Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, February 28, 2009

Saat Yang Bahagia

SAAT YANG BAHAGIA.. DATANG SEKEJAP SAJA... (lagu p.ramlee ni pd sapa yg taratau)

Hehehe, meh nak citer apa yang bahagia sangat tu. Seperti biasa ler, selang semgu.. aku mesti bawak Khaleef pi duduk kat umah Papa dia kat Kerajaan Langit untuk 2-3 hari. Termasuklah mgu ini. Spt biasa jugak kitaorg akan naik keretapi shuttle pukul 7.11 malam.

Smpi Kampar dalam jam 8.20 malam. Kali ni tak sempat papa sampai.. keretapi dah sampai dulu. Hampir putus laa nyawa aku memanjat tangga dengan beg hampir 6kg disandang pastu 4kg lagi pegang kat tangan.. pastu anak aku 13kg aku pegang ngn tangan satu lagi.

Elok abih aku mendaki tangga.. laki aku pun smpi.. apsal tak sampai sebelum aku panjat tangga tadi.. huhuhuhuhu..

Masuk je dalam kete, Khaleef terus bising "GI CHIKO.. NAK CHIKO" maknanya dia nak seperti biasa laa.. turun je keretapi nak pi Tesco Kampar. Bawak laa dia pi memandangkan malam masih muda. Turun je kereta.. aku tanya laki aku "Abg rasa ayang ada perubahan tak?"

Sekali... laki aku tanpa membuang masa terus jawab "Ada laa papa nmpk cam kecik sket". Tepuk.. tepuk.. tepuk... (ala2 little einstein). Ya tuan-tuan dan puan-puan.. selepas hilang 14kg, ikutkan takde sapa pun perasan badan aku cam dah kecik 0.35 inci. Bila laki sendiri yg perasan dulu.. bahagia siottt !!!



Untuk mereward diri aku sndr.. yup, mesti ada reward !!!! sbb Tesco tu tkde Secret Recipe, aku terpaksa berpuas hati dengan kek King's Confectionery. Ops.. bukan satu slice ye.. apa kellas aku makan sepotong.. 3 slices... Coffee Cheese Cake, Tiramisu & American Choc. Oklah tukan.. pada aku reward 3 biji kek sekaligus. (hehehe nak bagi alasan ler tu). Rege pukul rata RM4 satu sebab time tu dah pukul 9.30 malam, kedai nak tutup.



Datang sekejap saja ?!!!!! hehehe bukan laki aku tarik balik compliment ittew tau.. dia rela je tgk aku beli cake tu. Yang sekejap tu... sekelip mata je aku baham kek-kek tu terus abih sumer. Mmmmm lazat u ols..
.
.
.


Tuesday, February 24, 2009

My Status

Keadaan semasa aku skang adalah seperti ular sawa yang lepas telan seorang yang berberatkan 80kg. Kenyang giler ngkooooo

Seharian ni tak makan sebab sangat-sangat busy. Mai2 PID, tgk 4 biji PC tak leh pakai. Dok hang medang. So, kena laa aku format balik satu persatu. Pastu tepat kul 1.. desup p kl ambik stok baru BROOCHBIZZ. Pastu smpi Tg Malim, terus pi balik PID snap gambor and load terus dalam blog. Sebab dah hampir sangat nak gaji ni. Time2 genting ni laa orang ramai suka perabih duit gaji.

Mula2 ada gak in law aku pelawa makan.. tapi ala2 shy2 cat gitu. Takpe laa, makan kat umah. Sampai je umah.. terus masak nasi 1 pot, panaskan tomyam semalam yg masih berbaki 1/2 periuk. Tapi, mana nak cukupkan.. aku kan tengah dalam nafsu memuncak. Pecah 2 biji telur wat telur dadar. Baru ada mammm makan ngn tomyam pedas.

