tak fikir panjang..
Masuk ahli.. terus order 1 set..
Guna duit gaji Jun..
Habis laa dalam RM320.00..
Tapi aku tau aku akan puas hati dengan cosmetics FM ni..


Banyak nyer spekulasi pasal kereta baru Kak Zel.. :)

Sebenarnya ia hanyalah SAGA SV...
Produk termurah dari Proton..
Bagi menggantikan Tora Terbang yang dah dijual..

Ikut hati mmg tak mahu ada terikat dengan hutang..
Maklum laa.. keje kontrak je pun..
Tapi disebabkan kesihatan Tora Terbang asyik terganggu..
Maka, keputusan drastik terpaksa diambil..

Kereta ni semua bahagi 2..
Dari duit muka.. sampai installment bulanan..
Semua akan dibayar secara bersama kami suami isteri..


Camtu laa gayanya..
Takde laa sakan sangat..

Semua perkara berlaku disekeliling..
Di serata dunia..
Semuanya Kak Zel ambik hal..
Aku ni kan hati cengeng..
Bape aku sumbangkan.. Sedih hati aku.. Doa aku..
Itu biarlah antara aku dengan Allah..

Akhir kata...

Selamat Hari Raya buat semua pembaca LWC..
Kawan-kawan di FB..

Maaf Zahir Batin..

:)
.
.
.

Monday, July 21, 2014

Resepi Ketam Berlada Telur


Hari tu ada yang minta resepi..
Tapi lupa pulak..
Hari ni dah siap masak baru teringat..
Kalau tak dapat buat step by step :)

Resepi asasnya sama cam goreng berlada..

Mesin cili api + cili merah (kisar kasar)
Alih ke lesung..
Campur bawang hiris + garam + serbuk kunyit..
Tumbuk manja..

Panaskan minyak.. masukkan semua bahan tadi..
Tunggu smpi garing.. Masukkan ketam..
Agak-agak ketam separa masak..
Tuang masuk 2 biji telur..

Lepas tuang tu jangan kacau..
Biarkan je smpi telur keras..
Pastu baru kacau2..

Kalau korang pandai ambik telur ketam..
Boleh laa campur sekali..
10 kali lebih sedap tau!!


Ni boleh dilanjutkan dari bahan tumbuk tadi..

Tumis bawang putih hiris + bawang merah hiris
Masukkan cili tumbuk tadi..
Masukkan udang kering..
Goreng garing2..
Pastu masukkan kangkung..

Tunggu kangkung layu..

SIAP

:)
.
.
.

Saturday, July 19, 2014

Raya dan Jalan Tuanku Abdul Rahman



Ikutkan Hajah Norlia..
Dia nak bertolak lepas Subuh..
Katanya.. dekat2 nak raya ni..
Semua buka 24 jam..

Tapi.. lambat jugak..
7.30 pagi baru aku smpi rumah dia..
Lebih kurang pukul 9.00 pagi baru sampai KL..

Time ni SOGO tutup lagi..
Tapi parking dah buka..
Bayangkan 9 pagi..
B1 dah penuh... B2 dan separa penuh..

Oleh kerana SOGO masih tutup..
Beramai2 laaa keluar parking ikut entrance..
Dah cam marathon tau..
Punya ramai..


Destinasi pertama Kedai CK Rahim..
Beli brooch raya..
Aku  ni sebenarnya motif utama nak teman adik aku je..
Pasalnya aku belum gaji..
Bonus dah habis bayar handbag Jurulatih..

Nasib baik.. MIJ kasi RM200 buat belanja..
Merasa gak laaa aku shop2 sket-sket :)



Pastu lintas jalan... pi Arked yg banyak jual kain ela, telekung ngn tudung tu..
Kat sini tersangkut aku 4 helai tudung sarung + 5 helai shawl chiffon..
Nama pun baru pergi kursus kan..
Tentu laa tengah bersemangat.. :))

Apsal bangla tu camtu?

Arked dalam tu mmg semua bangla je yang jaga..


Adik aku beli banyak..
Dah cam orang nak berjual laa pulak..
24 helai hokay..
Last time kitaorang pergi 10 helai..
Dahsyat kan..

Apa nak kisah..
Orang hidup sorang..
Duit banyak lak tu..

Takde laa dia teringat nak belanja akak2 dia ni :(



Lepas tu pi MUAZ Textile..
Bukan cari tudung aku..


