Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, September 21, 2014

Kapal KD Rahmat - Lumut


KD Rahmat ni dah jadi muzium...
Lama dah.. sebelum2 ni mmg ada nmpk kapal ni..
Tak sangka pulak dah jadi muzium..
Kalep lak dia mmg excited kalau bab2 tentera ni..


Kalau pergi Lumut..
Boleh ler singgah..
Tapi bukan free..
Kena bayar..
Dewasa = RM12
Kanak-kanak = RM7

Kapal ni letak kat Taman Esplanade Lumut..


KD Rahmat ni bukan nama asal kapal ni..
Asalnya namanya KD Hang Jebat..
Ini kapal perang pertama yang ada sistem anti udara.
Ditauliahkan pada 1972.. dan dilucutkan pada 2004..
Kemudian kapal ini diserahkan kepada kerajaan negeri..
Oleh kerana kos pembaikkan nyer mahal..
Maka kapal ini diswastakan..
Dan dijadikan produk pelancongan...



Ceritanya kapal ni tukar nama sebab tak rasi..
Masa pakai nama Hang Jebat asyik rosak.. bermasalah..
Bila tukar nama Rahmat..
Baru ler kurang rosaknya..



Untuk yang berminat nak rasa pengalaman tido dalam kapal perang..
Boleh juga menginap kat sini..
Harganya 1 orang = rm50.00..
Tempat tido nyer.. cam kat gambar di atas..
Toilet ada.. tapi kat ruangan lain..

Bantal selimut pun ada..
Tapi bukan cam standard hotel..
Cam bantal2 selimut rumah mak aku je..
Pelbagai kaler sarung..
Pelbagai material selimut..

Tak tau ler kot2 penjaga kapal tu yang punya dah tido situ..
Sebab dalam banyak2 bilik..
Bilik ni je ada penghawa dingin..



Walaupun namanya muzium..
Tak banyak sangat info-info yang boleh didapati dalam kapal ni..
Mengekalkan 90% barang2 asal..

Bukan lawatan sambil belajar dalam ni..
Tapi lebih menjurus kepada merasai pengalaman sebenar..

Aku agak rasa sesak nafas dalam ni..
Sempit.. gelap.. berlorong-lorong..

Baru terasa betapa gagahnya tentera2 yang mengharungi kehidupan dalam kapal ni berbulan-bulan lamanya..



Feeling model pulak minah kenit ni..
Layan... :))


Ni dia memang nangis...
Panjat ke atas kemain pandai lagi..
Nak turun takut pulak..


Kalau kuar dari corong tu..
Terus sampai ke tempat meriam..


Mungkin pihak yang menyelenggara kapal ni..
Perlu lebih kreatif memikirkan tambahan2 yang menjadikan kapal ini lebih menarik..

Paling aku nak sekali..
Tolong laa tukar jambatan untuk pergi ke kapal ni..
MAK SERAM GILE!!!!
Meniti kayu kayan smpi ke tengah laut...



Apa pun.. tak rugi melawat kapal ni..
Kalau ada anak yang minat nak jadi askar...
Cam Khaleef...
Jangan laa lepas peluang..

:)
.
.
.

No comments: