Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, August 31, 2016

Legoland Part 2 - Pengembaraan bermula....

Sebenarnya untuk cuti 31 Ogos ni..
Ada 2 perancangan sebagai hadiah harijadi Khaleef ke-10..

Kalau papa depa tak dapat cuti 29-30...
Maka kami plan nak check in hotel kat KL malam 30 ogos tu..
Dan bawa Khaleef ke perarakan Hari Kemerkaan..

Khaleef ni jiwa dia agak patriotik..
Dia suka Sejarah Malaysia & Sejarah Dunia..
Dulu2 dia nak jadi askar..
Tapi bila tengok dokumentari pasal komando direndam dalam kolam pakai spender..
Terus cancel :))

Sampai minggu terakhir tu..
Baru papa confirmkan cuti dia..
Barulah aku booking hotel..
Tapi tiket Legoland tak booking..
Sebabnya aku nak guna voucher TM Rewards..
Tak boleh beli online..

Start tu aku merancanglah camne nak suprisekan Khaleef..

Sepanjang perjalanan ke JB tu..
Dia memang percaya yang mami ada meeting..
Bila nampak papan iklan legoland...
Dia pandang je.. tapi tak bunyi apa..

Yang adik pulak sibuk tanya..
Duit kita dah cukup ke mami?!!

Aku memang ada buat Tabung Legoland...
Dalam tu semua duit hijau.. rm5
Start kumpul Januari 2016..
Smpi Ogos 2016, dalam tu ada 1.7k..

Tapi bila dah banyak sangat hijau...
Rasa sayang pulak nak tukar..


Pagi tu sebelum hantar mami pergi meeting..
Khaleef dok pujuk papa...
Bawa dia ke pintu masuk Legoland..
Dia nak tengok dari luar..

Sedih je bunyinya...

Sampai je kat parking Legoland...
Mata dia dah berkaca..
Airmata bertakung..
Mami tanya kenapa? Dah sampai Legoland ni..

Pastu dia marah mami tegur..
Dia kata jangan sebut dah perkataan Legoland..
Sebab hati dia rasa hancur..
Dah sampai tapi tak dapat masuk..

Hehehe.. geli hati kami laki bini..

Gambar dengan poster Ninjago tu..
Time ni dia belum tahu lagi...
Tu senyum pun nampak pura-pura..
Tapi adik dia dah tahu.. sebab mami nak dia jerit KEJUTAN!!!


Sampai kat kaunter tiket..
Memang takde orang lagi..
Walaupun dah pukul 10.00 pagi..

Aku cong dia cakap nak pergi tanya-tanya je harga tiket...

Sekali bila aku kuarkan voucher..
Muka dia dah berubah jadi happy..

Dia tanya mana mami dapat poster legoland?

Tak sempat aku nak terang..
Adik dia dah jerit "KEJUTAN!!!!!!!!"

Apa kejutan?!! Dia tak terkejut pun..

Sekali mami cakap..
Mami nak beli tiket Legoland..
Hari ni kita masuk Legoland..
Hadiah birthday Khaleef!!!

Apa lagi laaaa..
Dari tadi dia dok simpan air mata kuciwa...
Kuarlah air mata gumbira dia..

Bila mami tanya kenapa nangis?!!

Sebab Khaleef rasa indah sangat..

Ye... perkataan yang dia guna ialah INDAH :))



Akhirnya...
Dapat juga depa berdua ni ke Legoland..

Lama tau nak menunggukan Khayla Hasya meninggi..
Ikutkan target mami Hasya 110 cm baru pergi..
Tak sampai pun..
Hasya baru dalam 107 cm

Senyuman anak bujang mami dah manis...
Sian adik terkepit celah ketiak lego man..

Alhamdulillah Papa & Mami diberikan rezeki..
Nak bawa anak2 kami ke Legoland..
Dulu2 masa tengokkan harga tiket..
Memang rasa cam takkan pergi sampai bila-bila..

Mahal kot...
Kalau tanpa voucher @ promo..
Kami sekeluarga punya tiket = RM650.00

Banyak tu hoi untuk keluarga marhaen seperti kami ni..
Boleh bayar ansuran Axia 3 bulan..

Kalau korang plan nak menabung..
Jangan menabung cam aku..
Dah kumpul duit hijau banyak-banyak..
Pastu sayang nak tukar...

Ketepikan je duit RM50 @ RM100 setiap bulan...
Kalau target nak kumpul 6 bulan..
Kumpul laaa 2-3 keping sebulan duit ungu tu ;)
.
.
.

1 comment:

ibh_sue said...

Patut la haku tak dapat tengok update terkini. Tuko rumah dah rupanya. Hehehe