Makcik kecit ni nak SODONG..
Dah bape kali di minta nak tudung..
Kali ni baru dapat yang sesuai dengan dia..
Suka laa sangat tu...



Gambar-gambar atas bukan aku snap..
Tak berani aku nak asyik kuar HP..
Dah laa HP baru lak tu :))

Semua aku google je..
Kecuali gambar anak aku tu :)

Tak jalan pun kat Bazaar ni..
Penat woi!!!!
Dah laa hari ni panas satu macam....

Lepas tu singgah Tesco Rawang jap..
Terus balik rumah..
Awal smpi..
Pukul 3.00 ptg..

Selalu.. dekat nak azan buka puasa baru sampai..
Nasib laa... orang takde duit :)

Apa pun.. hampir semua persiapan raya dah siap..
Tinggal kasut kalep & kasut aku je lagi..
Tahun ni.. rasa cam berbelanja biasa-biasa je..
Tapi.. bila kira-kira balik..

Tak yah citer la..

Kang MIJ baca ni.. terus ajak aku BINCANG!!

:)
.
.
.

Thursday, July 17, 2014

Tragic Year For Malaysia - MH17



Mula-mula aku terbaca tajuk ni kat FB..
Aku igtkan MH370 tu dah jumpa..
Tapi kena tembak.. bukan hilang kat laut..

Namun, pastu..
Baru tahu kapal terbang lain yang kena tembak..
Berderau darah aku!!

Makin lama... makin confirm..
Mata yang mula2 dah layu..
Segar balik..



Terus buka Astro Awani...
Confirm..
Memang flight MAS..
Sekali lagi ditimpa musibah..

Dalam fikiran aku ni..
Banyak-banyak flight lalu situ..
Apsal flight MAS juga yang ditembaknya?



Ini gambar dan video awal yang ada di FB..
TV pun ulang2 video yang sama..

Masa ni kalau tengok media antarabangsa..
Dah mula drama tuduh menuduh..
Negara ni tuduh orang tu..
Negara tu tuduh negara tu..
Pihak ni nafi.. pihak ni tak mengaku...

Sekali lagi aku fikir..
Kenapa tembak flight MAS?


Kemudian keluar gambar-gambar yang lebih mengerikan..
Tak sanggup nak letak kat blog ni..
Sedihnya..
Sekali lagi rakyat Malaysia diuji dengan musibah besar..
Dah laa yang satu lagi tu hilang bagaikan buih sabun di udara..
Satu lagi pulak hancur bersama semua penumpang..

Kenapa tembak pesawat Malaysia?


Apakah ada konspirasi disebaliknya?

Mulai siang ni...
Akan ada seribu satu spekulasi..
Maklumat-maklumat tidak sahih..

Harap semua orang baca betul-betul sebelum share..
Fikir sikit perasaan ahli keluarga crew dan penumpang..

Salurkan maklumat yang tepat sahaja..


Pengesahan sidang media..
Pesawat ni terhempas di timur wilayah Ukraine..
Dikatakan.. kawasan ni mmg tengah berperang atr askar Rusia dan pejuang pemisah Ukraine..

Ironi nyer..
Masa MH370 hilang...
Konflik Ukraine - Rusia ni juga disebut-sebut..
Akhirnya...
Betul-betul flight MAS terlibat dalam konflik ini..


Seramai 295 penumpang dan anak kapal telah mati..
Paling ramai.. warganegara Belanda..
Crew seramai 15 orang.. kesemuanya warga Malaysia..
Penumpang Malaysia yang dapat dikenalpasti setakat ini..
20 orang termasuk 2 bayi..

Semoga ahli keluarga tabah menerima berita sedih ini..
Nak-nak pula di ambang nak sambut Aidilfitri..
Kalau aku yang hanya rakyat M'sia..
Tiada kawan.. tiada saudara mara.. dalam MH17..
Sudah mula hilang mood untuk raya..
Inikan pula keluarga dan sanak saudara mangsa..


Tiba-tiba..
Aku teringat apa yang boss aku cakap last week..

Dia beritahu aku..
Sejak MH370 hilang..
M'sia ni serba tak kena..
Ada je musibah kecil.. musibah besar..
Melanda negara..
Itulah tanda-tanda bahawa
Rakyat dan Malaysia sedang diberi peringatan oleh Allah SWT..

.
.
.

Wednesday, July 16, 2014

Devious Maids Season 2



Akhirnya... Season 2!!!

Wpun cogankatanya..
Deliciously Dirty.. :)
Season ini... jauh lebih bersih dari season lepas..
So, ia adalah selamat utk dipasang di ruang tamu..


