Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, October 1, 2014

Ikan masak asam serai cili kering



Ni kan...
Sambil pejam mata pun boleh masak :))

Kalau dalam pantang..
Mak aku selalu masakkan ni..
Nak naikkan selera makan..
Bagi ada masam2 sket..
Kalau tidak... indoh mau tolen nasi campur lada hitam..

1- Goreng sebarang ikan laut - perap dulu dgn kunyit dan garam - ketepikan
    (kalau ikan sungai tak sedap kot)

2- HIRIS - sebiji bawang besar, seulas bawang putih, seinci halia, serai 2 batang, 3-4 biji cili kering

3- Panaskan sikit minyak dalam kuali.

4- Masukkan semua yang dihiris tadi dalam kuali.. tunggu sampai wangi

5- Bancuh 1/3 sudu besar asam jawa adabi dengan secawan air

6- Bila bahan tumis dah wangi.. masukkan air asam jawa tadi

7- Masukkan 1/2 biji tomato hiris (sebiji pun boleh.. tp tadi aku nak guna 1/2 lg utk masak merah ayam)

8- Perasakan gula & garam

9- Masukkan ikan goreng tadi

10- Tunggu mendidih... dan siap
.
.
.
.

2 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Oh, mcm masak cuka / taucu ye kak.

I want to lose weight said...

aah sama..
aku mmg suka jenis yg hiris2 pastu lebuh sume dalam kuali.. cepat & sedap :)