Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, October 30, 2014

Kejutan sebaik sahaja balik dari Betnam




Destinasi setiap kali Oktober menjelang..
Kali ni aku bawa geng2 mak aku pulak..
Termasuk la mak aku juga..

Tapi itu tak penting..

Yang penting..

Aku baru tau blog MR dah UP balik..
Siap nak ada Penulis Jemputan..

Aku belum habis baca lagi..
Kali ini dia kembali dengan gaya penulisan yang menyegarkan...
Yang boleh buat Cikgu BM tersohor cam Hajah Norlia..
Akan scroll up.. scroll down tab 3 dia..
Nak kasi hadam maksud2 perkataan adaptasi dari mforum.cari.com.my

Hah.. gitu!! :))




Ni aku update blog jam 7.30 malam..
Percaya atau tidak..
Beg aku balik betnam..
Dok park depan pintu dari pukul 7.30 mlm semalam aku sampai..
Maknanya dah 24 jam tak bergerak..

Penat tu takde laa sangat..
Tapi mengantuk terlalu..
Hari ni ambik EL sempena nak tido saja dari pagi smpi petang..

Kali ni aku banyak beli barang untuk diri sendiri juga..
Kalau yang lepas2..
Lepas tolak barang orang..
Last2 tinggal aku jubah 2 pasang..
Tudung selai.. beg 1..

Aku kumpul dari Mei hari tu..
RM1.5K untuk aku habiskan..
Sebab rasa-rasa cam tak mau balik Saigon dah next year..

Tapi tukar fikiran dah..
Maybe kembali semula next year bersama MR..
Tengah tunggu detik dan tiket yang sesuai..

Sapa nak follow.. jom..
Aku boleh belikan tiket & uruskan hotel apa bagai..
Tapi ada service charge ler sket..
Kalau nak jimat.. uruskan je sndr..
Nanti kat sana aku tunjuk jalan apa bagai..
Korang boleh jalan2 sendiri :)

.
.
.


Sunday, October 26, 2014

Periksa Akhir Darjah Dua



Kesian Kalep..
Kali ni dia final exam tanpa mami dan nenek..
Tinggal ibu jelah nak pantau dia..

Exam start esok sampi rabu..
Mami.. malam ni dah berangkat ke HCM bersama nenek..
Rabu baru balik..
Rabu gak Kalep habis periksa..

Kalep ni jenis tak boleh dipaksa-paksa..
Kalau dipaksa.. dia akan memberontak..
Tunjuk perangai yang satu macam..

Mami yang kurang sabar ni..
Akan kerasukkan..

Maka.. buku ntah ke mana..
Aku naik geram..
Sat gi setan masuk..
Anak kena tibai..
Pastu aku sakit hati..
Anak sakit badan..
Emosi mami dan anak sama-sama terganggu..

:))

Kalau dok ulangkaji FB..
Kekadang jeles gak..
Tengok orang lain ajar anak..
Kemain tekun lagi anak-anaknya belajar..
Result pulak tentu band 5 - band 6 je..

Tapi bila fikir nak marah Kalep yg selalu band 3 tu..
Aku kaji balik..
Ada aku kisah pelajaran dia?
Ada buat pemantauan ketat?
Ada anta tuisyen?
Ada habiskan 3-4 jam sehari mengajar & dia belajar..

Takde!!

Jadi sila pasrah..
Kelemahan sendiri :)

Mami pun tak sama cam mak2 orang lain..
Camne anak pun nak sama cam anak orang lain..

Pada aku...
Dia dah boleh baca.. boleh kira.. boleh mengaji..
Dah okay la tu..
Jangan nak kerah-kerah sangat..
Zaman kanak-kanak dia bukan boleh ulang balik..

Mami dulu menjalani zaman kanak-kanak yang meriah..
Seronok..
Kenapa nak musnahkan pulak zaman kanak-kanak Kalep..

Dah la dia tak dapat berbasikal petang-petang..
Tak dapat main kat taman..
Tak dapat nak berkawan-kawan..

Oleh itu.. mami memilih untuk slow & steady..
Kalau Kalep tak boleh pergi dengan pelajaran..
Carikan jalan ke arah kemahiran..
Ramai je orang kat dunia ni tak berapa pandai zaman sekolah..
Jadi jutawan juga akhirnya..

So, mak-mak lain yg anaknya seiras Kalep..
Jangan risau..
Kita sekapal!!

;)
.
.
.

Wednesday, October 22, 2014

Surplus Princess


Satu lagi drama di alam fantasi..
Drama ni pendek ala-ala Nail Shop Paris..
Tapi banding yg NSP..
Drama ni lebih realistik dan jalan cerita pun best..