Dalam season ni..
Hanya Zoila yang masih keje dengan Geneveive..
Valentina kerja dengan keluarga Powell..
Carmen pulak.. lepas kematian Alejandro..
Dia kerja dengan Spence.. boyfriend Rosie..
Rosie kerja dengan satu keluarga baru..
Manakala Marisol berkahwin dengan salah seorang jutawan di kejiranan yang sama..
Maid dia nama Opal.. 


Masih mengekalkan genre mysterious crime..
Kejiranan Beverly Hills tidak lagi selamat...
Apabila ada sekumpulan perompak yang bertindak ala2 Robin Hood..
Merompak harta duit orang kaya..
Kemudian disedekahkan kepada pengemis..

Selain dari masalah rompakkan..
Marisol cuba menyiasat hal kematian isteri kekasih dia..
Dan hasil siasatan dia..
Pelbagai konflik dapat diselesaikan..


Carmen Luna masih belum jadi penyanyi..
Zoila berpisah dengan suaminya Pablo..
Dan bertemu dengan kekasih baru yang hebat..
Genevieve disahkan sakit buah pinggang..
Valentina bercinta dengan pencuci kolam..
Remi kembali dari Africa dan cuba menagih kembali cinta Valentina..


Drama ni confirm ada season 3..
Akhir drama semua tergantung..
Kecuali hal2 berkaitan jenayah..

Apa pun season ni best..
Penat tau aku menunggu setiap minggu..
Dekat Astro pun dah tayang Season 2..
Tapi lambat lagi habis..

So, pada yang tak sabar..
Apa lagi..
Meh la order ;)
.
.
.

Sunday, July 13, 2014

Apak dan Anak



Malas aku nak masuk campur..
Dari semlm lagi aku suh wat keje sekolah..
Dia wat dek..
Sampai laa ke malam ni..
Esok nak sekolah..
Baru terhegeh2 nak buat..
Ada keje melukis lak tu..
Lagi laaa aku malas nak tolong..

Maka..

Sila laa apak nyer pulak berfungsi...


Anak nyer...

Ko sorong la kete mainan tu smpi esok sahur..

FEELING - ANGRY!!!
.
.
.

Thursday, July 10, 2014

Kaira dan keluar hospital..


Akhirnya..
Hari kelima baru dapat discharged HKL..

Aku pun belum jumpa dia lagi..
Hari ni tetiba ada meeting mengejut..
So, tak sempat nak singgah umah mak aku..
Lalu je tadi..

Semlm pergi lawat dia..
Tak dapat naik wad..
Pasalnya bawak Kalep, Sara dengan Airis..
Terpaksa laa Kaira yg turun ke bawah..

Nasib baik laa HKL ni..
Pesakit senang pulak turun ke bawah..
Kalau kat Slim.. nak pi kedai kat bawah wad tu pun tak boleh..

Nilah gerombolan semalam..
Balik tu.. tak sempat pun buka kat rumah..
Masa berbuka baru smpi Batang Kali..
Nasib baik aku beli burger utk Kalep..
Itu jelah dia makan..
Sampai rumah.. tak nak pulak dia makan nasi..

Yang kesiannya..
Pagi ni terbabas pulak sahur..
Dah laaa malam tadi.. sebelum dia tido..
Aku bantai mengamuk kat dia..
Pasal baju sekolah tertinggal tu..

Bila dia bangun 6.30 pagi..
Dia terus tanya..

TAK SAHUR KE MAMI?

Huhuhuhu... bersalah laa pulak..
Sebelum tido dia ada minta megi..
Tapi aku tak masakkan..
Pasal bulan puasa.. takmo laa dia makan benda2 camtu..
Last2 lansung tak makan apa..

Tapi dia berjaya juga habiskan puasa..
Dengan penuh jerihnya..
Sekolah agama pun tak larat pergi..
Ni sepupu dia cakap.. kul 8 malam dia dah tido..

Huhuhu.. bersalahnya mami!!

Tapi semalam dalam kereta nenek dia ada tanya..

"NANTI MAMI TUA MACAM ONYANG.. KALEP NAK JAGA TAK MAMI?"
(rentetan kes wall post nak masuk rumah orang tua)

Jawapan dia..

NANTI LA KALEP FIKIRKAN..
NAK BELA MAMI ATAU NAK BUANG TERUS

Huwwwwaaaaaaa!!!!!
.
.
.

