Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, March 9, 2010

Aku bengang biler...

Biler....
Orang tanya soalan yang diluar bidang kuasa aku lebih dari 3 kali...

Kalau dah kali pertama aku dah cakap TIADA JAWAPAN..
Korang tanya lagi 4 juta kali pun..
Jawapannya masih sama...

Cth:

  • Kenapa orang kat Pejabat Pos ramai sangat?
    (Hape ko igt aku stesen bancian pelanggan Pos Malaysia Berhad ke?)

  • Kenapa Internet PID slow sangat?
    (kang aku terangkan pasal kabel fiber optik dasar laut.. amplifier.. kabel terputus sbb sauh kapal.. AGG... korang gak tercengang-cengang)

  • Kenapa berat saya tak turun wpun diet?
    (abih tu.. BERAT AKU NI TURUN SANGAT LER)

  • Kenapa barang yang awak pos tak sampai-sampai lagi?
    (HELLO !! korang igt aku ni Chief Inspector Posmen Asia Tenggara ke... kalau aku dah pos tu.. tunggu jelah.. sampai ler tu nanti.. tu sbb aku lebih suka guna pos laju.. tp kamu2 tak mahu sebab mahal.. oleh itu sila tunggu ye.. )

  • Kenapa tak pregnant lagi? Khaleef tu dah patut ada adik
    (Kalau ler itu kuasa aku.. tentu Khaleef ada adik pompuan kembar 4 hokay)

    Korang ada tak pengalaman camni..
    Mesti ada kan..
    Aku pun kadang2 terbuat jugak..
    Mesti orang yang dapat soalan tu bengang jugak..

    CTH -
    • KENAPA PENJAWATAN SAYA MASIH STATUS KONTRAK?
    • BILA NAK DAPAT JAWATAN TETAP?
    • KENAPA TAK BAGI KONTRAK SAMPAI PENCEN?

      Ni pulak soalan bebal yang selalu aku tanya kat boss aku..
      Padahal dah tau dia tak leh kasi jawapan..
      Dan dia tak tau pun apa jawapannya

      MOTIF?!!!
      .
    • .
    • .

1 comment:

noradzlina.kamdani said...

sabo beb,, tp tul gak kn sampai ble nk jwtn ontrak jek..bnyk bende yg ko ble dpt klu jwtn tetap..tp ko standby je lek, ble serap ke jwtn tetap gj harus kene ikut gred tuh...nnt tarah byk tau