Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, March 6, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 1 - Kenapa Acheh?

Sebenarnya dah lama simpan hajat nak ke Acheh..
Tapi tiap kali Promo Airasia..
Tiket ke Acheh harganya tak murah mana pun..
Paling2 boleh pergi..
RM400 pergi balik...

Sampai laa bulan Disember lepas..
Aku dok klik sana sinun..
Tetiba terjumpa tiket ke Acheh..
RM190 pergi balik untuk seorang..
Tak berlengah lagi.. aku pun terus beli untuk 5 orang..

Tiket ke Acheh ni susah nak murah..
Sebabnya flight tak banyak..
Sebelum2 ni hanya ada 1 flight datang..
Dan 1 flight balik..

Lately baru ada 2 flight sehari..
Itu pun bukan hari-hari..
Tapi soon.. katanya akan ada lebih banyak flight ke sana..
Sebabnya Acheh dah mula jadi pilihan orang M'sia..
Untuk pergi melancong..

Selain melihat kesan Tsunami..
Ramai yang Acheh akan pergi ke Pulau Sabang..
Sebab pantainya cantik macam kat Sabah..
Air jernih.. sesuai untuk snorkeling..
Ramai juga yang pergi untuk surfing..

Tapi holiday aku kali ni..
Tak smpi ke Sabang..
Sebab aku pergi 3 hari 2 malam sahaja..
Tak cukup masa nak ke Pulau Sabang..

Ni aku ringkaskan dulu antara tempat2 yang aku lawati..
Nanti cerita penuh menyusul part by part..



Masjid Baiturrahman...
Tempat yang paling aku nak pergi..
Dapat pergi.. siap dapat solat dalam tu..

Tapi sayangnya tengah renovation..

Ada 3-4 masjid lagi yang aku lawat..
Acheh.. benda kebesaran depa kat sana..
Memang MASJID..

Masjid rapat-rapat betul..
Cam kat hotel aku menginap tu..
Jengah tingkap.. boleh nampak 3 kubah masjid..
Itu baru sebelah kiri..
Belum tengok belah kanan..

Pantai Lhok Nga ni selepas Tsunami memang padang jarak..
Sekarang dah lawa balik..
Airnya jernih dan lembut..
Pasir pun dah bersih dan halus...


Muzium Tsunami Acheh..
Melawat muzium ni..
Perasaan bercampur baur..
Penuh dengan emosi..


Kubah Terbang...
Walaupun sebenarnya bukan laa kubah ni terbang cam kat langit tu..
Tapi ianya terapung..
Bayangkan kubah konkrit ni beratnya 80 Tan..
Boleh terapung dari belakang bukit..
Sampai ke kampung lain..
Kawasan ni antara yang teruk dilanda Tsunami..


Kuburan Massal Siron..
Tempat kebumi mangsa Tsunami terbesar di Acheh..
Wlupun belasan ribu yang dikebumikan di sini..
Takde sedikit pun rasa seram atau menakutkan bila melawat kubur ni..
Tak macam masa melawat Phnom Penh..
Bila pergi kubur2 mangsa kekejaman Pol Pot..
Meremang gak bulu tengkuk..
Sampai bau hamis mayat pun singgah kat hidung..

Lain dengan mangsa Tsunami..
Damai je.. nak sedekah Al-Fatihah pun lancar je..
Betul la bagai dikata..
Mangsa mati lemas.. adalah mati syahid..


Kapal Atas Rumah Lampulo..
Ini pun antara kesan tsunami yang dipelihara..
Menjadi tapak lawatan pelancong yang datang ke Acheh..


Muzium Kapal PLTD Apung..
Kapal ni beratnya 2600 Tan..
Hanyut 3KM di bawa arus Tsunami..
Dan mendarat di sebuah kampung..

Masa hanyut tu..
Dalam ni ada 11 orang pekerja..
10 orang turun kapal apabila air surut..
Malangnya telah dipukul oleh air gelombang kedua Tsunami..
Hanya seorang yang tinggal tido dalam kapal tu selamat..


Pantai Ulee Lheue..
Unik gak pantai ni..
Sebabnya ada had masa nak lawat pantai ni..
Tepat jam 7.00 malam..
Pagar dari kedua-dua arah akan ditutup..
Pasal apa tutup...
Nantikan entry pasal pantai ni ;)


Rumoh Acheh...

Rumah ni sebenarnya adalah Muzium..
Terletak dalam kawasan Muzium Acheh..
Namun.. rumah yang ada ni..
Sememangnya sudah berusia lebih dari 100 tahun..
Memang unik Rumoh Acheh ni..


Ada beberapa tempat lagi yang aku lawati..
Nantilah aku wat entry penuh..

Sayangnya gambar pergi Banda Acheh ni ala kadar je..
Pasalnya..
Aku boleh laa terlupa bawa Nikon gedabak aku tu..
Compact Camera pun tak bawa...
Betul2 harap camera handphone..
Tak pernah2 tau jadi camni..
Ini kali pertama aku g holiday..
Camera terlupa bawa..
Bukan rezekilah tu...

Namun.. pada pakai camera phone tu..
Dekat 300 keping jugalah gambar holiday kami..
Kecuali last day..
Aku keracunan makanan & demam..
Hilang laa mood nak snap2 gambar..

Apa pun..
Korang stay tune okay!!!
.
.
.

1 comment:

-iLLa- said...

lagik kak..lagik...