Periuk nasik "TEK" je.. aku terus senduk.. takde tunggu2 kering lagi dah.. lembik pun lembik laaaa.. janji segera !!! Lalu makan la aku sorang2 smtr Khaleef aku bagi biskut sepiring. Kami makan anak-beranak sambil tgk Mickey Mouse Club House.. + apple juice. Heaven betul. Kalau laa laki aku ada time ni.. ntah-ntah dia cakap "Abg rasa kita berpisah sementara untuk muhasabah diri masing-masing".. Hua hua hua....

Oleh itu, setelah men"setel"kan sumer benda.. aku mengambil jalan selamat dengan bertenet. Kalau tak konpem hanyut punya bantai tido plak lepas makan.

Ni laa yang membuktikan teori bahawa kalau diet jgn laa sekali2 cuba tak makan seharian. Nanti bila tiba time malam, makanan yg di makan ala2 nak cover untuk 10 hari yg akan datang. Makan laa secara berhemah di setiap waktu makan hokay.. Tentang diri aku ini.. mmmmm ADA HAKU KESAH !!!!!



Saturday, February 21, 2009

Migraine !!!

Yes u ols... kepala otak aku skang soooooo macam nak pecah !!! dah 2-3 hari gak dok sakit kepala bila bangun dari tido. Pastu rasa mual-mual (ape kah ittew?) tapi tak muntah pun. Selera makan agak turun, tapi tak banyak pun.. dalam 30%.

Patutnya hari ni g ikut izman ke Shah Alam. Masa dia attend class, boleh laa aku ngn Khaleef merendek. Cadangnya nak bawak dia tgk Upin & Ipin (idola dia..). Dah 2 kali pospone ni.. Siannya anak aku. Walau apa pun, aku akan cuba gak bawak dia sblm aku g Penang 5-9 Mac ni.

Untuk pengetahuan u ols, aku mula2 dapat migrain ni bila aku mula keje PID. Mgkn masa mula2 keje tu banyak sangat permasalahan dan target yang perlu dipenuhi menyebabkan kepala otak aku ni kerja lebih fikir macam2.

Tiba-tiba... suspen ek !! pada satu malam, kepala aku rasa cam nak meletup.. peluh meleleh2 kat dahi cam baru pas aerobik. Pastu perut memual smpi muntah kuning hijau. Panadol smpi 4 biji aku telan sekaligus pun tak lut (harus aku tak mampus malam tu... makan panadol overdose)

Esok paginya dalam sakit2 tu kena gak p keje, sbb masa tu gaji PKS.. ikut jam, maka setiap saat itu ada nilainya. Pi klinik, terus menggelabahkan doktor tu dengan ayat "SAYA RASA SAYA ADA KETUMBUHAN DALAM OTAK !!!" hahahaha mana tak panik doktor tu. Terus dia suh duduk dan bertenang.

Pas citer semua simptom2 yang berlaku, doktor tu senyum je cakap. "Along ni kena migraine 1st attack".. Oooo gittew. Keji tul aku kan bagi penyakit yang kejam2 pada diri sendiri. Bermula dari saat itulah aku menjadi pesakit migraine.

Secara purata kebiasaannya, aku akan kena migraine dalam kiraan 2-3 bulan sekali. Tapi berdasarkan keadaan semasa skang di mana aku perlu menolong izman wat assignment LAW (admin law & business law) yang sungguh gila babas membuatkan aku migraine secara purata seminggu 2 kali.

Inilah dipanggil pengorbanan isteri buat suami (tiba2 aku teringat lak sinetron Isteri Buat Suami Ku... OH NO !!!!!). Harap2 laki aku mengalami perasaan syahdu laa bila baca entry ini. Dan terus cakap "kalau ayang takde duit, transfer laa sket dari akaun abang" Aiiiii liiiikkkkeeeeee !!!!



Friday, February 20, 2009

Tiba-tiba Teringin....

Tomyam ni aku masak 2 minggu sudah kot. Ala2 pedas pahit sikit. Laki aku mmg tak layan mende-mende pedas ni. Takpe, aku suka.. so that aku leh perabih sorang-sorang.

