Mula-mula aku terbaca tajuk ni kat FB..
Aku igtkan MH370 tu dah jumpa..Tapi kena tembak.. bukan hilang kat laut..
Namun, pastu..
Baru tahu kapal terbang lain yang kena tembak..
Berderau darah aku!!
Makin lama... makin confirm..
Mata yang mula2 dah layu..
Segar balik..
Terus buka Astro Awani...
Confirm..Memang flight MAS..
Sekali lagi ditimpa musibah..
Dalam fikiran aku ni..
Banyak-banyak flight lalu situ..
Apsal flight MAS juga yang ditembaknya?
Ini gambar dan video awal yang ada di FB..
TV pun ulang2 video yang sama..Masa ni kalau tengok media antarabangsa..
Dah mula drama tuduh menuduh..
Negara ni tuduh orang tu..
Negara tu tuduh negara tu..
Pihak ni nafi.. pihak ni tak mengaku...
Sekali lagi aku fikir..
Kenapa tembak flight MAS?
Kemudian keluar gambar-gambar yang lebih mengerikan..
Tak sanggup nak letak kat blog ni..Sedihnya..
Sekali lagi rakyat Malaysia diuji dengan musibah besar..
Dah laa yang satu lagi tu hilang bagaikan buih sabun di udara..
Satu lagi pulak hancur bersama semua penumpang..
Kenapa tembak pesawat Malaysia?
Apakah ada konspirasi disebaliknya?
Mulai siang ni...
Akan ada seribu satu spekulasi..
Maklumat-maklumat tidak sahih..
Harap semua orang baca betul-betul sebelum share..
Fikir sikit perasaan ahli keluarga crew dan penumpang..
Salurkan maklumat yang tepat sahaja..
Pengesahan sidang media..
Pesawat ni terhempas di timur wilayah Ukraine..Dikatakan.. kawasan ni mmg tengah berperang atr askar Rusia dan pejuang pemisah Ukraine..
Ironi nyer..
Masa MH370 hilang...
Konflik Ukraine - Rusia ni juga disebut-sebut..
Akhirnya...
Betul-betul flight MAS terlibat dalam konflik ini..
Seramai 295 penumpang dan anak kapal telah mati..
Paling ramai.. warganegara Belanda..Crew seramai 15 orang.. kesemuanya warga Malaysia..
Penumpang Malaysia yang dapat dikenalpasti setakat ini..
20 orang termasuk 2 bayi..
Semoga ahli keluarga tabah menerima berita sedih ini..
Nak-nak pula di ambang nak sambut Aidilfitri..
Kalau aku yang hanya rakyat M'sia..
Tiada kawan.. tiada saudara mara.. dalam MH17..
Sudah mula hilang mood untuk raya..
Inikan pula keluarga dan sanak saudara mangsa..
Tiba-tiba..
Aku teringat apa yang boss aku cakap last week..Dia beritahu aku..
Sejak MH370 hilang..
M'sia ni serba tak kena..
Ada je musibah kecil.. musibah besar..
Melanda negara..
Itulah tanda-tanda bahawa
Rakyat dan Malaysia sedang diberi peringatan oleh Allah SWT..
.
.
.
1 comment:
Betul tu...malaysia sdg 'ditegur' olhNya...
Post a Comment