Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, February 21, 2009

Migraine !!!

Yes u ols... kepala otak aku skang soooooo macam nak pecah !!! dah 2-3 hari gak dok sakit kepala bila bangun dari tido. Pastu rasa mual-mual (ape kah ittew?) tapi tak muntah pun. Selera makan agak turun, tapi tak banyak pun.. dalam 30%.

Patutnya hari ni g ikut izman ke Shah Alam. Masa dia attend class, boleh laa aku ngn Khaleef merendek. Cadangnya nak bawak dia tgk Upin & Ipin (idola dia..). Dah 2 kali pospone ni.. Siannya anak aku. Walau apa pun, aku akan cuba gak bawak dia sblm aku g Penang 5-9 Mac ni.

Untuk pengetahuan u ols, aku mula2 dapat migrain ni bila aku mula keje PID. Mgkn masa mula2 keje tu banyak sangat permasalahan dan target yang perlu dipenuhi menyebabkan kepala otak aku ni kerja lebih fikir macam2.

Tiba-tiba... suspen ek !! pada satu malam, kepala aku rasa cam nak meletup.. peluh meleleh2 kat dahi cam baru pas aerobik. Pastu perut memual smpi muntah kuning hijau. Panadol smpi 4 biji aku telan sekaligus pun tak lut (harus aku tak mampus malam tu... makan panadol overdose)

Esok paginya dalam sakit2 tu kena gak p keje, sbb masa tu gaji PKS.. ikut jam, maka setiap saat itu ada nilainya. Pi klinik, terus menggelabahkan doktor tu dengan ayat "SAYA RASA SAYA ADA KETUMBUHAN DALAM OTAK !!!" hahahaha mana tak panik doktor tu. Terus dia suh duduk dan bertenang.

Pas citer semua simptom2 yang berlaku, doktor tu senyum je cakap. "Along ni kena migraine 1st attack".. Oooo gittew. Keji tul aku kan bagi penyakit yang kejam2 pada diri sendiri. Bermula dari saat itulah aku menjadi pesakit migraine.

Secara purata kebiasaannya, aku akan kena migraine dalam kiraan 2-3 bulan sekali. Tapi berdasarkan keadaan semasa skang di mana aku perlu menolong izman wat assignment LAW (admin law & business law) yang sungguh gila babas membuatkan aku migraine secara purata seminggu 2 kali.

Inilah dipanggil pengorbanan isteri buat suami (tiba2 aku teringat lak sinetron Isteri Buat Suami Ku... OH NO !!!!!). Harap2 laki aku mengalami perasaan syahdu laa bila baca entry ini. Dan terus cakap "kalau ayang takde duit, transfer laa sket dari akaun abang" Aiiiii liiiikkkkeeeeee !!!!



No comments: