Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 19, 2013

Anda tidak berjaya dalam urusan ini...


Keluar juga keputusan interview yg poyo hari tu..
Seperti yg diduga..
Memang tak dapat pun..

Elok jugak..

Kalau dapat..
Tak ke 3-4 malam tak boleh tido memikirkan masalah..

Putrajaya dengan Tg Malim bukannya dekat..
Hari2 nak ulang alik..
Minyak RM50.. Tol pi balik RM28.80..
Makan dalam RM15.00 sehari..
Sehari habis dekat RM100.00
Gaji F29 lebih kurang RM2K+
Keje 20 hari sebulan..
20 hari x RM100 sehari = 2K..
Maknanya gaji habis kat perjalanan je..

Nak suh MIJ pindah..
Sedangkan pindah dalam negeri.. dalam daerah..
Pun.. makan bertahun baru dapat tukar balik sini..
Ini pulak nak pindah antara negeri..
Mimpi laa dia nak dapat tukar..

Pastu kalau aku pindah dok KL..
Abih tu Hasya dengan Khaleef camne..
Mustahil aku nak bawa sama..
Khaleef dah sekolah..
Sapa nak uruskan dia pi balik sekolah..
Hasya.. tak boleh nak bayang dia dok taska..


Kalau tekan butang PENJELASAN tu..
Ini ler penjelasan SPA..
Memula aku ingat dia nak jelaskan kenapa anda tak dapat jawatan ini.. :)

Aku masuk dalam 1716 tu..
Berebut 70 kekosongan..
Kalau aku jadi org yg interview tu pun..
Aku pikir 800 kali..

Nak ambik  yang muda ke tua..
Nak ambik yang cantik ke buruk..
Nak ambik yang kurus ke gemuk..

Kah kah kah :))

Akhir kata..

Rezeki Allah SWT beri adalah seluas langit nan membiru..
Semoga ada rezeki yang lebih baik menanti di hari muka..
.
.
.

4 comments:

umi alya said...

ada hikmahnya.. :)

*azni* said...

insyaallah ada rezeki lain kak..takpe la,bersabar ye..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

insyaallah ada rezeki lain. next time cuba lagi

meera said...

Sib baik x dapat kan kak? Allah tahu mana yg trbaik.. Alhmdulillah. Tapikan kak boleh x update slalu blog ni.. Bestla baca coretan kak zel<3