Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, September 1, 2016

Legoland Part 3 - Lego City


Lepas masuk entrance Legoland...
Boleh pilih nak ke kiri atau ke kanan...
Kanan lebih adventure..
Kiri start dengan theme ringan-ringan..

Oleh sebab ada Hasya..
Kami pilih ke kiri dulu...
Lego City

Junior Driving School & Driving School


Hasya @ Junior Driving School untuk 5 tahun ke bawah


Mek Cha ni memang nekad tul nak kalahkan budak german ni...
Dari awal dia ikut rapat mamat ni...
2 lap mamat ni conquer..
Sampai corner terakhir..
Hasya cilok potong dalam..
Menang juga dia akhirnya..

Padahal driving school ni objektifnya bukan untuk berlumba...
Nak tunjuk safety driving pada kanak-kanak..




Khaleef pulak pergi ke Driving School...
Sebelum dia boleh memandu...
Dia kena tengok video keselamatan jalan raya dulu..
Lepas tu baru boleh drive..

Litar ni panjang & besar banding yg Junior Driving
Siap ada traffic light.. round about..


Boating School

Hat ni sekolah bawak bot pulak..
Khaleef dah lepas 120 cm..
Dia boleh bawa boat sorang-sorang..
Tapi Hasya kena ditemani oleh Papa dia..




Tabahlah tengok mak selfie hokay...
Aku pun tak faham awatnya Hasya & papa dia berhimpit ke kanan..
Sedangkan kiri tu kosong..
Dah nampak cam papa dia gila kuasa..
Berebut stereng bot dengan anak :))

Aku tak dapat bayangkan camne beraturnya kalau g public holiday....
Botnya takde laa sebanyak mana...
Pusingannya pun tak luas..



Legoland Express

Akhirnya dapat juga aku naik sesuatu..

Hahaha.. sian mak badak!!!




Depan stesen keretapi Legoland Express



The Shipyard

Yang ni anak aku jengah-jengah je..
Sebab cam sama je cam playground biasa..
Aku cakap abaikan...
Masa dah tak banyak..

Hehehe.. padahal lum smpi sejam lagi dalam Legoland



Lego City Stage
Ninjago The Realm of Shadow

Akhirnya jumpa tempat yang sesuai dengan jiwa aircond mami...
Pertunjukkan Ninjago..
Cam lebih kurang teater..
Best juga..
Wpun aku tak kena Kai tu sapa :))






Lego City Airport





Nampak Inche Jeman laaaa yang paling puas main

:))


Lego Rescue Academy



Yang ni memerlukan ketiak melecah!!!

Untuk jalankan kereta bomba tu..
Kena pam angin naik turun naik turun..



Dah smpi kat rumah terbakar konon-konon tu..
Nak kena pam air pulak...
Memang keluar air betul-betul...
Kena aim pada api card board..
Sampailah naik kertas hitam..
Kira cam dah berjaya padam api laa konon...

Pastu kena pam balik kereta tu ke tempat parking...


TERJELAN lidah MIJ!!

Kah kah kah!!!

Mak memang tak nak masuk campur hokay!!!
.
.
.

3 comments:

gebu's fairy tales said...

kikiki hasya mmg lawak, mmg nampak dia merempit, tapi best ehh sana kak!

ibh_sue said...

Kah3..hebat wei anak dara sorang ko tu. hihihi

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

best laa jugak..
aku yang gumuks ni dapat naik 2-3 benda je..