Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, September 17, 2014

The Orient Star Resort Lumut


Lama dah pergi ni..
Awal bulan.. MIJ ada hi tea kat sini..
Memula cam malas nak ikut..
Bila google.. cantik pulak tempatnya..
Yang penting ada pool..
So, memejam mata dan membooking bilik kat hotel ni..
Mahal juga.. paling murah pun 1 malam rm230.00...
Nak-nak pulak ambik malam minggu..


Tapi ok juga laa..
Selesa.. bilik besar..
Siap ada balkoni..

Ada satu hotel yang aku sewa masa kat Melaka..
Harga paras ni juga..
Tapi sempit yang amat..



Pool dia mmg best..
Tapi kesian untuk budak2 macam Kalep..
Utk kolam kanak-kanak.. terlalu jangkat untuk dia..
Paras pinggang Hasya..

Pool untuk dewasa pulak..
Terlalu dalam untuk dia..
1.4 meter..
Tak jejak lantai kolam pun dia..
Tapi dia tak takut pun..
Selamba je bergaing2 kat pinggir kolam tu..
Aku pulak seram.. takut terlepas ke hape..


Tapi Kalep ni dah boleh berenang sikit-sikit..
Cumanya kadang2 bila dia panik..
Dia menggelupur dalam air..
Kalau kita tak kacau dia.. elok je dia berenang..
Dalam 3-4 meter.. dia boleh dah..




Ni budak paling suka..
Paling susah nak suruh keluar kolam..
Ada je alasan dia..
Last2 cakap kat dia..
Jap lagi polis datang nak tutup kolam..
Baru dia keluar..


Yang lepas tali tengah tu..
Lagi dalam..
1.8 meter..




Sarapan kat hotel ni..
Biasa2 je..
Tak banyak pilihan pun..
Tak padan harga..

Lokasi hotel ni dekat dengan Pekan Lumut..
Kalau gigih..
Boleh je jalan kaki ke pekan.. ke water front tu..
Ada basikal juga untuk disewa..
Tu pun kalau gigih laaa :)
.
.
.

1 comment:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Lama dah tak berjalan ke Lumut...