Surplus Princess citer pasal ikan duyung...
Heroin adalah seorang seekor ikan duyung..
Yang aku geram.. Song Jae Rim... 2nd hero..

Heroin.. Princess Aileen adalah mermaid..
Wpun dia mermaid.. tp dia up to date dgn fashion... gadget..
Dia siap ada hp kalis air yg ada data internet :)


Dia minat seorang chef celebrity..
Iaitu 2nd hero..
Oleh sebab terlalu minat..
Dia bercita-cita untuk bertukar menjadi manusia..


Satu hari...
Jejaka kesayangan dia ni wat pergambaran program masakan tepi laut..
Ntah camne.. dia terjatuh dalam laut..
Masa tu heroin ada sekitar situ..
Dan dia selamatkan hero..
Dia juga ambik kesempatan kiss hero..

Oleh kerana terlalu sukakan hero..
Dia mengambil risiko minum air jampi..
Yang membolehkan dia mendapat kaki..
Tapi.. masa tu dia tak tau..
Yang jika dia tidak dapat cinta sejati dalam masa 100 hari..
Dia akan hilang dan mati menjadi buih..


Ntah camne.. tetiba dia ni jadi hero..
Huhuhu.. frust aku tau..
Dia ni cute... tapi tak cukup utk jadi hero..

Dia ni duduk sehostel dengan heroin..
Asalnya dia ada makwe.. tapi makwe dia minta clash..
Sebab dia pun minat pada 2nd hero..

Dia ni tak kerja.. wpun dah tamat belajar..
Pasalnya dia ambik major art..
Dan susah nak dapat kerja..

Dia dari awal dah suka heroin..
Wpun dia tau heroin suka sangat pada 2nd hero..


Tiap kali scene ada 2nd hero ni..
Akak cam teruja gila..
Umang-umang...
Dalam drama ni watak dia beza sket dengan watak2 dia sebelum ni..
Selalunya dia ni dapat watak serius je..
Tapi yang kali ni..
Dia dapat watak yang suka senyum..
Suka gelak..
Dan dia juga suka heroin...



Dah... dah..

JANGAN BUAT AKU NAIK GILA!!!

Huhuhuhuu.... senyum lagi.. SENYUM!!!!!!


Ni watak jahat..
Tapi takde laa jahat sangat..

Dia ni asalnya awek hero..
Tapi dia minta clash sbb dia rasa hero takde masa depan...
Maka dia tumpukan perhatian nak mengorat 2nd hero..
Ada laa 2-3 kali dia penaya heroin..


Aku suka drama ni..
Simple.. senang faham.. tak stress..

So, kalau mahu..

Sila la :)

.
.
.

Sunday, October 19, 2014

Ikan cencaru sumbat sambal



Resepi sambalnya aku ambik kat Blog Azie's Kitchen

Bawang + Bawang Putih + Halia + Serai + Cili Kering
Kisar pastu tumis...
Masuk garam + gula..
Tambah daun kesum bagi rasa terangkat dan bau harum :)


Pastu sumbat masuk dalam ikan..


Letak dalam magic pan..
Masak sebelah 15 minit..
Sebelah lagi 10 minit...



Walla.. siap..
Tak payah air asam dah...
Sambal tu je dah sedap makan dengan nasi..



Lebihan sambal... buat menu untuk Khaleef dan Hasya
Masuk sos tomato 3 sudu besar..
Madu 2 sudu...
Bawang holland sebiji potong gelang...

Dah jadi ayam masak merah..

Dua menu sekali harung ;)
.
.
.

Wednesday, October 15, 2014

It's Okay, That's Love



Drama ni romantic banyak..
Selalu drama sweeeettt je kan..
Tapi yang ni cam sweet & sour & bitter..
Ada gak comedy sket2..
Ada gak thriller sket2..

Tapi aku debor tengok drama ni..
Pasal hero melampau hensem...

Tapi....



Ni heroin...
Aku ni ikutkan tak suka sangat dia ni..
Sebab dia tak berapa lawa..
Tapi dia ni pandai berlakon..

Dalam drama ni..
Dia seorang doktor psikiatri..

Untuk jimatkan duit...
Dia duduk dengan salah seorang senior kat hospital..
Dengan seorang lagi kawan..


Satu hari.. dia digandingkan dengan seorang penulis..
Untuk satu program talk show kat TV..
Ni laa dia jumpa hero..
Masa awal jumpa tu.. dia tak suka hero..
Lagipun masa tu dia dah ada boyfriend..


Ni hero..
Kacak giler laa dia ni wei..
Dia ni kalau part2 romantic..
Memang the best..

