Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, September 29, 2014

Bayou Lagoon Resort - Part II


Bayou Lagoon ni..
Kalau dari exit Tol Ayer Keroh tu tak jauh..
Dalam 10 minit dah boleh sampai..
Aku sampai awal juga..
Dalam pukul 1.00 tgh hari..
Menunggukan nak check in..
Punya laa lama..

Pukul 4.00 ptg baru mak ngn anak-anak aku masuk bilik..

Ada 2 block kat Bayou Lagoon ni..
Lobi utama di Amari Villa..
Yang kami menginap ni blok baru..
Tahiti Villa..

Kat lobi Tahiti ni.. sorang je pekerja kaunternya..
So, cam berserabut jugak laa..
Orang yg nak check in ramai..
Yang jaga sorang2 dia..


Aku dapat bilik Studio..
Masuk2 memang kagum wei..
Besar gila.. mmg selesa walaupun kami 5 orang..


Katil ni aku gabungkan..
Ikutkan cukup untuk 4 orang tido..
Tapi pasal anak buah aku tak leh pisah tido ngn mak aku..
Maka... aku, Kalep dengan Hasya tido atas katil..
Mak aku dengan Sara tido depan TV..
Kami mmg dah ready bawa toto..

Resort ni cam tak kisah laa bape ramai nak sumbat dalam satu bilik..
Sebab mmg takde sapa yg jaga..

Tu pintu masuk..
Masuk2.. terus jumpa pantry...
Siap ada singki..

Ada meja makan cam island..
Siap ada plug point..
Ada seterika juga..
Mudah ler nak gosok baju atas tu..



Ni satu benda je yang aku pelik sangat...

TINGKAP BILIK AIR SEBELAH KATIL!!!

Tingkap itu berfungsi.. boleh buka juga..
Dan juga RENDAH!!

Makanya.. segala perlakuan yang berbunyi dalam tandas...
Orang luar boleh dengar..

Kalau satu family.. mmg laa cam tak kisah...
Kalau kursus sebilik dengan orang yang tak kenal..
Maybe ada sedikit segan..

Ada satu hari tu..
Aku kelam-kabut balik ke bilik..
Pasalnya nak terkencing sangat...

Masuk bilik terus gedebam tutup pintu..
Duduk feeling baekk punya atas toilet bowl..
Lega.... ssssrrrruuuuppppppp punya kencing..

Sekali....

"MAMI!!!!!!!"

Kepala Kalep tercongok kat tingkap..
Rupanya tingkap tu mmg terbuka..
Dia laa tu punya keje..

ADOYAI!!!!!
.
.
.