Hari ni bangun tido je mulut rasa pahit & teringin sesangat nak makan tomyam sayur & udang. Masalahnya, aku tak dapat inspirasi lagi nak masak tengah hari ni.

Penat ngn keje umah.. membasuh smpi 3 kali mesin. Menyapu.. mengemop... kemas2... kang baju kat penyidai dah kering dah lipat pulak... huhuhuh BENCI GILOS LIPAT KAIN !!!!! al-maklum laa laki aku nak balik hari ni.


Takde sapa2 ke masak tomyam hari ni. Call ler aku jemput datang makan.. hehehe boleh gittew ?

Thursday, February 19, 2009

Malam Jemahat Yang Boring...

Bosannya malam ni... sebab....

1- Bukan sebab laki aku takde.. laki aku ada je.. kul 7.00 mlm tadi dah smpi umah. Tapi dia sibuk layan assg dia.. nasib baik ler aku teringat tadi nak bawak balik wireless modem, boleh gak ler aku bertenet dengan laptop smtr laki aku guna PC.

2- Takde benda nak makan.. juga salah !! hari ni banyak benda aku makan. Bermula dengan sarapan roti bakar mentega dan gula. Di sambung dengan gado-gado ayam yang berkawan dengan teh o ais lebey. Pastu sebelum balik keje, aku sempat makan nasi ayam. Smpi umah PIL aku lak kasi mee goreng. Banyak benda tul aku makan hari ni.

3- PMS - juga tidak !!!

4- Khaleef - ni pun satu hal penyumbang keboringan aku.. klu hari dia nakal mmg aku boring. Aku boring nak menjerit marah2 dia.

5- TV - hari khamis mmg bosan. Elok TV free, TV asteruk sumer takde citer kecuali sinetron kesayangan aku - INTAN



6- Bunuh setan - takde mooh argh !!!

Sebab apa aku bosan ni ek.. aku bosan sebab.. sebab... sebab... ada laa sebabnya.
.
.
.

Tuesday, February 17, 2009

Bukan Salah Aku !!!!


Ni ler rupa air-cond brand York yang telah menyebabkan aku 1/2 day keje selama 2 hari berturut-turut. Ia telah "mensaunakan aku" - cth kata kerja tak transitif hokay !! Masuk je kul 1.00 tgh mula laa aku ala2 kucing beranak duduk dalam ofis. Bukan setakat ketiak berpeluh lagi.. dah masuk tahap berlendir dah...

Oleh itu aku berkeputusan untuk balik awal selama 2 hari ini. Smpi umah, buka baju pasang kipas kuat2 & tido. Harap2 takde laa pulak papparazi curi snap gambor & sebarkan melalui MMS. Lagipun aku bukan YB Pakatan Rakyat hokay.. oo sentuh bab YB ni.. apa kehal yob ko tido boleng2 camtu. Air-cond rumah rosak jugak ke.. takkan nak baiki air-cond peribadi pun nak pakai L.O kot.

Makanya bukan salah aku tau, walaupun aku rasa bersalah balik cepat. Selalu cepat jugak tapi dalam ala-ala kul 4 petang baru balik. Itu pun sbb aku tak ambik rehat lunch sejam tu. Atas sebab itu aku pun balik keje awal sejam ler.

Mulai esok, walau apa alasan pun aku harus jugak stay kat opis smpi pukul 6.00 petang. Uwaaaa ngeri !!!! semgu lak tu. Time2 camni laa pun asst aku nak p exam. Cuaca panas ditambah lak ngn balikan pemanasan bumi oleh tar dan batu2 sekeliling opis aku, cukup wat aku sengsara.

Tapi pikir2 balik, baru panas takat tu dah membebel tahap naga. At least aku ada gak opis berkipas laju wpun econ rosak. Pada orang yg menjaja goreng pisang tengah2 panas... ngn haba minyak goreng tu lagi... Satu lagi, api neraka lagi panassssssss !!! seram & insap aku.
.
.