Dia ni penulis buku thriller yg sangat terkenal..
Dan juga sangat kaya..
Tapi dia ada cerita silam yang kelam...

Ayah tiri dia seorang kaki pukul..
Jadinya masa kecik.. Mmg dia selalu jadi mangsa..
Sampai laa satu hari..
Oleh kerana nak selamatkan abang dia..
Dia tertikam ayah tiri dia dengan pisau...

Tapi, sebab mak dia memihak ke dia..
Maka abang dia disabit salah dan dipenjara 11 tahun..
Bila abang dia keluar.. dia mmg cari peluang nak bunuh hero...




Yang jadi debaran bertambah kencang...
Rupanya hero ni ada sakit mental..
Schizophrenia..
Apa sakitnya tu..
Kena tengok laa sndr drama ni..


Si heroin ni pulak..
Wpun dia doktor pakar sakit jiwa..
Dia pun sebenarnya mengalami masalah jiwa juga..

Dia takut untuk berhubungan secara serius dengan lelaki..
Kisahnya.. ayah dia sakit lumpuh..
Dan masa kecik.. dia ternampak mak dia main kayu tiga..



Depa dua ni mula rapat bila hero pindah masuk rumah heroin..
Rumah depa ni cam buat sewa bilik-bilik..
Rumah asal hero tengah renovate..
So, dia rasa situasi bising tu mengganggu konsentrasi dia tulis buku..

Bila dah duduk serumah..
Selalu la gaduh..
Sampai satu hari.. heroin halau hero dari rumah sewa depa...

Rupanya..
Hero dah beli keseluruhan rumah tersebut termasuk coffee house yang ada di bawah rumah tersebut..


Aku sebenarnya tak perasan bila depa ni bercinta..
Sebabnya cam tetiba je pulak..
Memula heroin tak suka hero..
Hero awal2 dah suka dia..
Pastu depa pi holiday kat Jepun..
Tau2 dah couple..



Konflik citer ni...
Bila heroin sedar yang hero ada masalah jiwa..
Nak pujuk dia supaya berubat tu yang susah..
Sedangkana masalah dia makin lama makin kronik..

Mental pun tetap hensem wei!!
Aku pun naik gila sama..

Oleh itu..
Untuk yang nak menggila bersama-sama melayan Jo In Sung...
Boleh laa order

:)


Monday, October 13, 2014

Kalau suami sakit....



Ni topik pagi tadi kat radio Era..
Statistiknya...
57% lelaki mengharapkan simpati dan perhatian bila sakit..
2/3 suka merengek dan merungut..

Lelaki juga menganggap selsema sebagai demam..
Dan sedikit pening kepala sebagai migrain...

Ada penjelasan berkenaan ini..
Sebenarnya ia berpunya dari kromosom XY depa..
Banding dengan perempuan yg ada 2 kromosom XX...
Dalam kromosom X ni la.. ada gen microRNAs dan berhubung kait dengan fungsi imun yang dikeluarkan oleh kromosom X

Itu yang sakit sikit mengadanya lebih :))


Setuju tak?

Memula dulu aku igt lelaki melayu je kot camni perangai..
Rupanya seantero dunia :))

Kalau demam tu..
Ngalahkan dalam pompuan dalam pantang..


Kalau MIJ demam..
Dia memang akan terperap je dalam bilik..
Makan tak nak.. minum tak nak..

Kalau time dia makan ubat..
Kena bawak air masuk smpi dalam bilik..
Sampai ke katil..

Kopekkan ubat..
Letak atas tangan..
Pastu suh dia telan.. sua air..

Bila aku ejek dia manja kalah Kalep..
Tak ngaku :))


Kan.....

Kadang2 aku ni demam..
Nak juga bergulung dalam selimut dari pagi smpi malam..
Wpun MIJ takde laa suruh aku wat apa..
Makanan pun selalu dia akan beli siap..
Tapi takat tu jelah... bab2 keje rumah yang lain..
Tetap aku gak kena setelkan..

Dia mmg tak suruh..
Tapi masalahnya.. dia juga TAK BUAT!!
Sanggup ko demam semgu tak payah basuh kain apa bagai...

Pastu...

Anak-anak depa mmg tak faham yang mami ni sakit..
Nak itu.. nak ini..

Cam Hasya..
Kalau dia berak.. takde sapa boleh cebokkan kalau mami ada..
Mandi pun sama.. mesti nak mami juga..


Aku pernah demam kuat 2 minggu..
Seminggu tu aku bertahan gak duduk kat umah..
Tapi lama-lama tak tahan..

