Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, October 3, 2013

Love You Mr Arrogant..

Satu lagi citer Kahwin Paksa..
Tu sebab aku tak baca agaknya..
Bosan dengan jalan citer yang boleh diagak..

Apsal beli?!!

Akukan mendukung aspirasi kerajaan..
Membazir selagi boleh.. :))


Yang dah tengok drama ni tau kot apa intipatinya..

Pasal takut hilang harta..
Irham paksa Zaara yang berhutang 5 ribu dgn dia..
Kahwin..

5 ribu tu datang dari accident yang tak seberapa..

Idak ke pelik..

Dah laa si Irham ni yang langgar..
Pastu tak nak claim insuran..

Kalau report polis pun..
Orang yang dilanggar akan lepas..
Orang yang melanggar yang akan sabit kesalahan..
Siap kena sama RM300.00

TAK LOGIK!!


Namun.. aku terjebak gak dengan drama ni..

Rasanya drama lagi best dari novel..

Mungkin atas faktor umur..
Novel ni bagi aku terlalu ringan..
Baca banyak skip sbb apa aku jangka mmg betul..

Boleh laa kalau korang peminat bacaan santai..

Tapi.. kalau ko peminat Ramlee Awang Murshid..
Aisya Sofea.. Mimie Afinie.. Hlovate.. Noor Suraya..
Novel ni mmg tak taste la.. :)

Takmo citer apa jalan citer seterus novel ni..
Spoiler bagi sket2 sudah..
Kalau dah tak sabar sangat..
Sila la beli.. :)

Boleh baca SINOPSIS 4 1/2 BINTANG di SINI
.
.
.

1 comment:

Min Aina Ila Aina said...

Oh, bukan untuk saya nampaknya..sebab penulis2 yg akak sebut tu memang saya follow.hihi