Monday, July 7, 2014

Kaira buang tonsil...



Si kenit kuat makan ni..
Suka panggil aku MIMI MOK... (mami gemok)
Sejak setahun kebelakangan ni..
Asyik demam-demam..
Dah tu selalu high fever lak tu..
Sekali kena lama.. dan berulang-ulang..

Pastu tengah-tengah tahun lepas..
Ada jangkitan pulak pada telinga..
Bila cek kat hospital..
Rupanya ada air bertakung di belakang gegendang telinga..

Cek punya cek punya cek...
Tahun ni.. tukar pulak dari Hospital Slim River..
Ke Hospital Kuala Lumpur..
Rujukan ke doktor pakar ent...

Ikutkan.. tarikh sebenar Kaira ni operate lama lagi..
Lepas raya..
Tapi dah rezeki mendatang..
Last week doktor called.. bgtau ada tempat kosong..

Asalnya.. dia akan operate buang tonsil, operate hidung dan telinga..
Tapi bila cek yg terakhir tu..
Doktor kata gegendang telinga dia dah pecah..
Jadi air tu akan kering dengan sndr..

Oleh sebab dia masih kecil..
Gegendang baru akan tumbuh..
Ikutkan bila gegendang ada masalah..
Pesakit akan mengalami sakit telinga yang teruk..
Telinga berdengung.. keluar cecair dari telinga..

Tapi.. Alhamdulillah Kaira tak alami semua ni..
Kuasa Allah swt ler tu..
Sama laa cam adik Firdaus yang boleh hidup 3 bulan tanpa makanan..

Semalam..
Dah selesai ler operate buang tonsil..

Penat juga wei pi HKL ni..
Dengan parking susah giler nak cari..
Berserabut...

Wad pulak.. cam wad filem Suster Ngesot tu..
Buruk.. kelam.. nasib baik tak seram :))

Ni kali pertama aku masuk wad dalam HKL..
Selalunya pi Hospital Slim.. Hospital Sg Buloh.. Hospital Selayang..
Semua hospital baru yang cantik-cantik..
Yang buruk.. Hospital KKB je..
Tapi takpe lagi.. sbb tu hospital kecik je..

Mungkin kerajaan kesayangan kita semua ni..
Perlu ambil perhatian tentang HKL...
Tak payah laaa sibuk sangat nak bina bangunan baru.. taman-taman...
Yang ntah hape-hape... tak berkepentingan pun..
Baik laaa renovate HKL yang merupakan HQ segala hospital kat M'sia ni...
Supaya jadi yang terbaik dan terselesa..
Sian tgk adik ngn anak buah aku..
Yang kepanasan dalam wad..
Angin kipas tak berasa..
Bilik wadnya besar.. tapi kipas sikit je..

Apa pun..
Semoga Kaira cepat sembuh..
.
.
.

Thursday, July 3, 2014

Birthday MIJ - Hadiah berganda....


Mula-mula..
Happy Birthday ke-38 untuk MIJ tersayang..
Tahun ni berlebihan pulak hadiahnya..

Asalnya aku dah tanya dari bulan 5 lagi..
Apa bie nak besday ni?
Dia kata ikut suka mami laa...

So, aku pilih nak beli 1 Million tu..
Maka.. bergigih laa main kutu perfume kat SINI 
Mgu lepas dapat dah la barangnya..

Tetiba..
Tengah menonton tv..

"Abang rasa cam nak kasut la.."

Bini dia senyum sumbing...

Tup-tup... rezeki bulan 7 ni agak murah..
Duit masuk bertimpa-timpa..
Banyak gaya orang marhaen la..
Jangan laa nak bayangkan aku dapat projek jutaan ringgit pulak..

Maka.. ok laaa jom beli kasut!!

Jadi dapat laa dua hadiah untuk tahun ini..

Apa pun..
Mami harap semoga Abang panjang umur..
Murah rezeki.. Jangan main kayu..
Jangan hisap rokok.. Jauhi dadah...
Jangan pukul bini..
Marah sekali sekali tu ok..
Terus menjadi papa dan suami yg baik untuk mami dan anak2..

Dapat dua ye....
Dua ye...
Dua..

-IKHLAS DARI-

bini abang yang comel dengan mode pasrah


p/s : kalau abang nak membalas baik hati mami... besday mami ada 7 bulan lagi.. boleh dah start menabung rm150 sebulan.. cam terbayang-bayang bayangan...


LOVE YOU BIE!!!!!


.
.
.