Nama je demam..
Tapi masih kena masak..
Kena basuh kain.. kena sidai baju..

So, penyelesaiannya..
Kemas kain baju.. pindah dok umah mak aku..
Baru laa aku pulak demam cam tengah pantang..
Nasi berhantar sampai ke bilik..
Anak2 tak payah peduli..
MIJ pulak pandai2 laa bawa diri..

Mami..

Aku bergumpal dalam selimut dari pagi smpi malam..
Dari pagi smpi malam.. pagi.. malam.. pagi malam..

Sampai sihat :)
.
.
.


Thursday, October 9, 2014

Fated To Love You

Akhirnya...
Selepas Hotel King..
Ni satu lagi drama yang buat aku tengok dari awal smpi habis...

Genre kegemaran ramai...
Romantic Comedy..


Cerita ni asalnya adalah Manga (komik)..
Kemudian diadaptasi kepada drama di Taiwan..
Drama tu memang meletup tup tup kat sana..

Kemudian..
Barulah di remaking di Korea..

Jalan ceritanya cam drama petang2 kat M'sia..
Kahwin tanpa cinta.. kahwin kontrak..
Tapi.. bestnya..
Korang confirm takkan muak cam tgk drama melayu...


Guna hero dan heroin lama..
Hero ni.. memula cam aku tak yakin dia nak berlakon romantic comedy..
Sebab kebiasaannya.. dia ada pelakon action..

Tapi dalam ni..
Kesweetan dia..
Membuatkan aku kadang2 lupa..
Choi Jin Hyuk ada sama dalam drama ni..

Banyak aksi dalam drama ni..
Tak nmpk cam berlakon pun..
Neutral sangat.. tu yang buat best..

Satu je nmpk buruk noooo..
Gelak hero!!!

Heroin pulak Jang Na Ra...
Dia ni mmg tak makan tua lansung..


Drama ni bermula bila mana heroin salah masuk bilik..
Hero pulak ingat.. makwe dia yang masuk..
Heroin pulak ingat.. yang dah tido tu pakwe dia..

Maka..

Terjadi laaa insiden yang tidak diingini..

Namun, lepas tu.. mereka pakat untuk lupakan saja insiden tu..

Lepas tu ada laa 2-3 kali hero ni tolong heroin..
Pasalnya heroin ni kat pejabat adalah mangsa buli..
Smpikan pakwe dia sendiri pun buli dia..


Rupanya.. one night stand tu menyebabkan heroin mengandung..
Mula-mula dia nak senyapkan je bab dia pregnant tu..
Tapi.. bila mak dia dapat tahu..
Mak dia mahu hero bertanggungjawab...

Maka.. depa pun kahwin tanpa rela..
Siap buat kontrak..
Lepas baby lahir.. mereka akan berpisah..

Sebabnya.. hero dia dah ada kekasih hati..
Dan dia sepatutnya kahwin dengan kekasih dia..


2nd hero pun muncul..
Ni yg buat Kak Zel meroyan tau..
Mana boleh Choi Jin Hyuk jadi 2nd...

Kalau aku boleh whatapps dia ni..
Mmg aku nak suruh dia rentikan perangai suka jadi pelakon tambahan..
Tak sesuai.. dan sangat menyeksa jiwa raga makcik2 aku ni..

Dia ni.. jiran kepada keluarga hero...
Lepas jumpa heroin 2-3 kali.. depa pun jadi kawan..
Lagi dia ada urusan bisnes dengan hero..
Menjadikan depa2 ni selalu jumpa..


Drama ni.. walaupun 70% happy je..
Tapi yang 30% tu.. sedih dia tahap boleh keluar airmata..

Nak-nak masa hero layan heroin macam bukan bini dia..
Sebabnya.. memula hero sangkakan..
Heroin saja nak pekena dia..
Sebab nak selamatkan kilang kat kampung dia yang dibeli oleh hero..
Maka dia saja2 layan buruk2 supaya heroin sakit hati..

Nak tambah bengkek tu..
Dia dah siap buat agreement untuk bercerai..


Tengah-tengah drama ni depa berpisah juga..
Lepas hero tau dia ada satu penyakit keturunan..
Dan baby yang heroin kandung tu gugur..

Hero minta supaya heroin cari haluan sndr..
Maka heroin pindah ke Paris dan sambung belajar..

Kemudian dia rapat dengan 2nd hero..
Hero pulak kembali kepada kekasih lama dia..


Panjang dah aku review ni..
Tak boleh citer smpi habis..
Kang tak laku DVD :))

Oleh itu..
Sapa yang nak tau apa sudahnya drama ini..
Cam biasa.. sila la.. sila.. sila...
.
.
.