Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, September 21, 2016

Doctors


Aku underestimate drama ni pada awalnya..
Sebab drama ni pakai hero lama..
Kim Rae Won ni hero meletup zaman 2003-2004 dulu..
Drama dia paling femes..
My Little Bride & Love Story in Havard..
Lamakan...


Tapi..
Lepas episod pertama..
Aku menggilai semua Kim Rae Won ni!!!
Makin tua makin hensem pulak dia.. :)

Drama ni mula dari zaman heroin sekolah lagi..
Time tu.. hero jadi cikgu kelas heroin..
Heroin ni jenis student yang banyak masalah..
Lepas ayah dia tak mau jaga dia..
Dia pindah duduk dengan nenek dia..
Time nilah dia jumpa hero..
Cikgu sekolah dia dan juga penyewa bilik kat rumah nenek dia..

Disebabkan satu insiden yang berlaku kat sekolah..
Depa berdua ni terpisah..
Nak pulak nenek heroin mati..
Hero sambung belajar ke luar negara..
Heroin pula hilang begitu saja..


Selepas 13 tahun...
Depa bertemu balik..
Time ni 2-2 dah jadi doktor pakar bedah otak..
Neurosurgeon..

Tapi pangkat hero lebih tinggi dari heroin..
Hospital tempat kerja tu kepunyaan ayah angkat hero..


4-4 ni semua doktor..
yang 2nd heroin ni kawan heroin dari zaman sekolah..
Tapi depa dah jadi musuh sebab hero..

Yang paling kiri tu 2nd hero..
Dia suka heroin..
2nd heroin pulak suka 2nd hero..
Hero suka heroin.. Heroin suka hero..
Saja jelah nak twist2 kan...



Yang bagusnya...
Wpun cintanya tak berbalas..
Tak menjadikan 2nd hero & 2nd heroin ni watak jahat..
2nd heroin laa jahat sikit2..


Heroin ni sebenarnya masuk ke hospital tu bukan saja-saja..
Dia nak siasat tentang kematian nenek dia..
Akibat kecuaian doktor yang melakukan operation..
Nak jadi dramalah kan..
Doktor tu ayah kepada 2nd heroin..
Dan juga musuh kepada ayah hero & hero..

Adalah kisah-kisah musuh dalam selimut dalam drama ni..


Bab-bab neuro-neuro dalam drama ni memang terbaik..
Terasa cam depa ni betul2 doktor pakar pulak..
Bukan cam doktor miang dalam drama Kapten Mukhriz tu..


Drama Doctors ni wajib masuk dalam top 10 drama 2016..
Memang best dari episod 1... smpi laa episod 16..

Cumanya pasal dendam heroin tulah..
Lama sangat nak settlenya..

Apa pun berbaloi sangat menonton drama ni..

Oleh itu..

Silalah tempah pada kak punjel..
Bahan bakar ada..
Salinan lembut pun ada ;)
.
.
.


1 comment:

waiem said...

Gourmet (2008). Kim Raewon jadi chef. Watak ni untuk dia sebab memang terer masak kat luar