Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 10, 2016

Jiwa Kacau - KO DAH KENAPA JIRAN?!!!!!!

Dulu semalam memang moody betul aku..
Dah laa kepala aku migrain...
Balik keje pun lambat..
Dekat pukul 8.00 malam baru smpi rumah..

Sampai-sampai MIJ cakap...
Mami ada bau cam benda hangit tak?

Aku cuak dah...
Dah laa 2 minggu sudah ada tragedi hangit gak..
Habis telefon.. modem.. motherboard... network card..
Paling dahsyat external HD aku yang simpan drama korea 2016..
Turut musnah..

Cek semua plug okay je..
Takde yg berbau pun..

Sekali terpandang segunung kain yang MIJ angkat tadi..
Ni betul2 punya gunung...
2 mesin punya gunung..

Telinga aku dah panas..
Migrain tadi bertambah migrain..


Tepat seperti jangkaan aku..
Yang berbau hangit asap terbakar tu adalah gunungan kain tersebut..
Adoiiiii... Mencarut aku dibuatnya..

Tak lain tak bukan..
Mesti ada jiran2 aku yang pi bakar sampah depan rumah..
Tanpa mengisahkan kain baju jiran2 lain yang tengah bersidai..

Oink Oink Pink sangat tau!!!!

Nak je aku menjerit kat luar gate..

SETAN MANA YANG BAKAR SAMPAH NI?!!!!


Wahai jiran-jiran (aku tak tau yang mana satu sbb aku dok teres)

1- Yang ko sibuk bakar sampah tu kenapa?!! Kan kita dah bayar duit penyelenggaraan sampah. Biar depa yang uruskan.

2- Sebelum membakar boleh tak pastikan keadaan sekeliling dulu. Ini ASAP.. bukan AIR..
Pasal air aku belum pernah marah lagi walaupun habis lecah laman aku ko kejekan setiap hari ko menyiram pokok.. basuh lantai... etc

3- Kita ni duduk rumah teres.. berkongsi dinding.. pagar apa bagai..  Lain laaa kalau duduk rumah tanah Lot yg jarak jiran terdekat 50-60 meter.

4- Bau asap yang melekat di baju.. bukan boleh hilang begitu sahaja.. Kena mesin semula sebanyak 2 round. 1 round dengan sabun... 1 round dengan softener.. Banyak benda dah terbazir.. Sabun... Softener.. Tenaga elektrik.. Kebolehupayaan mesih basuh.. Paling penting TENAGA AKU!!!!

5- Otak tu Allah bagi, sila guna pakai!!

Kak Punjel merempan kat blog ni dia baca ke?

Kalau pun dia tak baca...
Aku harap korang2 yang baca ni ambil tauladan..
Ada jiran jugakan..
Kalau nak buat sesuatu sila fikirkan jiran anda juga..

Nak buat ikut kehendak hati..
Mohon beli lot banglo berkeluasan 100 meter persegi..
Pasang pagar batu konkrit ketinggian 5 meter..

Tak mampu?!!!
Mohon pindah ke dalam hutan simpan!!
.
.
.

1 comment:

emma shaz said...

hahaha.. nasihat yg lawak kak...