Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, February 3, 2013

PENGUMPULAN DANA UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM, KURANG BERNASIB BAIK,ORANG ASLI DAN PELARIAN DI MALAYSIA

untuk paparan jelas, klik pada gambar

Bulan Februari dah beramal ke belum?
Wah, soalan....... :))

Ini ada misi baru yang memerlukan bantuan kita semua..

"KUMPULAN MYTEAM (dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) akan pergi mendaki Gunung Annapurna untuk menyebarkan KESEDARAN akan KEPENTINGAN PENDIDIKAN dan mengumpul DANA untuk tujuan murni ini.

Saya dengan rendah diri ingin melancarkan KEMPEN PENGUMPULAN DANA KECIL-KECILAN (yang mana rakan-rakan, kenalan, saudara saya mampu)

Derma untuk setiap 1 kaki persegi pendakian adalah RM0.10 atau RM0.20

Saya dengan rendah diri, ingin meminta bantuan kalian bersama-sama berkongsi rezeki dan jika tidak mampu, bolehlah menolong menyebarkan maklumat ini pada kenalan/rakan-rakan/ dan saudara.

Segala derma kecil2an boleh diberikan pada saya melalui CIMB BANK ACC dan diuruskan sepenuhnya oleh saya. Untuk derma dalam jumlah yang besar (seperti syarikat , dan sebagainya)bolehlah menghubungi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tugas saya hanyalah sebagai seorang penyampai derma kalian. Semoga usaha kalian dalam membantu anak-anak ini diberkati."


TEPEK DARI FB CIK CIMA AL-SAADI

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen ini..
Boleh lawati link di bawah


Bagi yang  malas nak baca..
Tapi mahu menderma..
Di sini ada sedikit fakta yg telah aku terjemahkan..

1- My Team akan ke Annapurna region in western Nepal from 14 - 30 March 2013. Dan pemergian ini LANSUNG TIDAK MENGGUNAKAN DUIT DERMA ANDA. Awareness program la kiranya nih.

2- Derma yang anda beri akan disalurkan secara terus kepada Yayasan Kemanusiaan Aid Malaysia

3- Derma-derma tersebut akan digunakan untuk
  • beli buku
  • bayar gaji guru
  • pembelian peralatan sekolah
  • penyediaan pakaian sekolah
  • pembekalan makanan seimbang
  • pembiayaan aktiviti dan program berkaitan pendidikan

4- Penerima bantuan
  • Orang Asli sekitar Pahang dan Kelantan
  • Kaum Bajau Laut di Sabah
  • Anak-anak pelarian di Lembah Klang

5- Tidak terlibat dengan mana-mana parti politik :)

Kalau kurang jelas.. bawak-bawak laa bertanya ye...

Untuk yang berminat menderma..
Boleh PM @ emel aku untuk dapatkan no. acc Cima dan maklumat emel dia..

Kalau tak terbuka hati nak menderma..
At least.. SHARE laa benda baik ni di FB anda..
Tak susah pun..

Nampak tak bawah entry ni...
Yang bawah perkataan ZEL YANG KONON2..
Ada 4 butang SHARE..
Apa kata klik butang F..
Maka entry ini akan tersiar juga di Facebook anda..
Harap2 tercatatlah PAHALA buat kita semua..
.

.
.

No comments: